Pengenalan
Bahagian Pengurusan menjadi tulang belakang kepada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor terutama dalam pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan teknologi maklumat dan pembangunan jabatan. Di samping itu, Bahagian Pengurusan juga memainkan peranan penting untuk memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan mencapai piawaian yang ditetapkan.
Tanggungjawab Bahagian Pengurusan
Bahagian Pengurusan bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan sokongan yang padu kepada:
- Bahagian-bahagian lain di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
- Memantau dan menyelaras hal-hal pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ2)
- Bertindak sebagai perantara di antara PTJ dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Objektif
Objektif Bahagian ini adalah untuk :-
- Memberi sokongan dalam pengurusan sumber manusia, kewangan dan kemudahan fizikal bagi penyediaan perkhidmatan perubatan, kesihatan awam, pergigian dan farmasi di negeri.
- Menyokong perancangan dan pembangunan kemudahan fizikal dalam penyampaian perkhidmatan.
- Memberi sokongan teknikal dalam penggunaan teknologi maklumat serta pembangunannya bagi mempertingkatkan kecekapan pengurusan.
Unit-Unit
Bahagian Pengurusan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor merangkumi lapan (8) unit yang menjalankan aktiviti berdasarkan fungsi masing-masing
Fungsi Unit
Unit Sumber Manusia bertanggungjawab dalam melaksanakan fungsi-fungsi berikut:
Perkhidmatan
Melaksanakan semua aktiviti merekod, memproses, menyemak dan menyelaras dalam urusan perkhidmatan bagi kakitangan di JKNS seperti berikut:-
- Menjadi urusetia Panel Pembangunan Sumber Manusia dan Pentadbir Sistem PPSM
- Menguruskan permohonan Anjakan Gaji kepada pegawai yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan
- Membuat edaran surat penyiaran kenaikan pangkat bagi semua jawatan apabila ada arahan daripada KKM
- Menguruskan aktiviti kenaikan pangkat, pemangkuan dan Khas Untuk Penyandang (KUP)
- Menjadi urusetia bagi Jawatankuasa Penempatan dan Pertukaran di JKNS
- Merekod, memproses dan mengedarkan Sijil Amalan Tahunan bagi Pegawai Perubatan
- Menjadi urusetia bagi Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Selangor
- Menguruskan urusan tanggung kerja bagi anggota JKN Selangor
- Menyedia, menyemak dan merekod Laporan Perubahan (KEW.8) bagi pegawai – pegawai di Ibu Pejabat JKNS
Perjawatan
- Mengendalikan data perjawatan JKNS mengikut PTJ
- Menyelaras dan mengemaskini maklumat penyandang JKNS mengikut bangsa, jantina dan OKU mengikut PTJ
- Membuat permohonan pewujudan perjawatan melalui ABM Tahunan
- Mengurus Sistem Aplikasi HRMIS
- Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus (JKTU) di JKN Selangor
- Menjadi urusetia Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.2) JKN Selangor
- Menguruskan Pengisytiharan Harta
- Memproses permohonan dan kelulusan Lawatan Keluar Negara bagi semua pegawai di JKN Selangor
- Menyelaras urusan bagi Pengambilan Jawatan Sambilan di JKN Selangor
- Menyediakan laporan – laporan Perjawatan untuk dikemukakan ke KKM
- Menyelaraskan Laporan Tahunan Bahagian Pengurusan
Fungsi Unit
Unit Kewangan berfungsi untuk memantau segala peruntukan yang diterima dan perbelanjaan yang dibuat serta melaporkan prestasi tersebut kepada KKM. Disamping itu, Unit Kewangan memainkan peranan sebagai PTJ1 dan PTJ2. Sebagai PTJ1, Unit Kewangan di Pejabat Pengarah bertanggungjawab memantau segala peruntukan yang diterima oleh PTJ di bawah JKN Selangor menerusi aktiviti-aktiviti seperti berikut:- Menguruskan peruntukan belanjawan mengurus
- Menyediakan perjanjian program bagi program pengurusan dan menyelaras perjanjian program-program lain di bawah JKNS
- Menyediakan laporan-laporan kewangan yang telah ditetapkan oleh AG Selangor
- Menguruskan proses perolehan secara tender, sebutharga dan pembelian terus
- Menguruskan proses tuntutan dan permohonan pinjaman yang disediakan oleh kerajaan
- Memproses bayaran
- Menguruskan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan & Akaun dan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Projek e-Perolehan peringkat JKNS
Fungsi Unit
Selain daripada itu, Unit pembangunan juga mengurus pengagihan waran peruntukan bagi projek-projek di bawah vot pelbagai negeri seperti :-
- BP 00200 - Melibatkan kerja naik taraf di bawah Bahagian Kesihatan Awam
- BP 00300 - Melibatkan kerja naik taraf bagi Program Kemudahan Kesihatan (Hospital-hospital sedia)
- BP 00600 - Melibatkan kerja-kerja Penyenggaraan dan projek-projek kecil pengubahsuaian, naik taraf dan pembaikan terhadap kemudahan-kemudahan kesihatan.
