

Unit Kecemasan Hospital Orang Asli Gombak memberi perkhidmatan kecemasan 24 jam kepada kepada beberapa kawasan yang berdekatan serta bertangungjawab dalam perawatan kecemasan dan perubatan kecemasan.
Objektif Unit Kecemasan
Memberi perkhidmatan rawatan kemalangan dan kecemasan yang cekap serta berkualiti.
Visi
Ke arah masyarakat Orang Asli yang sihat dengan mengurangkan kadar komplikasi melalui kaedah perawatan terkini serta tindakan yang pantas dan tepat sepanjang masa.
Misi
Menimbulkan keyakinan masyarakat Orang Asli terhadap kemampuan dalam memberikan pelbagai perkhidmatan yang cemerlang berorientasikan prinsip “kesempurnaan anggota dalam bertindak” iaitu anggota yang berbudayakan nilai–nilai korporat dengan penggunaan peralatan serta perawatan yang terkini.
Skop Perkhidmatan
- Pengendalian pesakit di Zon Merah.
- Pengendalian pesakit di Zon Kuning.
- Pengendalian pesakit di Zon Hijau.
- Perkhidmatan Ambulan.
- Perkhidmatan penyimpanan mayat.
- Perkhidmatan Khidmat Sokongan.
Senarai Pekhidmatan Kecemasan
a. Medical:
- Severe Asthma.
- Severe dehydration.
- Severe HPT.
- Acute Poisoning.
b. Surgical:
- Hypovolaemic shock
- Acute Abdomen.
- Severe Head Injury GCS < 8.
- Chest Injury.
- Multiple Fractures.
c. O&G:
- Retained Placenta.
- Severe PPH.
- BBA (Birth Before Arrival)
d. Others:
- All stretcher case (kecuali kes-kes lumpuh untuk rawatan ulangan).
- Systolic BP less then 100
- Pulse more than 100
No Perhubungan
| Talian Utama | : 03-6189 2122 ext 626 |
| Faks | : 03-6189 0695 |
| Lokasi | : Aras Bawah, Pusat Transit, HOAG |