PENGENALAN
Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental di Hospital Tengku Ampuan Rahimah telah bermula pada tahun 1975 dengan Klinik Pesakit Luar Psikiatri oleh Pakar Psikiatri dari Hospital Kuala Lumpur. Ia ditubuhkan dengan dua tujuan utama iaitu untuk berkhidmat kepada masyarakat sekitar dan memberi rawatan psikiatri kepada pesakit-pesakit yang mempunyai penyakit mental, termasuklah penyakit yang paling mencabar. Kami menyediakan perkhidmatan klinik pakar perunding, perkhidmatan psikiatri komuniti, wad untuk pesakit dalam dan juga pusat harian untuk komuniti di Klang dan kawasan-kawasan berdekatan iaitu daerah Sabak Bernam, Kuala Langat dan Petaling. Kini, kami meneruskan tradisi kecemerlangan kami di dalam penjagaan pesakit dan latihan, dan akan melakukan lebih banyak penyelidikan pada masa hadapan.
OBJEKTIF
- Memberi perawatan psikiatri yang terbaik dan berkesan kepada pelanggan.
- Menyediakan program pemulihan yang bersesuaian secara tersusun dan bersepadu.
- Mempromosi kesihatan mental yang baik kepada orang awam menerusi pendidikan berterusan.
- Memberi latihan yang mencukupi di dalam menyediakan kakitangan yang cekap, prihatin dan penyayang.
MISI
Kami komited bagi menyediakan penjagaan yang berkualiti kepada pelanggan dengan memastikan pemulihan yang berterusan disamping sokongan positif dari ahli keluarga untuk membawa mereka kembali ke pangkuan masyarakat.
VISI
Untuk menjadi sebuah pusat rawatan psikiatri yang unggul dengan dikendalikan oleh kakitangan yang professional dan berkemahiran dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang produktif dan mempunyai tahap kesihatan mental yang tinggi.
UNIT-UNIT DI BAWAH JABATAN
Unit Psikiatri Dewasa (Adult Psychiatry Unit)
Unit Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja (Child and Adolescent Psychiatry Unit)
Unit Psikiatri Geriatrik (Geriatric Psychiatry Unit)
Unit Psikiatri Komuniti (Community Psychiatry Unit)
Unit Kaunseling (Counselling Unit)
Unit Pemulihan Cara Kerja (Occupational Therapy Unit)
Unit Farmasi/ Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC)
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
- Klinik Psikiatri Dewasa - Menyediakan perkhidmatan konsultasi dan rawatan untuk kes baru dan susulan melalui surat rujukan dan temujanji.
- Klinik Psikiatri Kanak-Kanak dan Remaja - Menyediakan perkhidmatan konsultasi dan rawatan untuk kes kanak-kanak dan remaja yang dirujuk oleh pakar pediatrik , sekolah dan pakar kesihatan keluarga di klinik kesihatan untuk yang berumur bawah18 tahun. Antara kes yang dirujuk adalah seperti masalah pembelajaran, autism, ADHD (hiperaktif), masalah emosi, enggan ke sekolah dan penderaan kanak-kanak.
- Klinik Psikiatri Geriatrik - Menyediakan perkhidmatan konsultasi dan rawatan oleh doktor psikiatri geriatrik (pakar psikiatri warga emas) terutamanya untuk kes dementia (nyanyuk).
- Perkhidmatan Psikiatri Komuniti - Menyediakan perkhidmatan lawatan ke rumah untuk memberikan rawatan susulan kepada pesakit-pesakit yang mempunyai keperluan kompleks.
- Klinik Kaunseling - Menyediakan perkhidmatan kaunseling atas rujukan daripada doktor yang merawat pesakit terutamanya di klinik psikiatri.
- Klinik Kepatuhan Terapi Ubat-Ubatan - Menyediakan perkhidmatan kaunseling ubat-ubatan untuk mengukuhkan kepatuhan pengambilan ubat oleh pesakit.
