Aktiviti Kesihatan Pekerja dan Alam Sekitar adalah satu program kesihatan yang diletakkan di bawah Program Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit. Objektif utama program ini adalah untuk mempromosikan dan mengekalkan keadaan fizikal, mental dan sosial tahap yang serta memastikan kesihatan dan keselamatan pekerja terjamin. Ini termasuklah kesedaran dan pengetahuan serta, melindungi pekerja dari risiko dan hazard di tempat kerja.
MISI
Untuk mempromosikan taraf kesihatan yang berkualiti melalui pencegahan dan kawalan penyakit, kecederaan dan kakitangan yang disebabkan oleh interaksi di antara manusia dan pekerjaan.
VISI
Ke arah negara dan pekerja yang sihat dan produktif melalui promosi kesihatan pekerja dan alam sekitar untuk mencapai kesihatan yang mampan bagi setiap individu.
OBJEKTIF
Melaksanakan survelan, promosi dan aktiviti pengawalan serta pencegahan berkaitan kesihatan dan keselamatan pekerjaan di kalangan anggota kerja HOAG supaya sentiasa berada pada tahap yang optimum bagi melaksanakan perkhidmatan di HOAG.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
- Pengurusan kejadian kemalangan/penyakit pekerjaan di kalangan anggota kerja HOAG.
- Mencegah kemalangan berlaku di kawasan hospital di kalangan vendor, pelanggan dan pelawat.
- Memastikan persekitaran hospital bebas daripada risiko kemalangan dan kejadian penyakit pekerjaan.
- Melaksanakan promosi mengenai budaya kerja selamat dan sihat di kalangan anggota kerja HOAG.
WAKTU BEROPERASI
Isnin-Jumaat
08.30 pagi – 05.30 petang