
UCAPAN TAHUN BAHARU 2018
PENGARAH HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH, KLANG
Selamat Sejahtera, Salam Sihat 1 Malaysia, Salam Negaraku
YBhg Datuk/Datin /Dr/Tuan/Puan,
Tahun 2017 telah hampir melabuhkan tirainya, lembaran baharu 2018 terbentang luas menanti di hadapan. Masa itu diibaratkan emas yang sangat tidak ternilai dan tiada gantinya. Sesungguhnya pengalaman dan pengajaran lepas membawa kepada usaha penambahbaikan dan pembaharuan di masa hadapan.
Saya ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan setinggi tahniah dan syabas kepada seluruh warga HTAR atas komitmen, semangat yang tinggi dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang ini dalam menongkah arus dan mengharungi pelbagai rintangan, cabaran, suka dan duka sepanjang tahun 2017.
Tahun 2018 nanti bakal menyaksikan pembukaan Kompleks Ibu dan bayi yang baharu dan serba lengkap dengan peralatan yang canggih yang akan menjadi satu tanda aras dan kebanggan kepada HTAR dalam menyediakan perkhidmatan Obstetrik dan Neonatal yang terbaik dan suasana yang selesa serta kondusif untuk para pelanggan yang kami hargai.
Selain itu, HTAR terus mengorak langkah dan menitikberatkan Sistem Pengurusan Kualiti dalam menuju Pensijilan bertaraf Antarabangsa ISO 9001:2015. Kualiti perkhidmatan yang disediakan kepada rakyat menjadi keutamaan kami dalam memberi rawatan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.
HTAR sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan dan layanan buat para pelanggan dan pelawat. Kami juga amat mengalu-alukan maklumbalas dan cadangan daripada tuan/puan dalam memastikan kepuasan dan mencapai ekpektasi para pelanggan.PROFESIONAL, PENYAYANG DAN KERJA BERPASUKAN amalan budaya kami.
‘SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU 2018’
DR. DING LAY MING
Pengarah Hospital
HTAR Klang
Artikel masih dalam proses kemaskini.
Artikel masih dalam prose kemaskini.
Artikel masih dalam proses kemaskini.
Artikel masih dalam proses kemaskini.
Artikel masih dalam proses kemaskini.
Jabatan Kecemasan
- Semua pesakit yang ditakrifkan oleh Malaysian Triage Category (MTC) sebagai kes MERAH akan dirawat oleh Pegawai Perubatan dengan serta merta.
- Untuk kes separa kritikal, setiap pesakit akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan dalam tempoh 30 minit selepas pendaftaran.
- Untuk kes bukan kritikal, setiap pesakit akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan dalam tempoh 90 minit selepas pendaftaran.
Klinik Pakar
- Setiap pesakit akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan dalam tempoh 90 minit selepas pendaftaran.
Unit Daftar masuk
- Setiap pesakit akan didaftarkan untuk masuk ke wad dalam tempoh 5 minit.
Unit Hasil
- Setiap pelanggan akan mendapat bayaran balik baki wang deposit dalam tempoh 15 minit dari masa penyerahan resit deposit asal.
- Bagi Bayaran balik baki wang deposit yang melebihi RM1000, semua dokumen akan dihantar ke Jabatan Akauntan Negara dalam tempoh 2 hari bekerja dan bayaran akan dikreditkan terus ke bank pelanggan.
Rekod Perubatan
- Permohonan Laporan Perubatan yang lengkap akan disiapkan dalam masa 28 hari (tidak termasuk cuti mingguan dan cuti am) dari tarikh penerimaan
Untuk melaksanakan piagam pelanggan dengan berkesan, pesakit adalah wajib untuk :-
- Mematuhi peraturan Hospital
- Mengguna segala kemudahan dengan bertanggungjawab
- Mematuhi pelan rawatan yang diberi
PERKHIDMATAN KLINIKAL
- Perubatan Am
- Pembedahan Am
- Ortopedik
- Anestesiologi dan Rawatan Rapi
- Psikiatri
- Kecemasan
- Obstetrik & Ginekologi
- Pediatrik
- Oftalmologi
- Otorinolaringologi
- Perubatan Rehabilitasi
- Dermatologi
- Patologi
- Perubatan Transfusi Darah
- Pergigian Pediatrik
- Bedah Mulut & Maksilofasial
- Perubatan Forensik
- Nefrologi
- Radiologi
PERKHIDMATAN SOKONGAN
- Dietetik dan Sajian
- Farmasi
- Pendidikan Kesihatan
- Kesihatan Awam
- Kawalan Infeksi dan Antibiotik
- Kerja Sosial Perubatan
- Perkhidmatan Bahan Steril
- Rekod Perubatan
- Pusat Penyelidikan Klinikal
- Perolehan Organ Hospital
- Kejururawatan
- Penyeliaan Hospital
- Medikolegal & Kluster
- Kualiti
- Pengurusan Katil (BMU)
- Penjagaan Luka
- Kejuruteraan
- Kesihatan Awam
- Casemix
PENGURUSAN
- Pentadbiran
- Akaun & Belanjawan
- Sumber Manusia
- Teknologi Maklumat
- Aset, Stor & Pengurusan Latihan
- Perolehan & Pembangunan
- Perpustakaan
- Latihan
- Keselamatan
- Psikologi Kaunseling
- Hasil & Daftar Masuk
- Gaji
- Perhubungan Awam
- Hal Ehwal Islam
VISI
Mewujudkan sebuah pusat perkhidmatan perubatan yang cemerlang.
