logo ms new

Bahagian Makanan dup (2)


Pengenalan


Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) bertanggungjawab memastikan keselamatan dan kualiti makanan melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan bagi seluruh negeri Selangor. Perlaksanaan ini mengikut peruntukan, prosedur dan kod amali yang ditetapkan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985, Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan Peraturan Makanan (Pengeluaran Sijil Kesihatan bagi Eksport Ikan dan Hasilan Ikan ke Kesatuan Eropah) 2009.

Bahagian ini diketuai oleh Timbalan Pengarah Keselamatan dan Kualiti Makanan dan beliau bertanggungjawab kepada Pengarah Kesihatan Negeri Selangor. Dari aspek infrastruktur, bahagian terbahagi kepada dua iaitu pejabat Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan dan Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan. Pejabat Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Selangor mula berperanan pada 7 Februari 2011 di tingkat 27, Wisma MBSA, selepas berpindah dari pejabat lama di Bangunan Sunway Mas, Shah Alam.Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Selangor juga telah berpindah ke bangunan baru di Bandar Botanik, Klang dan mula beroperasi pada 1 Disember 2010.

Skop aktiviti program bahagian merangkumi promosi keselamatan makanan, khidmat nasihat kepada industri makanan, pendidikan pengguna, pemeriksaan makanan, persampelan, analisa dan penguatkuasaan.

Objektif Am

Objektif am Program Keselamatan dan Kualiti Makanan adalah untuk melindungi orang ramai daripada bahaya-bahaya kesihatan makanan penyediaan, penjualan, penyelidikan dan penggunaan makanan.

Objektif Khusus


Objektif khusus Program Keselamatan dan Kualiti Makanan adalah:-

i -  Menentukan agar penyediaan, penjualan dan penyimpanan semua bahan makanan adalah selamat dan bersih.
ii - Menentukan supaya semua bahan makanan yang dijual adalah:
          a.    Bebas daripada pencemaran dan penambahan aditif makanan yang tidak diperlukan dan penipuan.
          b.    Mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.
          c.    Dilabel dan diiklan dengan tidak mengelirukan dan memberikan gambaran sebenar mengenai kandungan makanan tersebut.
iii - Menentukan supaya semua bahan makanan yang diimport ke negara ini adalah selamat dan mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985.
iv - Menentukan konsainman makanan yang dieksport oleh negara ini mematuhi perundangan-perundangan yang dikehendaki oleh negara-negara pengimport.
v - Menentukan orang ramai menerima maklumat yang mencukupi mengenai aspek keselamatan.


  • Tarikh Kemas kini: 21 Mei 2024.

Jumlah Pengunjung:

14522530

JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR
Tingkat G, M, 9, 10, 11, 14, 17 & 18, No 1 Wisma Sunway,
Jalan Tengku Ampuan Zabedah C 9/C, Seksyen 9, 
40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
603 5123 7333 / 334 / 335
SISPAA