

Wad Obstetrik dan Ginekologi (O&G) terletak di aras 1 bangunan wad. Wad O&G adalah sebuah jabatan yang memberi penjagaan dan perawatan yang berkualiti kepada ibu hamil sewaktu tempoh antenatal dan postnatal serta kelahiran yang dikendalikan dengan cara yang selamat kepada ibu dan bayi bagi mengelakkan sebarang komplikasi. Jabatan ini juga memberi penjagaan yang berkualiti kepada kesihatan Orang Asli di dalam diagnosa dan perawatan kepada semua pesakit O&G supaya dapat lebih baik tanpa komplikasi dengan mengutamakan hak-hak pesakit.
MISI
- Meningkatkan taraf hidup individu, keluarga dan masyarakat Orang Asli melalui pengamalan sistem rawatan kesihatan yang moden disamping menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan ke arah peningkatan kualiti hidup sama dengan masyarakat lain.
- Melaksanakan program kesihatan untuk masyarakat Orang Asli selaras dengan peranan dan dasar Kementerian Kesihatan Malaysia.
VISI
Hospital Orang Asli Gombak akan menjadi sebuah hospital yang memiliki perkhidmatan kesihatan terbaik, menyeluruh dan berkesan supaya tahap kesihatan masyarakat Orang Asli sama taraf dengan masyarakat lain di Malaysia.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Wad O&G adalah direkabentuk untuk memberikan kemudahan menilai, merawat dan memberikan penjagaan perawatan kepada pesakit ginekologi serta ibu-ibu antenatal dan postnatal sebaik sahaja selepas bersalin. Manakala dewan bersalin direkabentuk untuk menyediakan kemudahan bagi membuat penilaian dan penjagaan obstetric ibu dan bayi semasa semua peringkat bersalin dan kelahiran bayi dan juga menyediakan kakitangan untuk penggilan ambulans bagi kes-kes medevac di kawadan pedalaman Orang Asli di seluruh Semenanjung Malaysia. Bagi kes-kes O&G yang berkomplikasi pesakit akan dirujuk ke hospital lain yang mempunyai kepakaran atau peralatan yang lebih baik untuk merawat pesakit.
WAKTU BEROPERASI
Perkhidmatan disediakan 24jam sehari dengan Jururawat Terlatih dalam bidang kebidanan (midwifery) yang bertugas dalam 3 shif.