Aktiviti utama Unit IT adalah:
- Mengurus, menyelenggara dan menyelaras infrastruktur ICT hospital;
- Mengurus dan memantau pelaksanaan projek-projek ICT iaitu pelaksanaan aplikasi Kerajaan Elektronik dan aplikasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM);
- Mengurus bantuan dan sokongan teknikal iaitu First Level Support dan Helpdesk berkaitan peralatan, perisian, aplikasi dan rangkaian ICT;
- Mengurus keselamatan data dan rangkaian;
- Mengurus perolehan aset ICT dan khidmat peminjaman peralatan ICT;
- Merancang dan membangun sistem aplikasi komputer untuk keperluan dalaman;
- Mengurus program latihan ICT peringkat hospital dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS); dan
- Menyelenggara laman web hospital.
Secara amnya, skop kerja utama Unit IT adalah seperti Rajah 1 di bawah:
Rajah 1: Skop Kerja Utama Unit IT HTAR
Sehingga kini, HTAR telah melaksanakan banyak projek-projek ICT KKM dan agensi lain bagi menyokong pengurusan dan operasi hospital.
Rajah 3: Projek-Projek ICT di HTAR