KETUA JABATAN
Azhar bin Haji Wi
1431/1435
PENGENALAN
Unit Hal Ehwal Islam adalah sebuah unit di bawah Jabatan Pengurusan Hospital Sultan Idris Shah Serdang. Unit ini diketuai oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan S32, kader daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Unit ini bertanggungjawab mengendali, menyelaras dan melaksanakan latihan dan program penerapan nilai-nilai Islam kepada warga kerja hospital, merealisasikan dasar Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mewujudkan konsep Hospital Mesra Ibadah serta menyedia dan melaksana perkhidmatan dan kemudahan yang berkaitan Hal Ehwal Islam.
Objektif
1. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan Islam bagi memastikan wargakerja dan pesakit mendapat bimbingan kerohanian.
2. Meningkatkan kualiti perkhidmatan secara berterusan melalui penerapan budaya Islam dan penghayatan nilai-nilai murni dikalangan wargakerja semasa bertugas.
3. Memastikan aktiviti hospital yang berkaitan dengan hal ehwal Islam dilaksanakan dengan cekap dan efisyen.
4. Menyediakan pelbagai kemudahan yang sesuai dengan keperluan dan selaras dengan kehendak Syari’e.
5. Melahirkan wargakerja hospital yang mahir dalam pengurusan dan pengendalian ibadah pesakit
Piagam Pelanggan
- Memberi perkhidmatan secara professional, mesra dan menyeluruh
- Mengamalkan penggunaan teknologi yang berpatutan sejajar dengan keperluan semasa pelanggan
- Memastikan pelanggan menerima rawatan dalam masa 60 minit
- Memastikan pelanggan memahami proses perawatan dan menetapkan matlamat rawatan yang dipersetujui bersama