Unit NCD (Penyakit Tidak Berjangkit) adalah satu unit yang baharu ditibuhkan di Hospital Orang Asli Gombak (HOAG). Ianya bertujuan untuk mengurangkan kadar penyakit (Morbidity) dan Kematian (Mortality) yang disebabkan oleh keadaan atau penyakit tidak berjangkit akibat cara hidup yang tidak sihat, seterusnya mewujudkan masyarakat penyayang dan sihat.
MISI DAN OBJEKTIF
- Mengurangkan kejadian penyakit (Morbidity) dan kematian (Mortality) yang disebabkan oleh keadaan dan cara hidup yang tidak sihat.
- Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan di kalangan Komuniti Orang Asli mengenai isu-isu semasa dan faktor penyebab penyakit tidak berjangkit.
VISI
Dapat melahirkan kakitangan dan masyarakat Orang Asli yang berpengetahuan dalam penjagaan kesihatan dan mewujudkan kepekaan tentang isu-isu semasa dan faktor penyebab penyakit.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Memberi Promosi Kesihatan melalui program-program yang dijalankan sepanjang tahun dan menyediakan data terkini bagi penyakit-penyakit tidak berjangkit terutamanya diabetis Mellitus, kesihatan mental dan masalah alkohol.
WAKTU BEROPERASI
Isnin-Jumaat
08.00 pagi – 05.00 petang