Assalamuaikum & Salam Sejahtera,
Tuan / Puan,
WAKTU OPERASI KLINIK KOMUNITI PADA BULAN RAMADHAN DAN HARI RAYA AIDILFITRI
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk dan surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bil.4/2019 dengan no. rujukan KKM.600-1/2/3 JLD 2(14) bertarikh 15 Mei 2019 adalah berkaitan.
2. Dimaklumkan waktu operasi Klinik Komuniti sepanjang bulan Ramadhan adalah dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Manakala Klinik Komuniti tidak beroperasi (tutup) pada hari pertama dan kedua Hari Raya Aidilfitri.
Berikut adalah pautan: Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bil.4/2019
Sekian, terima kasih.