PENGENALAN

Unit Perhubungan Awam mula ditubuhkan pada Ogos 2009 di bawah Bahagian Pengurusan. Unit ini diketuai oleh seorang Ketua Unit Pegawai Perhubungan Awam dan dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Perhubungan Awam, seorang Pembantu Tadbir dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan. Unit Perhubungan Awam bertindak sebagai jurucakap bagi Hospital Sultan Idris Shah Serdang dalam menyampaikan maklumat berhubung dengan fakta dan situasi yang ada kaitan dengan Hospital Serdang dengan arahan dan persetujuan Pengarah Hospital Sultan Idris Shah Serdang.

Bahagian ini juga bertanggungjawab dalam menguruskan perhubungan awam dengan media dan merancang strategi media dalam penyebaran maklumat secara berkesan. Bahagian ini juga berperanan sebagai penasihat dalam bidang perhubungan awam dan perhubungan media bagi merancang dan menasihati pihak pengurusan tertinggi tentang strategi perhubungan awam di Hospital Sultan Idris Shah Serdang. Selain itu, Unit Perhubungan Awam juga bertindak sebagai penyelaras Aduan Awam/ Pelanggan.

 

Carta Organisasi


Objektif

Piagam Pelanggan