logo ms new

Bahagian Kesihatan Awam - Fungsi Bahagian


Fungsi Bahagian


Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah menggariskan fungsi utama Program Kesihatan Awam seperti berikut:


Fungsi 1: Pemantauan Dan Analisis Situasi Kesihatan

  1. Membuat penilaian kesihatan berkaitan dengan masalah kesihatan dalam komuniti dan kumpulan tertentu serta  membuat semakan dan ulasan berkaitan dengan reten dan laporan berkala yang berkaitan.
  2. Membuat analisa tren penyakit berdasarkan sosiodemografi dan faktor predisposisi.
  3. Mengenalpasti masalah kesihatan serta membantu membuat rancangan bagi mengatasinya.
  4. Terlibat dalam mengenalpasti sumber dan aset dalam komuniti atau sektor lain (kerajaan dan bukan kerajaan) untuk  meningkatkan penglibatan komuniti dalam pencegahan dan pengawalan penyakit.
  5. Menyedia dan menyebar maklumat di atas untuk kegunaan kakitangan atau orang awam menerusi pembelajaran berterusan (CME), laporan dan laman web.

 

Fungsi 2: Survelans epidemiologi, pencegahan dan pengawalan penyakit/masalah kesihatan awam

  1. Menjalankan pengawasan/survelans epidemiologi penyakit berjangkit dan/atau tidak berjangkit. Berfungsi sebagai pakar perubatan kesihatan awam dalam menjalankan survelan epidemiologi penyakit berjangkit atau tidak berjangkit.
  2. Pencarian kes, pencegahan dan pengawalan terhadap penyakit yang penting dalam kesihatan awam.
  3. Menyiasat, membuat diagnosis serta merawat kes semasa wabak.
  4. Menjalankan praktis klinikal dari segi nasihat, kaunseling dan pendidikan kesihatan mengenai kesihatan awam di klinik-klinik komuniti (klinik warga sihat, klinik berhenti merokok).
  5. Mencadang/melaksana mekanisme untuk memperbaiki sistem survelans serta pencegahan dan pengawalan penyakit.

 

Fungsi 3: Pembangunan Polisi dan Perancangan Dalam Kesihatan Awam

  1. Membantu membangun program atau projek yang merangkumi penggubalan dasar, perancangan dan pelaksanaan.
  2. Membantu perancangan dan pengurusan sumber bagi membangun program/projek dalam kesihatan awam.
  3. Membantu membangun strategi dan pelan untuk menyokong dan memelihara kesihatan awam.

 

Fungsi 4: Melaksanakan pengurusan strategik dalam sistem kesihatan

  1. Mencadangkan pengenalan atau perluasan skop perkhidmatan/aktiviti.
  2. Terlibat dalam usaha meningkatkan taraf kemudahan perkhidmatan kesihatan (peralatan, kepakaran, infrastruktur dll).
  3. Memantau, menilai dan memberi input teknikal ke atas Program Kepastian Kualiti (QAP).
  4. Bertindak secara kompeten dalam pengurusan bencana dan situasi kecemasan, jika ada.

 

Fungsi 5: Peraturan dan penguatkuasaan untuk memelihara kesihatan awam

  1. Membantu dalam pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan yang berkaitan.
  2. Membuat promosi berkaitan pematuhan kepada undang-undang dan peraturan yang berkaitan.
  3. Menyumbang input dalam kajian semula, mendraf atau mengemas-kini undang-undang dan peraturan yang berkaitan.
  4. Memantau, menilai dan memberi maklumbalas tentang pencapaian undang-undang dan peraturan yang berkaitan.

 

Fungsi 6: Pembangunan dan perancangan sumber manusia dalam kesihatan awam

  1. Menilai dan memantau keadaan semasa berkaitan sumber manusia berdasarkan kuantiti, kategori, kelayakan, kebolehan dan taburan kakitangan.
  2. Mengenalpasti dan mengunjurkan keperluan tenaga kerja berdasarkan kuantiti dan kualiti.
  3. Memastikan kakitangan memperolehi pengetahuan dan latihan yang mencukupi.
  4. Merancang dan melaksana latihan dalam perkhidmatan (in-service training) bagi tenaga kesihatan awam serta menggalakkan pendidikan profesional berterusan (continuing professional education).
  5.  Memantau dan menilai kualiti dan kuantiti latihan/kursus yang dijalankan.

 

Fungsi 7: Promosi kesihatan dan penglibatan sosial

  1. Terlibat dalam merancang dan mengendali kempen atau aktiviti promosi kesihatan di peringkat kebangsaan, negeri atau daerah dalam meningkatkan kapasiti dan kebolehan masyarakat dalam mengurangkan risiko penyakit.
  2. Mempromosi perubahan gaya hidup di kalangan kumpulan berisiko tinggi serta melibatkan masyarakat dalam mempromosi perubahan gaya hidup semua peringkat masyarakat.
  3. Terlibat dalam jawatankuasa, mesyuarat atau aktiviti bagi menggalakkan kerjasama antara agensi-agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga individu-individu tertentu dalam memastikan program promosi kesihatan menjadi lebih efektif.
  4. Menyediakan maklumat dan pendidikan kesihatan pada peringkat komuniti melalui teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

 

Fungsi 8: Memastikan kualiti perkhidmatan kesihatan kepada individu dan masyarakat

  1. Mengenalpasti indikator kualiti berdasarkan perkhidmatan kesihatan.
  2. Memberikan nasihat/input teknikal serta membantu melaksanakan mekanisme untuk menambahbaik kualiti yang berkaitan.
  3. Melaksanakan mekanisme penambahbaikan.
  4. Memantau dan menilai aktiviti inisiatif kualiti.

 

Fungsi 9: Penyelidikan, perkembangan dan pelaksanaan penyelesaian kesihatan awam yang inovatif

  1. Melakukan penyelidikan dan seterusnya menerbitkan laporan mengenai masalah kesihatan awam.
  2. Terlibat menggalakkan penglibatan kakitangan kesihatan awam dalam penyelidikan pada semua peringkat.
  3. Menyebarkan maklumat hasil kajian kepada agensi (kesihatan ataupun bukan kesihatan) melalui pelbagai saluran seperti penulisan dalam jurnal, persembahan dalam mesyuarat, seminar, persidangan dan sebagainya.
  4. Menggalakkan kerjasama dan pendekatan bersama antara agensi kesihatan dan organisasi lain untuk tujuan penyelidikan.
  • Tarikh Kemas kini: 10 Disember 2024.

Jumlah Pengunjung:

14820728

JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR
Tingkat G, M, 9, 10, 11, 14, 17 & 18, No 1 Wisma Sunway,
Jalan Tengku Ampuan Zabedah C 9/C, Seksyen 9, 
40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
603 5123 7333 / 334 / 335
SISPAA