Bahagian Perubatan

Indeks Artikel

Pengenalan

Bahagian Perubatan mempunyai 5 cawangan dan 3 unit iaitu Cawangan Perkembangan Perubatan, Cawangan Sumber Perubatan, Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta, Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan, Cawangan Aduan & Mediko Legal, Unit Rekod Perubatan (di bawah Cawangan Perkembangan Perubatan), Unit Pentadbiran Perubatan dan Unit Kejuruteraan Operasi Hospital.

CAWANGAN PERKEMBANGAN PERUBATAN (CPP)
CPP mempunyai 2 sektor iaitu Sektor Pengoperasian Hospital dan Sektor Perkhidmatan Klinikal. Sektor Pengoperasian Hospital bertanggungjawab terhadap semua aspek berkaitan penyediaan perkhidmatan dan pengoperasian 12 buah hospital di bawah naungannya. Terdapat beberapa unit
di bawah sektor ini iaitu Unit Kejururawatan Hospital, Unit PPP, Unit Projek Khas, Unit Casemix & Unit Rekod Perubatan.
Unit Rekod Perubatan memantau dan menyelia laporan-laporan dari semua hospital kerajaan menerusi Sistem Maklumat Pengurusan Kesihatan (HMIS). Sektor Perkhidmatan Klinikal bertanggungjawab menyelaras, memantau dan menilai program-program perubatan dan direktorat perkhidmatan klinikal di hospital-hospital termasuk kolaborasi dengan bahagian-bahagian lain.

CAWANGAN SUMBER PERUBATAN
Cawangan Sumber Perubatan merancang, menyelaras dan memantau aktiviti-aktiviti berkaitan sumber manusia, latihan perubatan, fasiliti dan peralatan perubatan serta belanjawan pengurusan di hospital-hospital seliaan di Selangor.

CAWANGAN KAWALAN AMALAN PERUBATAN SWASTA (CKAPS)
Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS), Bahagian Perubatan di Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah ditubuhkan pada awal 2003 untuk mengawal (control), mengawalselia (regulate) dan memantau (monitor) pelbagai jenis kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta seperti Hospital Swasta, Hospital Psikiatri Swasta, Pusat Jagaan Ambulatori Swasta, Rumah Jagaan Kejururawatan Swasta, Rumah Jagaan Kejururawatan Psikiatri Swasta, Rumah Bersalin Swasta, Bank Darah Swasta, Pusat Hemodialisis Swasta, Hospis Swasta, Pusat Kesihatan Mental Masyarakat Swasta dan mana-mana fasiliti kesihatan yang diwartakan dari semasa ke semasa. Fungsi utama CKAPS sangat berkait rapat dengan pelaksanaan dan penguatkuasaan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586] dan peraturan-peraturan yang berkaitan termasuk pendaftaran, pelesenan, aduan dan penguatkuasaan di negeri Selangor.

CAWANGAN KUALITI PENJAGAAN PERUBATAN
Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan pula memantau dan menyelaraskan program-program berkaitan inisiatif kualiti bagi semua hospital di negeri Selangor serta mewujudkan & melaksanakan mekanisme penambahbaikan dalam mempromosikan bentuk, tatacara yang boleh digunapakai dalam peningkatan kualiti perkhidmatan hospital.

CAWANGAN ADUAN & MEDIKO LEGAL
Cawangan Aduan Mediko Legal menyelaras semua aduan yang diterima bagi memastikan semua aduan disiasat secara telus demi kepuasan pelanggan serta pelaksanaan tindakan penambahbaikan secara berterusan bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan di hospital-hospital di negeri Selangor adalah baik dan berkualiti.

UNIT PENTADBIRAN PERUBATAN
Unit Pentadbiran Perubatan bertanggungjawab ke atas urusan pentadbiran pejabat Bahagian Perubatan dan memastikan segala urusan pengurusan dan pentadbiran dilaksanakan dengan cekap, berkesan dan berkualiti selaras dengan undang-undang, pekeliling, peraturan perbendaharaan dan prosedur kewangan dan peraturan perkhidmatan yang berkuatkuasa.

UNIT KEJURUTERAAN OPERASI HOSPITAL
Unit Kejuruteraan Operasi Hospital memantau dan menyelia aktiviti perkhidmatan sokongan hospital yang diswastakan serta menyelaras semua aktiviti berkaitan perkhidmatan kejuruteraan di hospital KKM di negeri.

Hospital-hospital KKM di negeri Selangor adalah seperti berikut

  1.  Hospital Pakar:
    • Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang
    • Hospital Selayang
    • Hospital Serdang
    • Hospital Ampang
    • Hospital Sungai Buloh
    • Hospital Kajang
    • Hospital Banting
    • Hospital Shah Alam

  2. Hospital Tanpa Pakar :
    • Hospital Kuala Kubu Bharu
    • Hospital Tanjong Karang
    • Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ), Sabak Bernam
    • Hospital Orang Asli Gombak

 

myGov.fw moh.fw jpa.fw
info sihat.fw myhealth.fw

Jumlah Pengunjung: 9231184

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

  • Tarikh Kemaskini: 28 Oktober 2020

 

Totop Scroller