A- A A+
   Pilihan warna  A A       Jenis Font   PT Sans | Reset

ispaaa

"Cekap Merawat, Prihatin Menjaga"

LAPORAN PERUBATAN SIAP

KLIK SEMAK STATUS LAPORAN PERUBATAN 

 Bil   Tarikh Pendaftaran   No Rujukan  Nama   No. Kad Pengenalan Baru/Passport/Mykid  Permohonan   Kategori Pemohon   Jenis Permohonan   Jenis Laporan   Status Permohonan   Disiplin/Jabatan Klinikal  
 1.  01-08-2021  1234567  Ali Bin Abu
 123456789000    tanpa (-)
 Hospital Sungai Buloh  Pesakit Sendiri  PERKESO  Laporan Biasa  Laporan Telah Siap "  General Orthopaedics

 

Pemohon tidak perlu menghubungi Jabatan Rekod Perubatan untuk mengambil Laporan Perubatan jika Status Permohonan dalam Sistem adalah "Laporan Telah Siap". Pemohon boleh hadir terus ke Kaunter Jabatan Rekod Perubatan

Jika Status Permohonan adalah "Permohonan Serah Ke Jabatan Klinikal", menunjukkan laporan masih belum siap dan berada di Jabatan Klinikal. Sila semak semula Sistem selepas 2 minggu dari tempoh siap 28 hari bekerja. Keutamaan Jabatan Klinikal adalah proses perawatan pesakit dan laporan akan disediakan mengikut sistem giliran fail permohonan

 

Permohonan Laporan Perubatan Baru

Sila muat turun dan lengkapkan Borang Permohonan Laporan Perubatan / Bedah Siasat . Rujuk  Carta Aliran Proses Permohonan Laporan Perubatan

Tatacara Mengisi Borang Permohonan Laporan Perubatan : 

a) Permohonan Sendiri

b) Permohonan Peguam (Cek / Wang Pos atas nama Pengarah Hospital Sungai Buloh)

c) Permohonan Agen

Ambil no. giliran di Kaunter Jabatan Rekod Perubatan Aras 3  (no giliran akhir diberi pada jam 12.30 tengahari dan 4.30 petang). Isi dan lengkapkan borang permohonan laporan, bayar fi Laporan Perubatan di Unit Hasil Aras 2. Stapler borang permohonan, dokumen sokongan serta resit bayaran Laporan Perubatan dan masukkan ke dalam kotak Kaunter 5. Permohonan yang lengkap akan didaftar dalam Sistem Permohonan Laporan Perubatan dan diserah kepada Ketua Jabatan Klinikal dalam tempoh 4-10 hari bekerja

Permohonan pos

Poskan borang permohonan yang ditandatangan (ASAL), salinan dokumen sokongan serta wang pos / cek atas nama Pengarah Hospital Sungai Buloh ke alamat Jabatan Rekod Perubatan Hospital Sungai Buloh menggunakan pos berdaftar. Wang tunai tidak diterima

Wang pos / cek akan didaftar dan diserahkan kepada Unit Hasil terlebih dahulu untuk cetakan resit. Unit Hasil akan membuat semakan tunggakan bil (tempoh 5-10 hari bekerja). Keutamaan layanan Unit Hasil adalah pesakit yang berurusan di kaunter. Resit tidak akan dikeluarkan bagi pesakit yang masih mempunyai tunggakan bil hospital. Pemohon akan dimaklumkan jumlah tunggakan bil hospital yang perlu dijelaskan bayaran. Permohonan Laporan Perubatan hanya akan diserahkan kepada Ketua Jabatan Klinikal setelah Jabatan Rekod Perubatan menerima resit bayaran Laporan Perubatan dari Unit Hasil

 

Pengambilan Laporan Telah Siap

Pemohon digalakkan mengambil sendiri laporan siap. Pengambilan melalui wakil dibenarkan dengan melampirkan surat turun kuasa

Laporan siap permohonan pos akan dihantar melalui perkhidmatan pos berdaftar Acknowledgement Receipt (AR) Syarikat Pos Malaysia. Pos AR diuruskan oleh Bahagian Pentadbiran Hospital secara pukal dalam tempoh 7-14 hari bekerja ke alamat seperti di Borang Permohonan. Pos Malaysia akan memulangkan semula laporan yang tidak dituntut ke Hospital Sungai Buloh (unsuccessful delivery) dalam tempoh 14-21 hari bekerja. Hospital Sungai Buloh tidak bertanggungjawab di atas kehilangan Laporan Perubatan yang dihantar melalui pos

 

Pengesahan Tarikh Rawatan

Permohonan maklumat tarikh rawatan di Wad / Klinik Pakar / Kecemasan oleh pihak ketiga, perlu mengisi Borang Permohonan Laporan Perubatan / Bedah Siasat dan nyatakan : Permohonan pengesahan tarikh rawatan Wad / Klinik Pakar / Kecemasan. Sila hadir ke JRP atau pos borang yang ditandatangan (ASAL) oleh pesakit ke alamat Jabatan Rekod Perubatan. Maklumat akan dijawab secara rasmi oleh Pegawai Rekod Perubatan hari yang sama 

Nota Discaj Manual / Manual Discharge Note diberi sekali sahaja semasa pesakit discaj. Sebarang pembetulan, sila berhubung dengan wad pesakit discaj dalam tempoh 3 hari. Sekiranya dokumen hilang, pemohon perlu memohon Laporan Perubatan dan dikenakan bayaran mengikut Akta Fi Perubatan