- Pemulihan Carakerja di Pusat Harian - Menyediakan perkhidmatan pemulihan carakerja di Pusat Harian seperti rawatan pemulihan ingatan, penempatan pekerjaan, bengkel pekerjaan, latihan aktiviti harian, latihan relaksasi, kemahiran menyelesaikan masalah, latihan kemahiran sosial, orientasi persekitaran, latihan domestik dan terapi seni.
- Klinik Terapi Gantian Methadon - Menyediakan terapi gantian methadone untuk ketagihan cannabis (ganja) dan opioid (heroin, morfin) melalui surat rujukan. Pelanggan akan melalui ujian saringan darah sebelum menyertai terapi ini.
- Wad Psikiatri - Pesakit yang memerlukan rawatan intensif psikiatri diberikan rawatan di wad setelah dinilai oleh doktor psikiatri di jabatan kecemasan , wad lain atau klinik psikiatri.
LOKASI
- Klinik Pakar psikiatri (psychiatry clinic):
1st Floor, Ambulatory Care Centre (ACC) HTAR,
Jalan Langat 41200 Klang
Tel : 033375 7000 ex 6273
- Pesakit Dalam, Pusat Harian Dan Perkhidmatan Psikiatri Komuniti (Psychiatry Ward, Day Care Center And Community Psychiatry Service):
Jalan Tengku Kelana (Klinik Kesihatan Klang/ Anika),
41200 Klang.
Tel : 0333757000 ex 1387
WAKTU OPERASI
Klinik Psikiatrik Dewasa
Kes Baru
Hari: Isnin & Rabu
Masa: 9.00 Pagi-12 Tengah Hari
Kes Ulangan /Walk In
Selasa & Khamis
Masa: 9.00 Pagi-12.00 Tengah Hari
Pengesahan Penagih Dadah Dari Lokap Polis
Hari: Isnin, Selasa, Rabu, Khamis
Masa: 2.00 – 4.00 Petang
Klinik Clozapine
Kes Susulan
Hari: Isnin
Masa: 2.00 – 4.00 Petang
Klinik Warga Emas
Kes Baru
Hari: Isnin, Selasa, Rabu, Khamis
Masa: 2.00 – 4.00 Petang
Kes Susulan Warga Emas
Hari: Isnin, Selasa, Rabu, Khamis
Masa: 9.00 Pagi-12.00 Tengah Hari
Klinik Kanak-Kanak
Isnin: 9.00 Pagi-12.00 T/Hari: Gangguan Emosi
Isnin: 2.00 – 4.00 Petang: Kes ‘Suspected Child, Abuse and Neglect’( SCAN)
Selasa: 9.00 Pagi-12.00 T/Hari: Masalah Pembelajaran
Rabu: Klinik ADHD
Khamis: Klinik Autism
Jumaat: Kes Rujukan Segera, Continous Medical Education (CME)
JADUAL BAYARAN
|
WARGA NEGARA MALAYSIA JENIS RUJUKAN KEPADA KLINIK PAKAR
RUJUKAN DARI PEGAWAI PERUBATAN KERAJAAN
RUJUKAN DARIPADA PENGAMAL PERSENDIRIAN
KES-KES SUSULAN YANG TELAH KELUAR DARIPADA WAD |
LAWATAN PERTAMA PERCUMA RM 5.00 BAGI SETIAP KES SUSULAN ( TERMASUK RAWATAN) RM 30.00 BAGI LAWATAN PERTAMA RM 5.00 BAGI RAWATAN SUSULAN (TIDAK TERMASUK SIASATAN) RM 5.00 SETIAP LAWATAN(TERMASUK SIASATAN) RM 5.00 SETIAP KALI DAPAT SUNTIKAN(WARGA EMAS / OKU/STUDENT/PEMBAWA G/L PERCUMA) |
|
WARGA ASING |
BAYARAN RM 60.00 SEMASA DAFTAR LAWATAN PERTAMA, PERUNDING & UBAT-UBATAN SAHAJA (TIDAK TERMASUK SIASATAN) BAYARAN RM 60.00 SEMASA LAWATAN SUSULAN |