PENGENALAN
Unit Latihan adalah sebahagian daripada Unit Sumber Manusia yang bertanggungjawab bagi 2 perkara utama iaitu Latihan Dalam Perkhidmatan, dan Latihan Pelajar IPTA/IPTS dalam dan luar Negara.
OBJEKTIF
Untuk memastikan setiap anggota berpeluang untuk menjalani latihan dalam perkhidmatan bagi pembangunan kerjaya dan kendiri.
FUNGSI
- Pengagihan peruntukan Modal Insan HTAR setiap tahun.
- Menyediakan Laporan Perancangan Latihan dan Pencapaian Latihan HTAR setiap tahun.
- Mengendalikan Permohonan Kursus/Latihan dalam Perkhidmatan dari jabatan-jabatan.
- Menganjurkan kursus-kursus berkaitan bagi kumpulan sokongan.
- Mengendalikan Permohonan Kursus, Bengkel, Seminar, Persidangan dan lain-lain yang dianjurkan oleh KKM, JKNS dan badan-badan Ikhtisas yang lain.
- Menguruskan permohonan Kursus Pos Basik bagi Jururawat dan Penolong Pegawai Perubatan pengambilan Januari dan Julai.
- Menguruskan permohonan kursus Transformasi Minda anjuran JKNS.
- Mengendalikan Permohonan Kursus di Peringkat Sarjana/Doktor Falsafah of Special Interest dengan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi Pegawai-Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Bukan Gunasama).
- Mengendalikan Permohonan Menjalani Posting Elektif bagi Pelajar-Pelajar Perubatan Dalam dan Luar Negara.
- Mengendalikan permohonan kursus bagi pelajar Allied Health dan juga latihan industri yang lain.
- Urusetia mesyuarat IPTA/IPTS
- Mengendalikan urusan berkaitan lawatan pelajar ke HTAR Klang.
- Menguruskan dan memantau urusan penempahan bilik mesyuarat/bilik seminar untuk anggota HTAR dan pelajar MSU
- Merekodkan dan memantau rekod MOU/ MOA untuk IPTA/IPTS.
- Pengurusan buku log Latihan.
- Pengemaskinian maklumat kehadiran kursus ke dalam sistem e-Latihan
KETUA UNIT LATIHAN
ENCIK MOHD AZLAN BIN OTHMAN
PENOLONG PENGARAH KANAN
EXT: 1712
EMAIL: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.