Pengenalan
Bahagian Kesihatan Awam merupakan bahagian yang terbesar di JKNS. Aktiviti-aktiviti di bawah Program Kesihatan Awam adalah luas dan menyeluruh demi untuk memastikan individu, keluarga dan masyarakat amnya sihat sejahtera. Ia dilaksanakan menerusi unit-unit di bawah pentadbiran Bahagian Kesihatan Awam.
Objektif
Objektif Umum Bahagian Kesihatan Awam adalah:
- Meningkatkan status kesihatan dan kualiti kehidupan masyarakat, ke arah kehidupan yang sihat dan produktif.
- Menyediakan perkhidmatan yang cekap, berkesan dan komprehensif melalui perkhidmatan promotif, preventif, kuratif dan rehabilitif di setiap peringkat kepada masyarakat.
- Mencegah insidens dan prevalens penyakit berjangkit dan tidak berjangkit.
Objektif Khusus Bahagian Kesihatan Awam adalah :
- Untuk meningkat dan mengekalkan kesihatan fizikal, mental dan sosial sesebuah keluarga dan masyarakat.
- Mengurangkan kejadian penyakit dan kematian.
- Menggalakkan cara hidup sihat, keadaan tempat kerja yang sihat dan selamat dan persekitaran yang bersih.
- Menguatkuasakan undang-undang kesihatan awam.
Fungsi Bahagian
Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah menggariskan fungsi utama Program Kesihatan Awam seperti berikut:
Fungsi 1: Pemantauan Dan Analisis Situasi Kesihatan
- Membuat penilaian kesihatan berkaitan dengan masalah kesihatan dalam komuniti dan kumpulan tertentu serta membuat semakan dan ulasan berkaitan dengan reten dan laporan berkala yang berkaitan.
- Membuat analisa tren penyakit berdasarkan sosiodemografi dan faktor predisposisi.
- Mengenalpasti masalah kesihatan serta membantu membuat rancangan bagi mengatasinya.
- Terlibat dalam mengenalpasti sumber dan aset dalam komuniti atau sektor lain (kerajaan dan bukan kerajaan) untuk meningkatkan penglibatan komuniti dalam pencegahan dan pengawalan penyakit.
- Menyedia dan menyebar maklumat di atas untuk kegunaan kakitangan atau orang awam menerusi pembelajaran berterusan (CME), laporan dan laman web.
Fungsi 2: Survelans epidemiologi, pencegahan dan pengawalan penyakit/masalah kesihatan awam
- Menjalankan pengawasan/survelans epidemiologi penyakit berjangkit dan/atau tidak berjangkit. Berfungsi sebagai pakar perubatan kesihatan awam dalam menjalankan survelan epidemiologi penyakit berjangkit atau tidak berjangkit.
- Pencarian kes, pencegahan dan pengawalan terhadap penyakit yang penting dalam kesihatan awam.
- Menyiasat, membuat diagnosis serta merawat kes semasa wabak.
- Menjalankan praktis klinikal dari segi nasihat, kaunseling dan pendidikan kesihatan mengenai kesihatan awam di klinik-klinik komuniti (klinik warga sihat, klinik berhenti merokok).
- Mencadang/melaksana mekanisme untuk memperbaiki sistem survelans serta pencegahan dan pengawalan penyakit.
Fungsi 3: Pembangunan Polisi dan Perancangan Dalam Kesihatan Awam
- Membantu membangun program atau projek yang merangkumi penggubalan dasar, perancangan dan pelaksanaan.
- Membantu perancangan dan pengurusan sumber bagi membangun program/projek dalam kesihatan awam.
- Membantu membangun strategi dan pelan untuk menyokong dan memelihara kesihatan awam.
Fungsi 4: Melaksanakan pengurusan strategik dalam sistem kesihatan
- Mencadangkan pengenalan atau perluasan skop perkhidmatan/aktiviti.
- Terlibat dalam usaha meningkatkan taraf kemudahan perkhidmatan kesihatan (peralatan, kepakaran, infrastruktur dll).
- Memantau, menilai dan memberi input teknikal ke atas Program Kepastian Kualiti (QAP).
- Bertindak secara kompeten dalam pengurusan bencana dan situasi kecemasan, jika ada.
Fungsi 5: Peraturan dan penguatkuasaan untuk memelihara kesihatan awam
- Membantu dalam pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan yang berkaitan.
- Membuat promosi berkaitan pematuhan kepada undang-undang dan peraturan yang berkaitan.
- Menyumbang input dalam kajian semula, mendraf atau mengemas-kini undang-undang dan peraturan yang berkaitan.
