

Klinik Kesihatan Ibu & Anak ( KKIA ) Hospital Orang Asli menyediakan perkhidmatan khusus untuk Orang Asli dan keluarga mereka, kakitangan Hospital Orang Asli dan pesakit Orang Asli yang telah dimasukkan ke Hospital.
Aktiviti yang dijalankan adalah pemeriksaan kepada ibu-ibu mengandung, pemeriksaan perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak dari lahir sehingga berumur 6 tahun, pemberian imunisasi bagi bayi baru lahir sehingga 18 bulan. Pengendalian kanak-kanak kurang berat badan dan obesiti. Perawatan postnatal di rumah untuk ibu dan bayi selepas selepas bersalin mengikut hari 1, 2, 3, 4, 6, 8, 10, 15 dan hari ke 20. Lawatan ke rumah juga dilakukan bagi kes ibu mengandung, kanak-kanak dan pengamal perancang keluarga. Menjalankan promosi kesihatan bagi wanita seperti perancang keluarga, pap smear, pemeriksaan klinikal payudara serta pendidikan kesihatan seperti ceramah dan demotrasi masakan.
Unit ini juga berkerjasama dengan Unit lain dalam Kesihatan Awam untuk menjayakan program kem kesihatan dan menyediakan perkhidmatan kesihatan ibu dan anak kepada penduduk Orang Asli di pos-pos pendalaman melalui Perkhidmatan Doktor Udara (PDU) dan Perkhidmatan Doktor Darat (PDD).
Klinik Kesihatan Ibu & Anak (KKIA) Hospital Orang Asli berusaha untuk memberi perkhidmatan kesihatan yang terbaik bagi mewujudkan individu, keluarga dan masyarakat Orang Asli yang sihat dari segi jasmani, rohani, mental, sosial dan persekitaran melalui sistem kesihatan yang lengkap serta mampu disediakan bersesuaian dengan kehendak pelanggan dan persekitaran bagi melahirkan individu, keluarga dan masyarakat Orang Asli yang prihatin dan sentiasa meningkatkan taraf kesihatan.
Unit menyediakan perkhidmatan kesihatan yang cekap dan berkesan melalui kerja berpasukan secara profesional, dedikasi, bertanggungjawab serta mengamalkan nilai-nilai murni bagi memenuhi kehendak pelanggan dan mengutamakan penglibatan masyarakat dalam melaksanakan program kesihatan awam.
Menjadikan sebuah Klinik Kesihatan Ibu & Anak yang menyediakan kemudahan rawatan perubatan yang berkualiti dan berterusan untuk meningkatkan taraf kesihatan Orang Asli.
Perkhidmatan Yang Disediakan
I. Klinik Ibu Mengandung
II. Klinik Bayi dan Kanak - kanak
III. Lawatan ke rumah
IV. Perancang Keluarga
V. Pap Smear / Pemeriksaan Klinikal Payudara
VI. Pendidikan Kesihatan / Ceramah / Demotrasi Masakan
Kemudahan Yang Disediakan
|
LOKASI UNIT |
KEMUDAHAN |
PERALATAN |
|
Klinik |
|
|
Waktu Beroperasi
|
HARI |
OPERASI |
|
Isnin hingga Khamis |
8.00 Pagi - 1.00 Petang 2.00 Petang - 5.00 Petang |
|
Jumaat |
8.00 Pagi - 12.15 Petang 2.45 Petang - 5.00 Petang |
|
Sabtu & Ahad |
Cuti Am |
No Perhubungan
| Talian Utama | : 03-6189 2122 |
| Faks | : 03-6189 0695 |
| Lokasi | : Aras 1, Bangunan Pentadbiran, Hospital Orang Asli Gombak |