Halaman 4 dari 7
Seksyen Pematuhan Domestik dan Import
Pengenalan
Seksyen ini bertanggungjawab memastikan pelaksanaan semua dasar, polisi dan strategi berhubung dengan pemantauan makanan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.
Fungsi dan Aktiviti Unit
Unit Pematuhan Domestik
- Menyiasat aduan berkaitan keselamatan makanan dan kesalahan iklan di media cetak atau elektronik.
- Menjalankan aktiviti risikan berkaitan keselamatan makanan.
- Menyelaras aktiviti arahan recall dan sitaan produk maka
- nan.
Unit Pematuhan Import
- Penguatkuasaan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya melalui aktiviti pemeriksaan dan pensampelan konsainan makanan di Pintu Masuk.
- Menjalankan aktiviti seperti penahanan, penarikan balik, penolakan, pendakwaan, pemusnahan konsainan makanan yang melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.
1. Pendaftaran premis makanan boleh dilakukan oleh pemilik premis di pautan http://fosimdomestic.moh.gov.my.
2. Carta Alir Pengimportan Makanan dan Maklumat untuk Pengimport Makanan boleh diakses di pautan http://fsq.moh.gov.my/
2. Carta Alir Pengimportan Makanan dan Maklumat untuk Pengimport Makanan boleh diakses di pautan http://fsq.moh.gov.my/