Unit Hal Ehwal Islam

PENGENALAN

Penubuhannya sebagai satu mekanisme ke arah menjaga kemaslahatan orang Islam dari sudut rohani dan jasmani selaras dengan syariat Islam.

 

LIMA FUNGSI DAN PERKHIDMATAN UNIT HAL EHWAL ISLAM, HTAR KLANG

Program Pengurusan Pesakit dan Waris

  1. Ziarah mahabbah dan bimbingan pelaksanaan ibadah kepada pesakit/ waris di wad.
  2. Khidmat nasihat kerohanian dan penerangan hukum syara’ kepada pesakit sosial.
  3. Bimbingan azan bayi melalui ibu yang bersalin.
  4. Khidmat nasihat mengenai pelbagai kemusykilan agama kepada pesakit dan waris.
  5. Melaksanakan program kerohanian bersama pesakit dan waris seperti program penerangan ibadah ketika sakit, pembacaan al-Qur`an di wad, tazkirah dan sebagainya.

Program Pengurusan Kakitangan Islam

  1. Khidmat nasihat dalam pelbagai kemusykilan agama kepada kakitangan Islam.
  2. Menjalankan program penerapan nilai-nilai Islam kepada kakitangan Islam merangkumi :

         2.1 Program Pengurusan Ibadah Pesakit
         2.2 Program Continuous Spiritual Education
         2.3 Program Kebesaran Islam
         2.4 Program Pembangunan Insaniah
         2.5 Program Kerjasama Pelbagai Agensi

  1. Penubuhan Pasukan Team Ward HTAR dengan memberi latihan untuk membimbing ibadah pesakit di wad dan dipertanggungjawabkan menjaga fasiliti keperluan ibadah pesakit Islam di wad.
  2. Penubuhan Pasukan Imam Muda HTAR yang berkebolehan dalam pimpinan bacaan doa pelbagai peringkat, mengetuai solat dan ke arah celik al-Qur`an.
  3. Penubuhan Pasukan as-Syifa’ bagi mengendalikan kesembuhan spiritual.

Pengurusan Jenazah Islam

  1. Bertindak sebagai penyelia bagi perkhidmatan jenazah berwaris, tidak dituntut an saudara baru dalam aspek jenazah sempurna, penyakit berjangkit, reput/ kritikal termasuk pengurusan anggota badan/ spesimen/ tisu.
  2. Perkhidmatan penyeliaan kepada pengurus-pengurus jenazah yang bertauliah dalam proses memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkan jenazah dalam pelbagai kategori.
  3. Bekerjasama dengan Jabatan Forensik, HTAR Klang bagi pengurusan jenazah yang tidak dituntut oleh waris daripada proses memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan, mengkebumikan dan mentalkinkan di tanah perkuburan Islam.
  4. Bekerjasama dengan agensi agama yang berkaitan dalam pengurusan jenazah saudara baru

Program Penerbitan Bahan Pendidikan Islam

  1. Menyedia draf dan menerbitkan pelbagai risalah berkaitan kaifiat solat pesakit, hukum-hukum perubatan, persoalan isu semasa dan sebagainya.
  2. Mendapatkan semakan dan pengesahan berkaitan risalah yang akan diterbitkan dari agensi agama.
  3. Penerbitan risalah bertindak sebagai panduan kepada pesakit, waris, warga kerja dan masyarakat Islam setempat.

Pengurusan Pentadbiran Pejabat

  1. Mengurus hal ehwal pentadbiran, urusan dokumentasi, rekod dan arahan dari masa ke semasa.

 

LOKASI

Bangunan Utama, Tingkat 1, atas wad G2 dan G3

WAKTU OPERASI

Isnin hingga Jumaat : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Unit Latihan

PENGENALAN
Unit Latihan adalah sebahagian daripada Unit Sumber Manusia yang bertanggungjawab bagi 2 perkara utama iaitu Latihan Dalam Perkhidmatan, dan Latihan Pelajar IPTA/IPTS dalam dan luar Negara.
 
OBJEKTIF
Untuk memastikan setiap anggota berpeluang untuk menjalani latihan dalam perkhidmatan bagi pembangunan kerjaya dan kendiri.
 
FUNGSI
  • Pengagihan peruntukan Modal Insan HTAR setiap tahun.
  • Menyediakan Laporan Perancangan Latihan dan Pencapaian Latihan HTAR setiap tahun.
  • Mengendalikan Permohonan Kursus/Latihan dalam Perkhidmatan dari jabatan-jabatan.
  • Menganjurkan kursus-kursus berkaitan bagi kumpulan sokongan.
  • Mengendalikan Permohonan Kursus, Bengkel, Seminar, Persidangan dan lain-lain yang dianjurkan oleh KKM, JKNS dan badan-badan Ikhtisas yang lain.
  • Menguruskan permohonan Kursus Pos Basik bagi Jururawat dan Penolong Pegawai Perubatan pengambilan Januari dan Julai.
  • Menguruskan permohonan kursus Transformasi Minda  anjuran JKNS.
  • Mengendalikan Permohonan Kursus di Peringkat Sarjana/Doktor Falsafah of Special Interest dengan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi Pegawai-Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Bukan Gunasama).
  • Mengendalikan Permohonan Menjalani Posting Elektif bagi Pelajar-Pelajar Perubatan Dalam dan Luar Negara.
  • Mengendalikan permohonan kursus bagi pelajar Allied Health dan juga latihan industri yang lain.
  • Urusetia mesyuarat IPTA/IPTS
  • Mengendalikan urusan berkaitan lawatan pelajar ke HTAR Klang.
  • Menguruskan dan memantau urusan penempahan bilik mesyuarat/bilik seminar untuk anggota HTAR dan pelajar MSU
  • Merekodkan dan memantau rekod MOU/ MOA untuk IPTA/IPTS.
  • Pengurusan buku log Latihan.
  • Pengemaskinian maklumat kehadiran kursus ke dalam sistem e-Latihan

KETUA UNIT LATIHAN

ENCIK MOHD AZLAN BIN OTHMAN
PENOLONG PENGARAH  KANAN
EXT:  1712
EMAIL:  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.