- Memantau, menilai dan memberi maklumbalas tentang pencapaian undang-undang dan peraturan yang berkaitan.
Fungsi 6: Pembangunan dan perancangan sumber manusia dalam kesihatan awam
- Menilai dan memantau keadaan semasa berkaitan sumber manusia berdasarkan kuantiti, kategori, kelayakan, kebolehan dan taburan kakitangan.
- Mengenalpasti dan mengunjurkan keperluan tenaga kerja berdasarkan kuantiti dan kualiti.
- Memastikan kakitangan memperolehi pengetahuan dan latihan yang mencukupi.
- Merancang dan melaksana latihan dalam perkhidmatan (in-service training) bagi tenaga kesihatan awam serta menggalakkan pendidikan profesional berterusan (continuing professional education).
- Memantau dan menilai kualiti dan kuantiti latihan/kursus yang dijalankan.
Fungsi 7: Promosi kesihatan dan penglibatan sosial
- Terlibat dalam merancang dan mengendali kempen atau aktiviti promosi kesihatan di peringkat kebangsaan, negeri atau daerah dalam meningkatkan kapasiti dan kebolehan masyarakat dalam mengurangkan risiko penyakit.
- Mempromosi perubahan gaya hidup di kalangan kumpulan berisiko tinggi serta melibatkan masyarakat dalam mempromosi perubahan gaya hidup semua peringkat masyarakat.
- Terlibat dalam jawatankuasa, mesyuarat atau aktiviti bagi menggalakkan kerjasama antara agensi-agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga individu-individu tertentu dalam memastikan program promosi kesihatan menjadi lebih efektif.
- Menyediakan maklumat dan pendidikan kesihatan pada peringkat komuniti melalui teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).
Fungsi 8: Memastikan kualiti perkhidmatan kesihatan kepada individu dan masyarakat
- Mengenalpasti indikator kualiti berdasarkan perkhidmatan kesihatan.
- Memberikan nasihat/input teknikal serta membantu melaksanakan mekanisme untuk menambahbaik kualiti yang berkaitan.
- Melaksanakan mekanisme penambahbaikan.
- Memantau dan menilai aktiviti inisiatif kualiti.
Fungsi 9: Penyelidikan, perkembangan dan pelaksanaan penyelesaian kesihatan awam yang inovatif
- Melakukan penyelidikan dan seterusnya menerbitkan laporan mengenai masalah kesihatan awam.
- Terlibat menggalakkan penglibatan kakitangan kesihatan awam dalam penyelidikan pada semua peringkat.
- Menyebarkan maklumat hasil kajian kepada agensi (kesihatan ataupun bukan kesihatan) melalui pelbagai saluran seperti penulisan dalam jurnal, persembahan dalam mesyuarat, seminar, persidangan dan sebagainya.
- Menggalakkan kerjasama dan pendekatan bersama antara agensi kesihatan dan organisasi lain untuk tujuan penyelidikan.
Pengenalan
Unit ini diketuai oleh seorang pakar perubatan kesihatan awam dan dahulunya dikenali sebagai Program Kesihatan Ibu dan Anak. Program Pembangunan Kesihatan Keluarga dijalankan di 61 buah klinik kesihatan serta 131 buah klinik desa.Objektif Unit Pembangunan Kesihatan Keluarga
1. Meningkatkan dan mengekalkan taraf kesihatan ibu dalam kumpulan umur reproduktif.
2. Menggalakkan dan mengekalkan kesihatan yang optima serta penilaian perkembangan kanak-kanak mulai bayi hingga tamat persekolahan.
3. Memberi perkhidmatan pesakit luar, promosi kesihatan, saringan kesihatan, rawatan dan rehabilitasi kepada semua ahli keluarga pada 'first point of contact'.
4. Mengingkatkan taraf kesihatan keluarga dan kumpulan-kumpulan khas seperti remaja, warga tua, kanak-kanak keperluan khas dan pesakit mental dan sosial.
5. Mengurangkan morbiditi dan mortaliti akibat penyakit kronik/penyakit berkaitan dengan gaya hidup individu.
Aktiviti Unit Pembangunan Kesihatan Keluarga
o Kesihatan Keluarga
o Kesihatan Primer dan Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit
o Perluasan Skop (Expanded Scope)
Pengenalan
Program Kawalan Penyakit merangkumi pelbagai penyakit berjangkit. Program ini merupakan satu fungsi utama kesihatan awam untuk mencegah dan mengawal kejadian penyakit di kalangan penduduk bagi meningkatkan taraf kesihatan penduduk.Objektif Kawalan Penyakit Berjangkit
1. Mengurangkan kejadian penyakit dan kematian akibat jangkitan penyakit berjangkit supaya ia tidak menjadi ancaman kepada kesihatan awam.
