

Wad A4 terletak di tingkat 4, bangunan wad Hospital Orang Asli Gombak yang menempatkan pesakit TIBI dan KUSTA di kalangan masyarakat Orang Asli. Di wad ini terdapat 40 buah katil bagi menempatkan pesakit TIBI dan KUSTA.
MISI
Meningkatkan taraf kesihatan individu, keluarga dan masyarakat Orang Asli melalui pengamalan sistem rawatan kesihatan yang moden disamping menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan masyarakat ke arah peningkatan kualiti hidup sama dengan masyarakat lain. Melaksanakan program kesihatan untuk masyarakat Orang Asli selaras dengan peranan dan dasar Kementerian Kesihatan Malaysia.
VISI
Hospital Orang Asli Gombak akan menjadi sebuah hospital yang memiliki perkhidmatan kesihatan terbaik, menyeluruh dan berkesan supaya tahap kesihatan masyarakat Orang Asli sama taraf dengan masyarakat lain di Malaysia.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
- Penerimaan kemasukan pesakit Tibi / Kusta ke dalam wad
- Pengurusan pesakit dalam wad
- Pengurusan pesakit discaj
- Pengurusan Pesakit Dalam Rawatan yang Discaj
- Pengendalian mayat dalam wad
- Pengurusan Harta Benda Pesakit
- Pengendalian ubat-ubatan dalam wad
- Saringan Kontak Penyakit Tibi/Kusta
- Rawatan Isolasi
WAKTU YANG BEROPERASI
*Kemasukan pesakit adalah 24jam sehari.