logo ms new

ARAHAN PEMBERHENTIAN PERKHIDMATAN KLINIK KESIHATAN SELEPAS WAKTU PEJABAT (EXTENDED HOURS) PADA HARI AHAD DAN CUTI UMUM DI KLINIK KESIHATAN NEGERI SELANGOR

Adalah dimaklumkan keputusan Mesyuarat Tuntutan Kerja Luar Waktu Bekerja Biasa, Hari Ahad dan Cuti Umum di Kesihatan Awam bertarikh 5 Februari 2023 yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Kementerian Kesihatan Malaysia menetapkan perkhidmatan Klinik Kesihatan Selepas Waktu Pejabat (Extended Hours) pada hari cuti mingguan Ahad dan Hari Kelepasan Am di klinik-klinik terpilih di seluruh Malaysia adalah dihentikan serta-merta. Ini adalah selaras dengan Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bil 8/2007: Pelaksanaan Waktu Bekerja Selepas Waktu Pejabat di Klinik Kesihatan bertarikh 7 Julai 2008.

Sehubungan ini, waktu operasi klinik-klinik terpilih di Selangor yang melaksanakan perkhidmatan Klinik Kesihatan Selepas Waktu Pejabat akan dikemaskini seperti di Lampiran A

<< Sila klik untuk info lanjut >>

  • Tarikh Kemas kini: 16 April 2024.

Jumlah Pengunjung:

14469166

JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR
Tingkat G, M, 9, 10, 11, 14, 17 & 18, No 1 Wisma Sunway,
Jalan Tengku Ampuan Zabedah C 9/C, Seksyen 9, 
40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
603 5123 7333 / 334 / 335
SISPAA