PERKHIDMATAN MEDEVAC ORANG ASLI

Medevac01

Unit MEDEVAC Hospital Orang Asli Gombak menyediakan perkhidmatan pengangkutan keluar kes kecemasan untuk masyarakat Orang Asli di pedalaman. Kebiasaannya di Negeri Kelantan, Pahang dan Perak dengan kerjasama Unit Semboyan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Gombak dan Unit Udara Bomba. 

MISI

Memastikan ≥80% kes MEDEVAC kategori ALPHA akan dipindahkan keluar dalam masa 24 jam berdasarkan kesiapsiagaan perkhidmatan helikopter ihsan dan keadaan cuaca semasa.

VISI

Memastikan ≥80% kes MEDEVAC kategori ALPHA akan diiringi oleh kakitangan perubatan.

OBJEKTIF

Memberi perkhidmatan pengangkutan keluar kes kecemasan untuk masyarakat Orang Asli di pedalaman dengan cepat, cekap, berkualiti dan penuh dedikasi.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  • Menguruskan permohonan MEDEVAC dari masyarakat Orang Asli di pedalaman.
  • Menguruskan pengeluaran pesakit melalui penerbangan ehsan di hospital.

WAKTU BEROPERASI

07.00 pagi – 05.00 petang - bergantung kepada keadaan cuaca

 

AGENSI TERLIBAT

Medevac04