

Wad A3 Unit Pediatrik Hospital Orang Asli Gombak menyediakan perkhidmatan rawatan yang khusus untuk memberi penjagaan dan perawatan yang berkualiti dari segi aspek pencegahan, perawatan, diagnostic, penyembuhan dan perawatan rehabilitatif kepada kanak-kanak berumur 1 bulan hingga 12 tahun.
MISI
- Meningkatkan taraf kesihatan individu, keluarga dan masyarakat Orang Asli melalui pengamalan sistem rawatan kesihatan yang moden disamping menggalakkan tanggungjawab individu dalam penyertaan masyarakat kearah peningkatan kualiti hidup yang sama dengan masyarakat lain.
- Melaksanakan program kesihatan untuk masyarakat Orang Asli selaras dengan peranan dan dasar Kementerian Kesihatan Malaysia.
VISI
Hospital Orang Asli Gombak akan menjadi sebuah hospital yang memiliki perkhidmatan kesihatan yang baik, menyeluruh dan berkesan supaya tahap kesihatan masyarakat Orang Asli sama taraf dengan masyarakat lain di Malaysia.
OBJEKTIF
Meningkatkan taraf kesihatan Orang Asli untuk membantu peningkatan kualiti kehidupan masyarakat Orang Asli. Kami adalah komited untuk menjadikan HOAG sebagai jabatan yang cemerlang dengan menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti serta berusaha untuk membuat penambahbaikan secara berterusan melalui kaedah yang bersesuaian dan kepatuhan yang konsisten terhadap Sistem Pengurusan Kualiti bagi meningkatkan taraf kesihatan masyarakat Orang Asli.
OBJEKTIF KHUSUS
Memberi penjagaan dan perawatan yang berkualiti dari segi aspek pencegahan, perawatan, diagnostik, penyembuhan dan perawatan rehabilitatif kepada kanak-kanak berumur 1 bulan hingga 12 tahun.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
- Penerimaan kemasukan pesakit kedalam wad.
- Penjagaan pesakit dalam wad.
- Urusan pesakit discaj.
- Urusan mayat dalam wad.
- Urusan harta benda pesakit.
- Pengendalian ubat-ubatan dalam wad
- Pengambilan carta pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
WAKTU BEROPERASI
*Kemasukan pesakit adalah 24jam sehari.