Pengenalan
Bahagian Perubatan mempunyai 5 cawangan dan 3 unit iaitu Cawangan Perkembangan Perubatan, Cawangan Sumber Perubatan, Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta, Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan, Cawangan Aduan & Mediko Legal, Unit Rekod Perubatan (di bawah Cawangan Perkembangan Perubatan), Unit Pentadbiran Perubatan dan Unit Kejuruteraan Operasi Hospital.
CAWANGAN PERKEMBANGAN PERUBATAN (CPP)
CPP mempunyai 2 sektor iaitu Sektor Pengoperasian Hospital dan Sektor Perkhidmatan Klinikal. Sektor Pengoperasian Hospital bertanggungjawab terhadap semua aspek berkaitan penyediaan perkhidmatan dan pengoperasian 12 buah hospital di bawah naungannya. Terdapat beberapa unit
di bawah sektor ini iaitu Unit Kejururawatan Hospital, Unit PPP, Unit Projek Khas, Unit Casemix & Unit Rekod Perubatan.
Unit Rekod Perubatan memantau dan menyelia laporan-laporan dari semua hospital kerajaan menerusi Sistem Maklumat Pengurusan Kesihatan (HMIS). Sektor Perkhidmatan Klinikal bertanggungjawab menyelaras, memantau dan menilai program-program perubatan dan direktorat perkhidmatan klinikal di hospital-hospital termasuk kolaborasi dengan bahagian-bahagian lain.
CAWANGAN SUMBER PERUBATAN
Cawangan Sumber Perubatan merancang, menyelaras dan memantau aktiviti-aktiviti berkaitan sumber manusia, latihan perubatan, fasiliti dan peralatan perubatan serta belanjawan pengurusan di hospital-hospital seliaan di Selangor.
CAWANGAN KAWALAN AMALAN PERUBATAN SWASTA (CKAPS)
Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS), Bahagian Perubatan di Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah ditubuhkan pada awal 2003 untuk mengawal (control), mengawalselia (regulate) dan memantau (monitor) pelbagai jenis kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta seperti Hospital Swasta, Hospital Psikiatri Swasta, Pusat Jagaan Ambulatori Swasta, Rumah Jagaan Kejururawatan Swasta, Rumah Jagaan Kejururawatan Psikiatri Swasta, Rumah Bersalin Swasta, Bank Darah Swasta, Pusat Hemodialisis Swasta, Hospis Swasta, Pusat Kesihatan Mental Masyarakat Swasta dan mana-mana fasiliti kesihatan yang diwartakan dari semasa ke semasa. Fungsi utama CKAPS sangat berkait rapat dengan pelaksanaan dan penguatkuasaan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586] dan peraturan-peraturan yang berkaitan termasuk pendaftaran, pelesenan, aduan dan penguatkuasaan di negeri Selangor.
CAWANGAN KUALITI PENJAGAAN PERUBATAN
Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan pula memantau dan menyelaraskan program-program berkaitan inisiatif kualiti bagi semua hospital di negeri Selangor serta mewujudkan & melaksanakan mekanisme penambahbaikan dalam mempromosikan bentuk, tatacara yang boleh digunapakai dalam peningkatan kualiti perkhidmatan hospital.
CAWANGAN ADUAN & MEDIKO LEGAL
Cawangan Aduan Mediko Legal menyelaras semua aduan yang diterima bagi memastikan semua aduan disiasat secara telus demi kepuasan pelanggan serta pelaksanaan tindakan penambahbaikan secara berterusan bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan di hospital-hospital di negeri Selangor adalah baik dan berkualiti.
UNIT PENTADBIRAN PERUBATAN
Unit Pentadbiran Perubatan bertanggungjawab ke atas urusan pentadbiran pejabat Bahagian Perubatan dan memastikan segala urusan pengurusan dan pentadbiran dilaksanakan dengan cekap, berkesan dan berkualiti selaras dengan undang-undang, pekeliling, peraturan perbendaharaan dan prosedur kewangan dan peraturan perkhidmatan yang berkuatkuasa.
UNIT KEJURUTERAAN OPERASI HOSPITAL
Unit Kejuruteraan Operasi Hospital memantau dan menyelia aktiviti perkhidmatan sokongan hospital yang diswastakan serta menyelaras semua aktiviti berkaitan perkhidmatan kejuruteraan di hospital KKM di negeri.
Hospital-hospital KKM di negeri Selangor adalah seperti berikut
- Hospital Pakar:
- Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang
- Hospital Selayang
- Hospital Serdang
- Hospital Ampang
- Hospital Sungai Buloh
- Hospital Kajang
- Hospital Banting
- Hospital Shah Alam
- Hospital Tanpa Pakar :
- Hospital Kuala Kubu Bharu
- Hospital Tanjong Karang
- Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ), Sabak Bernam
- Hospital Orang Asli Gombak
STRATEGI PROGRAM PERUBATAN
- Program Perubatan menyediakan, memantau dan menilai perkhidmatan perubatan mengikut polisi dan piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Menyediakan perkhidmatan perubatan secara “seamless and integrated” selaras dengan “8 future health systems and goals”
- Menyediakan perkhidmatan rawatan dan penjagaan perubatan yang lebih berkesan kepada pesakit.
