Adakah ini merupakan hospital kerajaan?
Ya. Hospital ini adalah di bawah pentadbiran Kementerian Kesihatan Malaysia.
Adakah hospital ini menawarkan perhidmatan rawatan pakar?
Ya. Kami mempunyai barisan doktor pakar yang berpengalaman dalam bidang perubatan, ortopedik, perbidanan dan sakit puan, rawatan rapi, surgeri dan pediatrik.
Bagaimana caranya untuk mendapatkan rawatan pakar?
Anda perlu diperiksa oleh pegawai di klinik kesihatan terlebih dahulu. Surat rujukan akan dibuat dan anda perlu mendapatkan tarikh temujanji dahulu di klinik pakar sebelum berjumpa dengan doktor pakar.
Berapakah caj kemasukan atau cagaran hospital bagi warganegara dan bukan warganegara?
Bagi warganegara wang cagaran berbeza mengikut disiplin. RM 30 untuk kes perubatan atau pembedahan dan RM 15 bagi kes sakit puan. Manakala bagi bukan warganegara RM 1100 bagi kes perubatan atau pembedahan dan RM 800 bagi kes sakit puan.
Bagi semua kes penyakit berjangkit; ianya adalah percuma bagi mereka berpendapatan bawah RM 300, pemegang kad bantuan Kebajikan Masyarakat / MAIK, OKU, pelajar sekolah, kakitangan kerajaan : pemotongan @ pengecualian boleh dipertimbangkan.
Apakah penyakit berjangkit yang dimasukkan ke wad dikecualikan dari bayaran?
Semua jenis penyakit berjangkit dikecualikan untuk warganegara, bagi bukan warganegara penyakit berjangkit yang dikecualikan bayaran adalah Demam kuning, ebola, kolera, malaria, plague, tifoid dan tuberkulosis (first line drugs sahaja).
Apakah yang dimaksudkan dengan kes-kes kecemasan bagi tujuan rawatan di Jabatan Kecemasan?
Kes-kes kecemasan termasuk kemalangan (di jalan raya/ di tempat kerja/ domestik), serangan lelah, serangan jantung, pengsan, digigit ular, kebakaran, sawan, pendarahan kemaluan, keracunan makanan, sakit perut secara tiba-tiba dan amat kuat.
Adakah waris dibenarkan menunggu pesakit di dalam wad?
Ya. Ibu bapa/penjaga dibenarkan menunggu sekiranya pesakit itu kanak-kanak. Bagi pesakit dewasa, hanya mereka yang tenat sahaja dibenarkan menunggu.
Adakah pihak hospital bertanggungjawab di atas kehilangan harta benda atau kenderaan pesakit/waris?
Tidak. Pihak Hospital Banting tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kecurian atau kerosakan harta benda orang awam. Justeru itu pesakit/ waris / pelawat dinasihatkan tidak membawa sebarang barang berharga semasa berada di hospital.