2. Menggalakkan cara hidup sihat, langkah pencegahan yang sesuai, pengesanan dan rawatan segera, pemantauan berterusan dan perkhidmatan rehabilitasi yang sesuai.
3. Menggalakkan pernyertaan masyarakat umum disamping kerjasama pelbagai agensi/sektor ke arah melahirkan masyarakat yang sihat dan prihatin.
Penguatkuasaan Akta-Akta :-
1. Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988
2. Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan 2000)
Aktiviti-aktiviti Program Merangkumi :-
i. Kawalan Penyakit Bawaan Udara - Tibi/Kusta
ii. Kawalan Penyakit Bawaan Air dan Makanan
iii. Kawalan Penyakit Zoonis/Reemerging
iv. Kawalan Penyakit KAwalan Imunisasi
v. Pemantauan Penyakit Berjangkit
Aktiviti Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit
o Surveilans penyakit berjangkit
o Pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit.
Antara aktiviti Unit Kawalan Penyakit AIDS/STD adalah:
1) Aktiviti Saringan HIV Kepada Bakal Pengantin Islam
2) Aktiviti Pengurusan Kes HIV di Jagaan Primer (PPHIV)
3) Aktiviti Pencegahan Jangkitan HIV Ibu ke Anak (PTCT)
4) Aktiviti Pengurusan STD Melalui Pendekatan Sindromik
5) Aktiviti Pendidikan Pencegahan HIV/AIDS
6) Aktiviti Saringan HIV Tanpa Nama (Anonymous Voluntary Testing)
7) Aktiviti Pencegahan HIV/AIDS di Institusi Tahanan (Penjara & Pusat Serenti)Aktiviti Pencegahan dan Kawalan Penyakit AIDS/STD
o Surveilanso Harm Reduction
o Pencegahan
Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar bertanggungjawab menguruskan dua aktiviti utama:
- Aktiviti Kesihatan Pekerjaan
- Aktiviti Kesihatan Alam Sekitar
Objektif Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar
- Untuk mengekalkan persekitaran, proses dan amalan pekerjaan yang sihat, selamat dan mencegah masalah kesihatan yang mungkin berlaku akibat pekerjaan atau persekitarannya.
- Untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai kesihatan dan keselamatan pekerjaan di kalangan majikan, pekerja dan pelanggan.
- Melatih anggota kesihatan daerah, hospital dan pergigian tentang kepentingan Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar.
Aktiviti Kesihatan Pekerjaan
1) Aktiviti Survelan Perubatan Anggota Unit Vektor
Pemeriksaan dilakukan kepada semua anggota di Unit Vektor bagi setiap Pejabat Kesihatan Daerah. Program ini meliputi soal selidik kesihatan anggota, pemeriksaan fizikal, pemeriksaan darah, ujian fungsi paru-paru, ujian pendengaran dan pendidikan kesihatan berkaitan kesihatan dan keselamtan pekerjaan. Pemeriksan darah yang dijalankan ialah paras hemoglobin, parameter untuk fungsi ginjal, parameter untuk fungsi hepar, dan serum cholinesterase.
2) Klinik Kesihatan Pekerjaan
Terdapat peningkatan yang menggalakkan dari segi kedatangan ke Klinik Kesihatan Pekerjaan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Klinik Kesihatan Pekerjaan meliputi rawatan penyakit pekerjaan yang dirujuk dari Klinik-klinik Kesihatan, pemeriksaan perubatan anggota kesihatan dan juga dari jabatan-jabatan lain termasuk Agensi Nuklear Malaysia, Jabatan Kastam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar.
3) Aktiviti Survelan Kecederaaan Oleh Alatan Tajam di Kalangan Anggota Kesihatan di Negeri Selangor
Negeri Selangor mempunyai 10 buah hospital dan 11 pejabat kesihatan yang memantau aktiviti anggota kesihatan di 60 buah klinik kesihatan dan 131 klinik desa. Terdapat lebih dari 10,000 anggota kesihatan yang bertugas di fasiliti kesihatan di negeri ini. Anggota yang berisiko dalam kejadian ini adalah terdiri daripada anggota kesihatan, pelajar yang sedang menjalani latihan di fasiliti kesihatan dan petugas perkhidmatan sokongan Radicare.
4) Aktiviti Kepastian Kualiti Kecederaan Tertusuk Jarum
Aktiviti-aktiviti lain
1) Memperkukuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP).
2) Memperkukuhkan Program Immmunisasi Hepatitis B di kalangan anggota.