- Memastikan semua kemudahan dan sumber-sumber yang sediaada digunakan secara optima.
- Memperkukuhkan aspek kualiti perkhidmatan rawatan pesakit di semua peringkat berdasarkan “Strategic plan for quality”.
- Mengamalkan “evidence based medicine” dan penilaian teknologi kesihatan bagi memastikan penggunaan teknologi yang sesuai, berkesan dan selamat dalam perkhidmatan rawatan pesakit.
- Meningkatkan bilangan tenaga manusia yang berpengetahuan dan berkemahiran selaras dengan perkembangan profesion perubatan.
- Meningkatkan kapasiti dan keupayaan penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan perundangan peraturan perubatan.
OBJEKTIF UMUM
Objektif Bahagian ini adalah untuk merancang, menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan Program Perubatan di hospital-hospital termasuk perkhidmatan pra-hospital, diagnostik dan rawatan pemulihan yang bersesuaian bagi memastikan perkhidmatan yang lebih cekap, berkesan dan mudah diperolehi oleh orang ramai.
OBJEKTIF KHUSUS
- Memastikan perkhidmatan pengurusan hospital serta aktiviti-aktiviti yang berkaitan dapat berjalan dengan lancar mengikut sasaran yang telah ditetapkan di sebelas buah hospital di bawah naungan JKN Selangor.
- Memastikan perkhidmatan perubatan serta pelbagai aktiviti berkaitan pengurusan program perubatan, kejururawatan dan penyeliaan di hospital-hospital di bawah naungan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor berjalan lancar dan berjaya mengikut sasaran yang ditetapkan.
- Memastikan pelbagai aktiviti kepastian kualiti yang dijalankan di hospital-hospital mengikut standard kualiti yang ditetapkan.
- Memastikan semua kemudahan kesihatan swasta yang beroperasi di negeri Selangor mempunyai mempunyai kemudahan bagi memohonlesen yang sah untuk beroperasi dan menjalankan perkhidmatan berdasarkan akta dan peraturan yang telah di tetapkan.
- Memastikan semua maklumat kesihatan yang diberikan oleh semua fasiliti kesihatan kerajaan dan swata dikumpul, disemak, dianalisa, disimpan dan dijaga dan menguruskan permohonan penubuhan Lembaga Perubatan ke atas pegawai-pegawai kerajaan dan lain-lain kakitangan.
- Memantau perlaksanaan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) bagi perkhidmatan pengurusan sisa klinikal (CWMS), pembersihan (CLS), linen dan pendobian (LLS), kejuruteraan fasiliti (FEMS) dan kejuruteraan biomedical (BEMS) secara menyeluruh dan memastikan PSH diberikan secara selamat, cepat, berkesan dan dilaksanakan mengikut Perjanjian Konsesi.
AKTIVITI UNIT BAHAGIAN PERUBATAN
AKTIVITI UMUM BAHAGIAN PERUBATAN
- Perancangan Program Perubatan
- Pelaksanaan Program Perubatan
- Pemantauan Program Perubatan
- Penilaian Program Perubatan
Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh setiap cawangan dan unit di Bahagian Perubatan adalah seperti berikut:
CAWANGAN PERKEMBANGAN PERUBATAN
- Memantau dan menyelia program-program KKM & projek-projek khas di hospital Selangor seperti FPP, TOP, GSF
- Pemantauan aktiviti pengendalian bencana dan keselamatan sinaran bagi Bahagian
- Pelaksanaan Hospital Kluster Selangor & Program Pra Hospital & Ambulans (PRPA)
- Bekerjasama dengan Bahagian Kesihatan Awam dalam penyelarasan aktiviti:
- Kawalan penyakit bawaan vector (denggi,malaria,filariasis & Japanese Encephalitis)
- Pembangunan Kesihatan Keluarga
- Kawalan CDC & NCD
- Perkhdimatan Perawatan Domisilari & EnPHC
- Keselamatan Sinaran
- Pengurusan Bencana
- Menyelaras & memantau program-program perubatan serta servis perkhidmatan Klinikal di hospital termasuk kolaborasi dengan Bahagian lain - Memantau perkembangan program di setiap hospital serta mengenalpasti isu-isu berkaitan Perkhidmatan Klinikal
- Memastikan Perkhidmatan yang diberi mengikut SOP yang telah ditetapkan KKM
- Memastikan aktiviti berkaitan Pengurusan program Perubatan, kejururawatan & penyeliaan di hospital Selangor berjalan lancar
- Memastikan ketepatan Dokumentasi Klinikal dan Koding mengikut ICD-10 di Hospital di Negeri Selangor dengan kerjasama Unit Rekod Perubatan
- Memastian pelaksanaan Sistem Casemix Malaysia DRG EIS disemua hospital casemix di negeri Selangor
UNIT REKOD PERUBATAN
- Pengurusan data dan maklumat Kesihatan
- Pengurusan dan Pemantauan aktiviti Perkhidmatan Rekod Perubatan
- Pengurusan permohonan penubuhan Lembaga Perubatan ke atas pegawai kerajaan dan kakitangan lain.
