Dimaklumkan bahawa beberapa buah klinik pergigian akan mengalami gangguan bekalan air pada 10/10/2023 hingga 12/10/2023. Klinik pergigian yang terjejas adalah seperti berikut:
a. Klinik Pergigian Sungai Chua
b. Klinik Pergigian Bandar Tun Hussein Onn
c. Klinik Pergigian Batu 9
d. Klinik Pergigian Batu 14
Sehubungan itu, perkhidmatan pergigian yang disediakan sepanjang tempoh tersebut adalah pemeriksaan gigi dan rawatan kecemasan sahaja. Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada maklumat daripada pihak Syarikat Air Selangor. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan boleh terus ke kaunter klinik pergigian atau melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Segala kesulitan amatlah dikesali.