Unit Perkhidmatan Dobi

 
Unit Dobi 
Sistem pengurusan linen di hospital diuruskan oleh pengurusan hospital. Linen dibeli oleh pihak Hospital sendiri dan unit perkhidmatan linen akan melakukan proses pendobian sendiri dan bekalkan linen bersih kepada pelanggan. Semua perkhidmatan linen dari masa menerima linen kotor hingga kepada penyerahan linen bersih kepada pelanggan dilakukan oleh kakitangan unit perkhidmatan linen Hospital.
Unit ini terdiri daripada 4 orang kakitangan. 4 orang Pekerja Rendah awam yang mengendalikan proses pendobian. Unit ini beroperasi daripada hari Isnin hingga hari Sabtu, termasuk hari kelepasan Am. Unit ini mempunyai  2 mesin Washer dan 2 mesin Dryer.
 
Misi
  • Meningkatkan taraf kesihatan individu, keluarga dan masyarakat Orang Asli melalui pengamalan sistem rawatan kesihatan yang moden disamping menggalakkan tanggungjawab individu dalam penyertaan masyarakat ke arah peningkatan kualiti hidup yang sama dengan masyarakat lain.
  • Melaksanakan program kesihatan untuk masyarakat Orang Asli selaras dengan peranan dan dasar Kementerian Kesihatan Malaysia.
Visi
Hospital Orang Asli Gombak akan menjadi sebuah hospital yang memiliki perkhidmatan kesihatan yang baik, menyeluruh dan berkesan supaya tahap kesihatan masyarakat orang Asli sama taraf dengan masyarakat lain di Malaysia
 
Objektif
  • Meningkatkan taraf kesihatan orang Asli untuk membantu peningkatan kualiti kehidupan masyarakat orang Asli.
  • Kami adalah komited untuk menjadikan HOAG sebagai jabatan yang cemerlang dengan menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti serta berusaha untuk membuat penambahbaikan secara berterusan melalui kaedah yang bersesuaian dan kepatuhan yang konsisten terhadap Sistem Pengurusan Kualiti bagi meningkatkan taraf kesihatan masyarakat Orang Asli.
Objektif Unit
Menyediakan perkhidmatan pembersihan linen yang berkualiti, cekap dan berkesan untuk kegunaan HOAG.
 
Aktiviti
  • Penerimaan linen kotor
  • Pengurusan linen kotoran biasa
  • Pengurusan linen jangkitan
  • Pengeringan linen
  • Penglipatan linen
  • Pemesanan linen
No Perhubungan
Talian Utama : 03-6189 2122 ext 140
Faks  : 03-6189 0695 
Lokasi  : Bangunan Sajian, HOAG