KETUA JABATAN
Nurul Farhah binti Dalaiil
5307
PENGENALAN
Unit Perpustakaan Hospital Serdang merupakan perpustakaan perubatan di mana ia adalah Perpustakaan Khusus di bawah Jabatan Pengurusan Hospital Sultan Idris Shah Serdang yang menjadi pusat sumber ilmu dan maklumat bagi warga Hospital Sultan Idris Shah Serdang mendapatkan maklumat terkini mengenai perubatan dan kesihatan.
Terletak di Aras 3 bersebelahan dengan Unit Pendidikan Lanjutan dan Unit Pendidikan Kesihatan, Hospital Sultan Idris Shah Serdang.
Perpustakaan Hospital Sultan Idris Shah Serdang merupakan teaching hospital bagi pelajar-pelajar UPM dan pelajar-pelajar Universiti swasta di sekitar Lembah Kelang seperti CUCMS, IMU, UiTM, MSU, KPJ dan lain-lain.
Tiga orang kakitangan telah ditempatkan di perpustakaan Hospital Serdang iaitu seorang Penolong Pustakawan, seorang Pembantu Perpustakaan dan seorang Pembantu Operasi.
Pelbagai kemudahan disediakan di sini, antaranya ialah journal online, bilik komputer, bilik audio, ruang bacaan yang selesa, kemudahan wifi dan sebagainya.
Objektif
Piagam Pelanggan
Membantu pelanggan mengesan, mengakses dan memperolehi maklumat yang relevan mengikut batas kemampuan kakitangan perpustakaan
- Segala pertanyaan rujukan akan diberi maklumbalas dengan serta merta atau dalam jangka waktu yang ditetapkan
- Menyediakan perkhidmatan kaunter yang cekap dan selesa kepada pengguna
- Berkhidmat dengan cemerlang dan mesra.