Central Steril Supply Unit (CSSU) adalah satu unit sokongan yang menyediakan perkhidmatan pensterilan dan bekalan kepada wad-wad dan unit-unit di Hospital Orang Asli Gombak.

MISI

Menjadikan Unit CSSU sebuah unit yang memberikan perkhidmatan pembekalan peralatan dan set steril dan mengekalkan sterility.

VISI

Menyediakan dan membekalkan peralatan set steril mengikut pendawaian standard yang ditetapkan bagi memenuhi keperluan harian wad dan unit bagi sebuah hospital.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  • Menerima dan dekontiminasi peralatan tercemar.
  • Mencuci barangan dan peralatan tercemar secara manual dan mekanikal.
  • Memeriksa peralatan dari segi fizikal dan fungsinya.
  • Menyusun dan membungkus set dan peralatan mengikut prosedur yang betul.
  • Menjalankan proses pensterilan dengan menggunakan mesin autoclave.
  • Pengagihan dan membekalkan set dan barangan steril.
  • Penyimpanan set dan barangan steril.

WAKTU BEROPERASI

Isnin-Jumaat

08.00 pagi – 05.00 petang