- Pengurusan hal-hal berkaitan dengan pentadbiran dan latihan di Unit Rekod Perubatan.
- Merancang, memantau dan membuat saranan belanjawan pengurusan dan pengoperasian hospital seperti merancang dan membuat cadangan agihan peruntukan,memohon peruntukan tambahan, memantau aspek belanjawan dan membuat saranan sekiranya aspek belanjawan tidak menepati sasaran yang ditetapkan.
- Merancang, menyelaras dan menguruskan aktiviti-aktiviti berkaitan sumber manusia seperti merancang keperluan, menyelaras permohonan dan menguruskan penempatan sumber manusia bagi semua kategori perjawatan serta memantau pelaksanaan Program Pegawai Perubatan Siswazah.
- Merancang dan menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan pengurusan latihan perubatan seperti merancang pelan strategik, menyelaras peruntukan dan aktiviti latihan perubatan serta menyelaras permohonan latihan elektif dan latihan klinikal pelajar perubatan di hospital.
- Merancang, memantau dan menyelaras aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan fasiliti dan peralatan perubatan seperti merancang keperluan strategik dan memantau pembinaan dan naiktaraf fasiliti baru dan lama serta merancang dan menyelaras keperluan dan permohonan peralatan perubatan.
CAWANGAN KAWALAN AMALAN PERUBATAN SWASTA (CKAPS)
- Memproses Permohonan Pendaftaran Klinik Perubatan swasta.
- Memproses Permohonan Pembaharuan Lesen Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta selain klinik perubatan dan pergigian swasta.
- Melakukan pemeriksaan dan pemantauan ke atas Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta di Selangor.
- Pengurusan organisasi dan pengukuhan keupayaan pengoperasian, latihan, kualiti & dan tugas-tugas teknikal CKAPS negeri Selangor.
- Pengendalian Aduan berkaitan Perkhidmatan Jagaan Swasta.
- Aktiviti penguatkuasan ke atas Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta di Selangor.
- Melaksanakan Aktiviti Pendakwaan di mahkamah.
CAWANGAN KUALITI PENJAGAAN PERUBATAN
- Pemantauan pencapaian performance indicator surveillance program.
- Penyelaras aktiviti kualiti antara program.
- Program Hospital Specific Approach (HSA).
- Aktiviti peningkatan kualiti – Clinical Audit, KIK & Inovasi , Lean healthcare.
- Pemantauan piagam pelanggan.
- Pemantauan kajian kepuasan pelanggan bagi Bahagian Perubatan JKNS & hospital.
- Penyelarasan aktiviti MS ISO 9001:2015 untuk JKN & Hospital.
- Penyelarasan aktiviti Akreditasi Hospital.
- Penyelaras “Malaysian Patient Safety Goals” & pemantauan pelaporan insiden.
- Pemantauan Pelaporan insiden.
- Penyelaras aktiviti Kualiti, SIACC, Wound Care Committee, Pain Free, Hospital Mesra Ibadah, OSH Perubatan, vPOMR dan SSSL & CRC.
CAWANGAN ADUAN & MEDICO LEGAL
- Pengurusan aduan am dan mediko legal.
- Pengurusan aduan akhbar dan aduan media social yang viral.
- Menubuhkan & menyelaras JKPB di peringkat Selangor.
- Mengendalikan tawaran ex-gratia kepada pengadu.
- Menjalankan lawatan penyeliaan dan lawatan kerja di hospital.
- Memantau maklum balas penghargaan dari orang awam.
- Panel mesyuarat j/k kes kecuaian Perubatan melibatkan pembayaran ex- gratia/ saman di JKNS.
- Menganjurkan kursus Pengurusan aduan dan mediko legal.
UNIT PENTADBIRAN PERUBATAN
- Pengurusan Pejabat, sistem fail, persuratan, hal ehwal pentadbiran, khidmat
pelanggan - Pengurusan Aset Alih Kerajaan & Inventori Pejabat
- Pengurusan Belanja Mengurus Bahagian
- Perjawatan/ Penyandang Bahagian
- Semakan tuntutan & elaun anggota
- Mengurus permohonan kursus dari hospital.
UNIT KEJURUTERAAN OPERASI HOSPITAL
- Penyelarasan Pelaksanaan Program Pemantauan PSH ke atas perkhidmatan yang dijalankan oleh Syarikat Konsesi di hospital.
- Khidmat Nasihat Teknikal bagi Sistem Kejuruteraan.
- Menyelaras peruntukan Sinking Fund bagi kerja-kerja pembaikan dan penggantian sistem kejuruteraan.