Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan (UKKM) bertanggungjawab memastikan keselamatan dan kualiti makanan melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan bagi Hospital Orang Asli Gombak. Perlaksanaan ini mengikut peruntukan, prosedur dan kod amali yang ditetapkan di bawah Akta Makanan 1983, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

MISI

Mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat untuk kesihatan bagi meransang dan memudahkan rakyat untuk:

  • Mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan mereka.
  • Menghargai kesihatan sebagai aset yang bernilai.
  • Mengambil langkah yang positif meningkatkan lagi dan mengekalkan status kesihatan bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu.

VISI

Memastikan keselamatan makanan dan mempertingkatkan integriti negara dalam keselamatan dan kualiti makanan melalui tanggungjawab dan akauntabiliti bersama berasaskan sistem pengurusan tripartite yang berkesan ke arah Wawasan 2020.

OBJEKTIF

Memastikan makanan yang disediakan di Unit Dietetik dan Sajian Hospital kepada pesakit dan pengiring selamat dan berkualiti.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  • Memastikan persampelan makanan di Unit Dietetik dan Sajian dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.
  • Memastikan pemeriksaan dapur HOAG dijalankan sekurang-kurangnya sebulan sekali.

WAKTU BEROPERASI

Isnin-Jumaat

08.30 pagi – 05.30 petang