3) Latihan untuk pelbagai kategori anggota kesihatan di pejabat kesihatan daerah, hospital dan pergigian.
4) Menjalankan audit keselamatan dan kesihatan bagi kemudahan kesihatan.
5) Menjalankan pemeriksaan kesihatan pada anggota kesihatan.
6) Menjalankan kursus-kursus dan bengkel kesihatan pekerjaan dan alam sekitar.
7) Memperkukuhkan program menghadapi bencana
Unit Kejuruteraan (Kesihatan Awam) Bertanggungjawab Dalam Melaksanakan 2 Aktiviti Utama
* Kejuruteraan Alam Sekitar
* Kejuruteraan Kemudahan Kesihatan
* Keselamatan Sinaran
Objektif
1. Untuk meningkatkan tahap sanitasi di luar bandar bagi mengelakkan kejadian penyakit bawaan air.
2. Bagi menentukan semua bekalan air awam di kawasan bandar dan luar bandar adalah selamat untuk digunakan serta bebas dari sebarang pencemaran fizikal, bakteria dan kimia.
3. Bagi menentukan kesihatan alam sekitar dilindungi melalui pengurusan yang baik dalam melupuskan sisa-sisa buangan seperti sisa pepejal, sisa klinikal dan sisa toksik.
4. Melindungi kesihatan awam melalui pengurusan yang baik dalam merancang, merekabentuk, melaksana, operasi dan penyelenggaraan sistem pengurusan air sisa.
5. Melindungi kesihatan awam daripada pencemaran udara dan keadaan pengudaraan persekitaran dalaman yang sempurna melalui program PEKA.
6. Menyelaras dan menyelia program penyelenggaraan dan kerja-kerja kecil bangunan dan kemudahan kesihatan serta menyediakan khidmat nasihat teknikal di mana ia diperlukan.
7. Mengawal penggunaan sinaran mengion dalam perubatan melalui penguatkuasaan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) bagi tujuan perlindungan kepada pesakit, pekerja dan orang ramai.
8. Memberi khidmat nasihat dari segi keperluan dan kehendak Akta 304 kepada perkhidmatan x-ray di hospital kerajaan, klinik kesihatan dan klinik pergigian kerajaan.
9. Memantau kesan kesihatan berikutan penggunaan sinaran tak mengion dalam kehidupan harian.KEJURUTERAAN KESIHATAN ALAM SEKITAR
Aktiviti Kejuruteraan Kesihatan Alam Sekitar terdiri dari 3 sub-aktiviti utama iaitu :
- Bekalan Air Luar Bandar dan Kebersihan Alam Sekitar (BAKAS)
- Kawalan Mutu Air Minum (KMAM)
- Perlindung Kesihatan Alam Sekitar (PEKA)
Antara aktiviti dibawah Unit Promosi Kesihatan adalah:
i. Terlibat dalam merancang dan mengendali kempen atau aktiviti promosi kesihatan di peringkat kebangsaan, negeri atau daerah dalam meningkatkan kapasiti dan kebolehan masyarakat dalam mengurangkan risiko penyakit.
ii. Mempromosi perubahan gaya hidup di kalangan kumpulan berisiko tinggi serta melibatkan masyarakat dalam mempromosi perubahan gaya hidup semua peringkat masyarakat.
iii. Terlibat dalam jawatankuasa, mesyuarat atau aktiviti bagi menggalakkan kerjasama antara agensi-agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga individu-individu tertentu dalam memastikan program promosi kesihatan menjadi lebih efektif.
iv. Menyediakan maklumat dan pendidikan kesihatan pada peringkat komuniti melalui teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).
Antara aktiviti dibawah Unit Inspektorat dan Perundangan adalah:
i. Membantu dalam pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan yang berkaitan.
ii. Membuat promosi berkaitan pematuhan kepada undang-undang dan peraturan yang berkaitan.
iii. Menyumbang input dalam kajian semula, mendraf atau mengemas-kini undang-undang dan peraturan yang berkaitan.
iv. Memantau, menilai dan memberi maklumbalas tentang pencapaian undang-undang dan peraturan yang berkaitan.
Objektif Unit Pemakanan
1. Mempromosi makanan dan amalan pemakanan sihat di kalangan masyarakat.
2. Mencegah dan mengawal penyakit berkaitan pemakanan melalui makanan dan amalan pemakanan sihat.
3. Menguruskan aktiviti Sistem Pengawasan Pemakanan, Pemulihan Pemakanan dan Promosi Pemakanan kearah mencapai status pemakanan penduduk yang optima.
