Piagam Pelanggan

01
Setiap pesakit akan diberikan rawatan, penjagaan dan pemulihan (rehabilitasi) yang berkualiti di hospital ini.
02
Setiap pesakit yang memerlukan rawatan khusus yang tidak terdapat di hospital ini akan dirujuk ke hospital lain yang sesuai.
03
Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
04
Setiap pesakit diberi jaminan bahawa sifat-sifat kemuliaannya akan dipelihara semasa menerima rawatan. Segala maklumat mengenai penyakitnya dan rawatannya akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya tertakhluk kepada undang-undang.
05
Setiap pesakit atau warisnya akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosidur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan yang lain.