Fungsi Unit
Unit Perolehan & Aset juga bertanggungjawab memantau serta melaksanakan aktiviti seperti berikut: :-
- Menguruskan permohonan perolehan bagi pembelian terus, sebut harga dan tender serta lain-lain urusan perolehan mengikut keperluan;
- Melaksanakan pengurusan aset alih jabatan sepertimana yang digariskan di dalam pekeliling yang berkuatkuasa dengan efektif, efisien dan bersistematik meliputi proses pendaftaran, pelupusan serta hapus kira bagi kes kehilangan;
- Melaksanakan pengurusan stor jabatan sepertimana yang digariskan di dalam pekeliling yang berkuatkuasa dengan efektif, efisien dan bersistematik bagi membolehkan penggunaan stor yang optimum;
- Menguruskan permohonan penerimaan hadiah oleh JKN Selangor;
- Memastikan pelaksanaan Integrity Pact bagi setiap proses perolehan dibuat; dan
- Urusetia bagi Mesyuarat Jawatankuasa Petugas Pelaksanaan Projek ePerolehan peringkat negeri dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) peringkat negeri.
Fungsi Unit
Fungsi Unit Teknologi Maklumat (IT) adalah seperti berikut :-
- Mengurus, menyenggara dan menyelaras prasarana ICT
- Merancang, membangun dan menyenggara sistem maklumat
- Menguruskan kebolehcapaian terhadap rangkaian dan perkakasan rangkaian
- Mengurus dan menyenggara Portal JKNS
- Mengurus dan memantau pelaksanaan projek-projek ICT termasuk pelaksanaan Aplikasi Kerajaan Elektronik dan aplikasi Kementerian Kesihatan Malaysia
- Menjaga keselamatan sistem maklumat kerajaan
- Mengurus program latihan ICT
- Memberi khidmat bantuan teknikal ICT
Fungsi Unit
Unit Psikologi Kaunseling bertanggungjawab melaksanakan fungsi-fungsi berikut:
- Memberi perkhidmatan psikologi dan kaunseling untuk mempertingkatkan kesihatan mental di samping menghasilkan rakyat yang sihat dan berjiwa tenteram
- Memberi perkhidmatan kaunseling dan psikoterapi
- Mempertingkatkan kesedaran kendiri di kalangan kakitangan JKNS dan semua organisasi di bawahnya
- Mewujudkan satu kaedah pengurusan yang bersepadu dan tersusun kepada pegawai yang memerlukan bantuan
- Mengenal pasti permasalahan di peringkat awal dan membantu pegawai menanganinya
- Mewujudkan kelompok sokongan kepada pegawai awam yang bermasalah
- Mengesan dan memantau keupayaan kendiri pegawai awam
- Waktu Perkhidmatan Psikologi Kaunseling adalah seperti berikut:
Sesi Kaunseling Individu
• Hari: Selasa dan Khamis
• Waktu: 9.00 pagi sehingga 1.00 petang / 2.30 petang sehingga 4.30 petang
Sesi Kaunseling Kelompok
• Hari: Jumaat
• Waktu: 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari / 3.00 petang sehingga 4.30 petang
Fungsi Unit
Unit Khidmat Pengurusan bertanggungjawab ke atas urusan pentadbiran pejabat dan menyediakan perkhidmatan sokongan kepada semua bahagian di JKNS. Fungsi unit adalah seperti berikut:
- Melaksanakan urusan pentadbiran am pejabat
- Mengurus kontrak penyewaan dan perkhidmatan pejabat di JKNS
- Mengurus penyewaan ruang pejabat
- Mengurus penggunaan dan penyenggaraan kenderaan jabatan
- Menjadi Pegawai Perhubungan Awam dan Penyelaras Aduan di JKNS
- Merancang, menyelaras, memantau dan melaksanakan majlis-majlis di peringkat Bahagian Pengurusan dan Jabatan
- Memantau dan mengurus Sistem Kehadiran Biometrik Jabatan dan menyediakan laporan kehadiran kakitangan di Ibu Pejabat JKNS
- Mengurus permohonan rumah kuartes bagi JKNS
- Mengendali Sistem e-Fail dan e-Surat peringkat JKNS
- Memantau pengurusan keselamatan pejabat dan urusan lantikan Pegawai Pengelas mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 bagi peringkat Jabatan.
- Mengurus permohonan bagi rombongan Haji bagi Anggota Perubatan Malaysia ke Arab Saudi (Musim Haji) dari semua PTJ
- Mengurus Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) dan Pengurusan ISO bagi Bahagian Pengurusan
- Menyelaras soalan-soalan dari Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Bahagian Pengurusan
- Menyelaras Piagam Pelanggan Jabatan; dan
- Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Timbalan Pengarah Kesihatan (Pengurusan), JKNS
Fungsi Unit
- Mengendalikan Peperiksaan dan Ujian Menaip yang disarankan dalam perkhidmatan awam
- Mengendalikan permohonan Kursus Pos Basik dengan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Pos Basik Peringkat Negeri
- Mengemaskini maklumat-maklumat anggota yang telah menghadiri kursus
- Mengendalikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa program Continuing Professional Development (CPD)
- Membuat perancangan untuk Unit Latihan daripada peruntukan yang diterima
- Mengeluarkan Sijil Latihan Peningkatan Atendan Kesihatan (SLPAK) Tahap 1 dan Tahap 3 kepada jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) di seluruh negeri Selangor.