Aktiviti-aktiviti Pemakanan merangkumi:
1. Sistem Pengawasan Pemakanan
- Memantau status pemakanan bayi, kanak-kanak bawah umur 5 tahun dan ibu hamil yang hadir ke klinik kesihatan kerajaan di negeri selangor
2. Program Promosi Pemakanan
- Menjalankan aktiviti penggalakkan amalan pemakanan sihat untuk semua kumpulan umur penduduk di pelbagai tempat seperti di kemudahan kesihatan, sekolah, Kem Program Latihan Khidmat Negara dan tempat kerja. Aktiviti yang dijalankan dibawah perkhidmatan Promosi Pemakanan adalah:
- Penggalakan penyusuan susu ibu
- Program Inisiatif Hospital Rakan Bayi
- Klinik Rakan Bayi
- Pemantauan Tata etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan
- Promosi Pemakanan Sihat di institusi seperti taska, sekolah dan Kem PLKN
- Promosi Pemakanan Sihat di Pasaraya
- Latihan Katering Sihat
- Program Dapur Sihat Masyarakat
3. Promosi Pemulihan Pemakanan
- memberi fokus kepada aktiviti intervensi pemakanan dalam usaha meningkatkan status pemakanan penduduk di negeri ini. Aktiviti yang dijalankan dibawah perkhidmatan Pemulihan Pemakanan adalah:
- Program Pemulihan Kanak-Kanak Kekurangan Zat Makanan & Bakul 1 Azam
- Program Makanan Tambahan Susu Tepung Penuh Krim
- Program Kawalan dan Pencegahan Anemia
- Program Kawalan dan Pencegahan Obesiti
- Program Pencegahan dan Kawalan Gangguan Akibat Kekurangan Iodin
Objektif Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor
- Mengurangkan morbiditi dan mortaliti penyakit bawaan vektor khususnya Demam Denggi, Malaria, Filaria dan lain-lain penyakit bawaan vektor yang dilaporkan di Negeri Selangor.
- Mencegah kejadian penyakit bawaan vektor di kawasan di mana tiada berwabak pada masa kini.
- Memastikan tiada kes hawar dan demam kuning di negara ini khususnya di negeri Selangor.
Aktiviti-aktiviti kawalan penyakit bawaan vektor adalah seperti berikut:
1. Aktiviti Kawalan Denggi
2. Aktiviti Kawalan Malaria
3. Aktiviti Kawalan Filaria, Scrub Typus dan Japanese Encephalitis
4. Aktiviti Kawalan Penyakit-penyakit Lain Bawaan Vektor
Aktiviti Kawalan Denggi:
Aktiviti kawalan denggi adalah bertujuan untuk mencapai sasaran seperti berikut:
- Mengurangkan kes demam denggi tidak melebihi 50 kes/100,000 penduduk
- Mengurangkan kes demam denggi berdarah tidak melebihi 2 kes/100,000 penduduk
- Mengurangkan kes kematian demam denggi tidak melebihi 0.2%
- Mensasarkan kes kematian demam denggi berdarah tidak melebihi 1.0%
- Mensasarkan Aedes Indeks (A.I) tidak melebihi 1.0%
Aktiviti Kawalan Malaria:
Aktiviti kawalan malaria adalah bertujuan untuk mengurangkan mortality dan morbidity penyakit malaria serta mencegah kejadian malaria di kawasan yang telah bebas dari penyakit malaria. Sasaran aktiviti kawalan malaria adalah untuk mengurangkan kejadian malaria di kalangan penduduk supaya kadar kejadian tidak melebihi 1 kes bagi setiap 100,000 penduduk serta sasara tiada kematian disebabkan jangkitan Malaria.Aktiviti Kawalan Filaria, Scrub Typhus dan Japanese Encephalitis:
Kesemua kes adalah kes import dan terdiri dari warga asing. Tiada kes Scrub Typus dan Japanese Encephalitis.Antara aktiviti dibawah Unit Promosi Kesihatan adalah:
i. Menilai dan memantau keadaan semasa berkaitan sumber manusia berdasarkan kuantiti, kategori, kelayakan, kebolehan dan taburan kakitangan.
ii. Mengenalpasti dan mengunjurkan keperluan tenaga kerja berdasarkan kuantiti dan kualiti.
iii. Memastikan kakitangan memperolehi pengetahuan dan latihan yang mencukupi.
iv.Merancang dan melaksana latihan dalam perkhidmatan (in-service training) bagi tenaga kesihatan awam serta menggalakkan pendidikan profesional berterusan (continuing professional education).
v. Memantau dan menilai kualiti dan kuantiti latihan/kursus yang dijalankan.