Halaman 5 dari 9
Fungsi Unit
Unit Perolehan & Aset berfungsi untuk memastikan pengurusan perolehan dan aset bagi kesemua fasiliti kesihatan di bawah JKN Selangor dilaksanakan mengikut prosedur dan tatacara yang telah ditetapkan serta dilaksanakan secara efektif, efisien dan sistematik.
Unit Perolehan & Aset juga bertanggungjawab memantau serta melaksanakan aktiviti seperti berikut: :-
Unit Perolehan & Aset juga bertanggungjawab memantau serta melaksanakan aktiviti seperti berikut: :-
- Menguruskan permohonan perolehan bagi pembelian terus, sebut harga dan tender serta lain-lain urusan perolehan mengikut keperluan;
- Melaksanakan pengurusan aset alih jabatan sepertimana yang digariskan di dalam pekeliling yang berkuatkuasa dengan efektif, efisien dan bersistematik meliputi proses pendaftaran, pelupusan serta hapus kira bagi kes kehilangan;
- Melaksanakan pengurusan stor jabatan sepertimana yang digariskan di dalam pekeliling yang berkuatkuasa dengan efektif, efisien dan bersistematik bagi membolehkan penggunaan stor yang optimum;
- Menguruskan permohonan penerimaan hadiah oleh JKN Selangor;
- Memastikan pelaksanaan Integrity Pact bagi setiap proses perolehan dibuat; dan
- Urusetia bagi Mesyuarat Jawatankuasa Petugas Pelaksanaan Projek ePerolehan peringkat negeri dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) peringkat negeri.