Halaman 5 dari 7
Seksyen Eksport
Pengenalan
KKM merupakan Competent Authority (CA) bagi pengeksportan ikan dan hasilan ikan ke Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan China dan juga bergantung kepada keperluan negara-negara pengimport yang lain.
Seksyen Eksport berperanan untuk menyelaras, menjalankan dan menilai aktiviti kawalan eksport makanan di peringkat negeri.
Fungsi dan Aktiviti Unit
Unit Audit
- Menjalankan audit pematuhan bagi tujuan meluluskan / mendaftarkan / menyenaraikan premis pemprosesan untuk tujuan pengeksportan berdasarkan keperluan negara pengimport seperti Kesatuan Eropah, China, Vietnam, Amerika Syarikat dan Singapura.
- Merancang, menjalankan dan menilai siasatan ke atas penolakan eksport makanan.
- Menyelaras dan menjalankan audit dalaman dan joint audit bagi memastikan akitivit kawalan rasmi yang dijalankan adalah mengikut prosedur kawalan eksport.
Unit Pensampelan
- Menjalankan pensampelan bagi premis pemprosesan makanan/pengeksport yang tersenarai di bawah kawalan rasmi KKM dan menyediakan laporan pensampelan.
- Pengeluaran Sijil Kesihatan, Sijil Penjualan Bebas bagi produk makanan.
Sijil Eksport
- Berdasarkan permohonan yang lengkap :
- Sijil Penjualan Bebas dikeluarkan dalam tempoh 1 hari.
- Sijil Kesihatan ke EU dikeluarkan dalam tempoh 3 hari (HACCP KKM dan EU Listing)
- Sijil Kesihatan dikeluarkan dalam tempoh 19 hari ( HACCP KKM atau Certification Body diiktiraf KKM dengan pensampelan produk akhir)
- Sijil Kesihatan dikeluarkan dalam tempoh 19 hari (tanpa HACCP KKM atau Certification Body diiktiraf KKM)
- Sijil Kesihatan dikeluarkan dalam tempoh 3 hari bekerja (dengan HACCP KKM atau Certification Body diiktiraf KKM)
Maklumat lanjut keperluan Pengeksportan Makanan boleh diakses di pautan http://fsq.moh.gov.my/