Klinik Pakar Perubatan berfungsi untuk memberi perkhidmatan rawatan kepakaran kepada pesakit yang telah dirujuk oleh pegawai perubatan kepada Doktor Pakar Perubatan.

Klinik Pakar Perubatan beroperasi pada setiap sebulan sekali mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Klinik Pakar menggunakan khidmat Pakar Perubatan dari hospital berpakar.

MISI

Meningkatkan taraf kesihatan individu, keluarga dan masyarakat Orang Asli melalui pengamatan sistem rawatan kesihatan yang moden disamping menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan masyarakat ke arah peningkatan kualiti hidup sama dengan masyarakat lain. Melaksanakan program kesihatan untuk masyarakat Orang Asli selaras dengan peranan dan dasar Kementerian Kesihatan Malaysia.

VISI

Hospital Orang Asli Gombak akan menjadi sebuah hospital yang memiliki perkhidmatan kesihatan terbaik, menyeluruh dan berkesan supaya tahap kesihatan masyarakat Orang Asli sama taraf dengan masyarakat lain di Malaysia.

OBJEKTIF

Klinik Pakar Perubatan berfungsi untuk memberi perkhidmatan perawatan pakar perubatan yang berkesan dan berterusan kepada masyarakat Orang Asli.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Pengurusan temujanji rawatan kali pertama dan rawatan susulan:

  • Mengambil tarikh untuk temujanji bagi pelanggan di hospital rujukan dan memaklumkan kepada pelanggan tentang tarikh temujanji tersebut.
  • Menguruskan khidmat kenderaan jika pelanggan tiada kemudahan pengangkutan.

WAKTU BEROPERASI

Isnin-Jumaat

08.00 pagi – 05.00 petang