

Klinik Pesakit Luar merupakan salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh Hospital Orang Asli Gombak kepada pesakit selain daripada Orang Asli yang memerlukan rawatan ringan. Ia terletak di aras bawah Bangunan Pentadbiran Hospital Orang Asli Gombak.
Objektif
Unit pesakit luar berfungsi untuk memberi rawatan primeri kepada masyarakat Orang Asli dengan efisyen, berkualiti dan berkesan.
Fungsi Utama Klinik Pesakit Luar
Memberi perkhidmatan kesihatan dan rawatan kepada pesakit luar.
Aktiviti-Aktiviti Bagi Fungsi-Fungsi Utama
Perkhidmatan Kaunter Unit Pesakit Luar
- Pendaftaran pesakit luar
- Mengeluar dan memberikan fail-fail pesakit
- Mengutip hasil
Rawatan Pesakit Luar
- Pemeriksaan / Penyelidikan
- Rawatan / Rujukan ke hospital luar
Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan
- Medical Check-Up untuk Bekerja dan Belajar
- Pemeriksaan HIV Pra perkahwinaan
- Lain-lain pemeriksaan Kesihatan
Menjalankan Program Expandoscope
- Klinik Diabetik / Hipertensi
- Klinik Berhenti merokok
No Perhubungan
| Talian Utama | : 03-6189 2122 ext 628 |
| Faks | : 03-6189 0695 |
| Lokasi | : Aras Bawah, Bangunan Pentadbiran, HOAG |