MISI
Memberi kepuasan yang menyeluruh melalui perkhidmatan yang berkualiti dan beretika, secara cekap dan professional untuk memenuhi keperluan dan ekspektasi semua pelanggan.
OBJEKTIF
- Mempertingkatkan rawatan pesakit yang berkualiti melalui perkhidmatan diagnostic, rawatan dan pemulihan awal yang cekap dan berkesan.
- Menggalakkan inovasi dalam perkhidmatan.
- Menjalankan latihan dan penyelidikan secara berterusan serta memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan dan
- Menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa kepada pelanggan dan warga kerja.
BUDAYA KAMI
Penyayang, Profesionalisma dan Kerja Berpasukan
Hospital Daerah Klang telah dibina pada tahun 1890an di atas sebuah anak bukit berhampiran dengan bangunan-bangunan kerajaan dan perdagangan. Pegawai Perubatan (District Surgeon to the Coast District) pertama yang bertanggungjawab ke atas hospital ini ialah Dr.Watson diikuti oleh Dr. Reid (16/1/1908 hingga 25/3/1908) dan seterusnya Dr. Gerrard dan Dr. Millard. Mulai 1 Januari 1976, hospital ini telah dinaiktarafkan kepada Hospital Besar Klang dan diketuai oleh seorang Penguasa Perubatan
Mengikut perangkaan pada tahun 1901, sebanyak 2789 pesakit luar dan 1822 pesakit dalam telah dirawat di hospital ini. Pada masa itu kes-kes Cirit Birit, Penyakit Pernafasan dan Penyakit Kanak-kanak adalah kes-kes utama dirawat di hospital ini.
Oleh kerana keuzuran bangunan hospital asal dan keperluan menampung bilangan pesakit yang semakin bertambah serta untuk memperkenalkan perkhidmatan yang baru, maka sebuah hospital yang baru telah dibina di atas kawasan seluas 25.5 hektar dengan kos pembinaan sebanyak RM68.5 juta. Pembinaan peringkat pertama bermula pada 1 Jun 1979 dengan kerja-kerja menanam cerucuk. Kerja-kerja peringkat kedua bermula pada 27 Oktober 1981 dan siap pada bulan Februari 1985. Hospital ini dinamakan Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan pembukaannya dirasmikan oleh DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Al-Haj pada 2 September 1985. Bangunan hospital setinggi 9 tingkat ini terletak 3km dari pusat bandar Klang. Nama ini kemudiannya telah diubah kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada tahun 1993. Menteri Kesihatan pada masa itu ialah Dato' Chin Hon Ngian.
Pemindahan pesakit-pesakit ke hospital ini bermula pada April 1985. Semenjak 1 Mei 1985, semua perkhidmatan perubatan diuruskan di hospital ini kecuali perkhidmatan untuk pesakit Tibi dan Psikiatri yang terletak di tapak hospital lama. Pada permulaannya ia mempunyai 27 Wad dan 750 katil dan kini telah bertambah menjadi 29 Wad dan 831 katil. Hospital ini kini diketuai oleh Pengarah Hospital, Timbalan Pengarah (Perubatan) dan Timbalan Pengarah (Pengurusan).
Hospital ini memberi kemudahan kepada penduduk seramai lebih kurang 409,994 orang (perangkaan Jabatan Perangkaan Negara tahun 1991) khususnya kepadapenduduk di bandar Klang, kawasan pedalaman(estet-estet dan kampung-kampung), perusahaan, lapangan terbang dan pulau-pulau berhampiran. Hospital ini juga memberi perkhidmatan kepakaran kepada kes-kes yang dirujuk daripada Hospital Banting, Tanjung Karang dan Sabak Bernam dan juga Klinik-klinik Swasta & Pusat-pusat Perubatan Swasta.