 

NOTA PENTING  :

Tempoh siap permohonan Laporan Perubatan lengkap mengikut Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan adalah seperti berikut ;

 Bil 

 Jenis Laporan 

      Tempoh Siap

   1  Laporan Perubatan Biasa        4 minggu hari bekerja (tidak termasuk Sabtu, Ahad & Cuti Umum) 
   2  Laporan Bedah Siasat / Autopsi         
  • 8 minggu hari bekerja ( TIADA sampel Histopatologi / Toksikologi )
  • 12 minggu hari bekerja ( ADA sampel Histopatologi / Toksikologi yang memerlukan Keputusan Ujian Jabatan Kimia Malaysia )

 

** Hubungi Unit Laporan Perubatan, 03-61454333 samb. 4362 / 4363 (Pejabat)  pada jam 3.30 petang - 4.30 petang dengan menyatakan tarikh mohon lengkap jika Laporan Perubatan belum siap melewati 12 minggu untuk semakan lanjut. (Layanan telefon adalah terhad. Anggota bertugas memberi keutamaan kepada urusan layanan kaunter, pendaftaran permohonan dan penghantaran Laporan Perubatan ke Jabatan Klinikal)   

 

Merujuk Pekeliling KPK Bil. 16/2010, Garispanduan Penyediaan Laporan Perubatan di Hospital, permohonan Laporan Perubatan TIDAK akan diserahkan kepada Pakar / Pegawai Perubatan jika tidak melampirkan dokumen berikut ;

  1. Borang permohonan Laporan Perubatan dengan tandatangan ASAL pada maklumat keizinan. Permohonan pihak Ketiga (Peguam, Wakil Syarikat Insuran dan lain-lain pihak), perlu sertakan surat keizinan mengeluarkan laporan perubatan.pdf
  2. Borang Laporan Perubatan daripada Syarikat Insurans / KWSP / PERKESO / JKM / Zakat / lain-lain format untuk diisi. Jika tiada borang, Laporan Perubatan Format KKM akan disediakan oleh Pegawai Perubatan. Jenis permohonan / borang Laporan Perubatan yang berbeza akan dikenakan caj mengikut bilangan borang yang di lampirkan. Pemohon perlu membuat permohonan dan bayaran baru bagi kesilapan borang 
  3. Salinan Kad Pengenalan / Pasport pesakit @ pertalian waris ( bagi kes mati / kanak-kanak di bawah umur 18 tahun )
  4. Salinan Kad Temujanji Klinik Pakar / tarikh kedatangan ke Kecemasan atau tarikh kemalangan / Nota Discaj Wad bagi penentuan disiplin dan tarikh rawatan. Pesakit yang menerima rawatan dari pelbagai disiplin, bayaran akan dikenakan bagi setiap permohonan Laporan Perubatan dari disiplin berkenaan. Sekiranya kemasukan pesakit ke wad berulang pada disiplin yang sama tetapi untuk rawatan diagnosis penyakit yang berbeza, bayaran akan dikenakan bagi setiap permohonan Laporan Perubatan untuk episod kemasukan rawatan penyakit yang berbeza tersebut
  5. Resit bayaran Laporan Perubatan dari Unit Hasil. Pesakit perlu menyemak dan menyelesaikan tunggakan bil hospital terlebih dahulu sebelum memohon Laporan Perubatan 
  6. Permohonan hanya diproses setelah maklumat lengkap diterima. Sekiranya maklumat tidak diterima dalam tempoh dua bulan, permohonan akan dianggap batal. Jika Laporan Perubatan masih diperlukan, proses permohonan baru perlu dibuat semula

  

LANGKAH - LANGKAH PENCEGAHAN JANGKITAN SILANG COVID - 19

  1. HANYA 10 pemohon sahaja dibenarkan berada di kaunter pada satu-satu masa. Pemohon dinasihatkan hadir awal.
  2. NOMBOR GILIRAN AKHIR diberikan 30 minit sebelum waktu operasi kaunter tamat. Anggota Unit perlu mendaftarkan permohonan di dalam Sistem Permohonan Laporan Perubatan dan pemohon perlu buat pembayaran permohonan Laporan Perubatan di Unit Hasil Aras 2 

 

Waktu Operasi Kaunter Jabatan Rekod Perubatan 

  Isnin - Khamis   

 8.00 pagi  -  5.00 petang

Rehat:  1.00 petang - 2.00 petang

 

    Perkhidmatan : 

  • Pendaftaran Permohonan Laporan Perubatan 
  • Pengambilan Laporan Perubatan Siap 
  • Permohonan Pengesahan Rekod Kelahiran / Kematian Kes Daftar Lewat JPN 
  • Permohonan Pengesahan Sijil Cuti Sakit Palsu 
  Jumaat

8.00 pagi -  5.00 petang

Rehat:  12.15 tghr - 2.45 petang
  Tutup Sabtu, Ahad dan Cuti Umum 

 

Prosedur terperinci permohonan Laporan Perubatan sila klik pautan :

https://hsgbuloh.moh.gov.my/ms/jabatan/direktorat-perubatan/jabatan-rekod-perubatan.html

 

  Data laporan siap dikemaskini setiap hari sebelum jam 4.30 petang

Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366x768. Juga boleh dilayari pada telefon pintar atau tablet (Responsive Design)

Pengunjung Hari Ini: 468

Jumlah Pengunjung: 2830328

Image
Copyright © 2023 Hospital Sungai Buloh

"Proud to be Malaysia frontliners"