
Unit Umum, Wad A1 menyediakan perkhidmatan penerimaan kemasukan pesakit ke dalam wad, pengurusan penjagaan pesakit dalam wad, pengurusan pesakit discaj, pengurusan mayat dalam wad, pengurusan harta benda pesakit dan pengendalian ubat-ubatan dalam wad.
Objektif
Objektif unit pesakit dalam (Wad A1) adalah untuk menentukan pentadbiran perkhidmatan Kejururawatan yang berkualiti, jururawat juga memberi dorongan dan pendidikan kesihatan dalam perawatan pesakit Wad A1 juga berusaha untuk memberi perkhidmatan perawatan yang terbaik untuk memastikan hasil rawatan berkesan, cekap dan selamat dengan memastikan perkhidmatan diberi oleh kakitangan terlatih, menggunakan kaedah prosedur terkini mengikut Standard of Procedure (SOP) dan peralatan yang cukup dan dipercayai dengan kaedah pemantauan berterusan.
Misi
Mewujudkan rawatan perubatan yang berkualiti dan cekap serta mempunyai semangat berpasukan
Visi
Memberi perkhidmatan perawatan dan pemulihan yang berkualiti, cekap dan berkesan
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Penerimaan kemasukan pesakit ke dalam wad
- Penjagaan pesakit dalam wad
- Pengurusan pesakit discaj
- Pengurusan mayat dalam wad
- Pengurusan harta benda pesakit
- Pengendalian ubat-ubatan dalam wad
Waktu Beroperasi
No Perhubungan
| Talian Utama | : 03-6189 2122 ext 160 |
| Faks | : 03-6189 0695 |
| Lokasi | : Tingkat Bawah, Bangunan Hospital, HOAG |