ispaaa

"Cekap Merawat, Prihatin Menjaga"

Pusat Kawalan Kusta Negara

Pengenalan

Pusat Kawalan Kusta Negara Sungai Buloh merangkumi keluasan 562 ekar telah diisytiharkan oleh kerajaan pada tahun 1926 sebagai tempat pengasingan koloni kusta. Di bawah Enakmen Kusta 1926, pesakit kusta dikehendaki untuk diasingkan.Dianggarkan lebih 3000 pesakit kusta dari seluruh negara yang ditempatkan di kem pengasingan lain seperti Setapak, Pulau Jerejak, Pulau Pangkor, Tumpat danTampoi dipusatkan di mukim Gombak iaitu di Lembah Sungai Buloh “Leprosarium” (Lembah Harapan). Mereka ini diasingkan di sini kerana pada masa itu masih belum terdapat ubat yang boleh menyembuhkan penyakit kusta.”Leprosarium Sungai Buloh” dibuka secara rasmi oleh Dr. Gordon Alexander Ryrie, Penguatkuasa Perubatan pertama pada 16 Ogos 1930. Penemuan ubat “Dapsone” pada tahun 1940 membolehkan pesakit-pesakit kusta di Lembah Harapan Sungai Buloh mendapatkan rawatan sepanjang hayat.

Pada tahun 1969, Program Kawalan Kusta Negara dilancarkan di mana pesakit kusta boleh mendapatkan rawatan di mana-mana pusat kesihatan berhampiran tempat tinggal mereka dan tidak perlu ditempatkan di Sungai Buloh lagi. Penyakit kusta tidak lagi dianggap sebagai masalah kesihatan masyarakat.

Pada tahun 1983, Pilot Projek rawatan ‘Multiple Drug Therapy (MDT)’ diadakan. Atas kejayaan tersebut, pada tahun 1985, MDT mula digunakan di Malaysia.Rawatan MDT hanya memakan masa selama 1 hingga 3 tahun sahaja, dengan itu KUSTA BOLEH DISEMBUHKAN.

Pada tahun 1994, negara telah mencapai matlamat WHO, iaitu kadar kejadian kes baru kusta kurang dari (1:100 000) penduduk yang sepatutnya disasarkan pada tahun 2000. Pada tahun 1995, Program Kawalan Kusta Negara telah diintegrasikan ke dalam perkhidmatan dan perubatan kesihatan asas.Pada tahun 1996, tiada lagi kes-kes baru yang diterima masuk ke pusat ini.

Pada tahun 1971 hingga Ogos 2006, pusat ini juga berfungsi sebagai sebuah hospital daerah bagi penduduk daerah Gombak, Petaling dan Kuala Selangor. Pada September 2006, Hospital Sungai Buloh mula beroperasi dan PKKN telah diserap dibawah pengurusan Hospital Sungai Buloh. Hari ini kira-kira 150 orang bekas pesakit kusta masih mendiami pusat ini sama ada di chalet atau wad-wad bekas pesakit kusta yang puratanya berumur lebih 50 tahun dan ke atas.

Kini,  bahagian barat PKKN juga telah menjadi sebahagian dari Hospital Sungai Buloh (downstep). Terdapat beberapa perkhidmatan hospital yang dibuka untuk membantu menampung jumlah pesakit yang semakin banyak seperti Klinik MOPD 2 dan 3, Klinik Rehabilitasi, Klinik Varmam, Unit Farmasi, Unit X-ray, dan Unit Dietetik dan Sajian. Ini telah memudahkan pergerakan pesakit, iaitu tidak perlu menunggu lama atau beratur panjang.

Misi

Komited untuk memberi perkhidmatan perawatan yang berkualiti dan holistik kepada bekas pesakit kusta melalui warga kerja yang professional, cekap, penyayang, berdisplin, dan berperibadi tinggi serta memberi pendidikan kusta secara langsung dan tidak langsung disamping memelihara warisan sejarah kusta ke arah pembangunan yang mampan sehingga terserlah dipersada dunia.

Visi

Menjadi institusi perawatan bekas pesakit kusta dalam Taman Muzium Warisan Kusta.

Objektif

  • Penjagaan berterusan yang berkualiti kepada bekas pesakit kusta yang dibawah pengawasan pusat ini.
  • Mempertingkatkan amalan rawatan pesakit yang berkualiti melalui perkhidmatan diagnostik, rawatan dan pemulihan awal yang cekap dan berkesan.

Perkhidmatan di PKKN

  1. Pentadbiran Am:
    • Bertanggungawab menguruskan segala urusan berkaitan perkhidmatan Pengurusan Am dan Pengurusan Pejabat;
    • Memberi kemudahan peruntukan kuarters kepada anggota yang layak setelah diputuskan oleh Jawatan Kuasa Perumahan.
  1. Wad Pesakit Kusta Lelaki / Perempuan:
    • Merawat dan memantau pesakit-pesakit kusta yang masih berada di PKKN.

 

Downstep

  1. Klinik MOPD 2
    • Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti “follow-up” kes perubatan (kes baru & rawatan susulan), kes endokrinologi, INR, diabetes Type 1, pengambilan darah, pendidikan diabetik, dan kes Tibi (rawatan susulan & kes baru).
  1. Klinik MOPD 3
    • Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti pengambilan darah, Wellness ID, Klinik Geriatri, Klinik Memori Geriatrik, Klinik EZ, dan Video conference.
  1. Klinik Rehabilitasi
    • Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti Klinik Kaki Amputasi dan Luka Diabetik, Klinik Pediatrik dan Cara Duduk Kerusi Roda, Klinik Prosedur, Klinik Neurosurgikal, Klinik Kembali Bekerja, Klinik Kombinasi Pediatrik (sekali sebulan), Klinik Tulang Belakang, Klinik Kombinasi Neurologi (sekali sebulan), dan Klinik Rehabilitasi Pasca COVID-19.
  1. Klinik Varmam 
    • Terapi Varmam adalah modaliti terbaru yang dikenalkan di hospital KKM di Malaysia. Ia merupakan salah satu rawatan tradisional dari negara India yang menggunakan teknik ”acupressure”.
  1. Unit X-Ray
    • Perkhidmatan yang disediakan adalah pemeriksaan X-ray biasa (rangka kepala, dada, abdomen, pelvis, anggota atas, anggota bawah, tulang vertebra) dan juga pemeriksaan Ultrasound (leher, dada, buah pinggang, hati, perut).
  1. Unit Farmasi
    • Unit Farmasi PKKN terdiri daripada Unit Farmasi Klinik Pakar PKKN, Unit Farmasi Pesakit Dalam PKKN dan Unit Rawatan Terapi Gantian dengan Methadon. Unit ini memberikan perkhidmatan kepada pesakit yang mendapatkan rawatan di Klinik Pakar 2 dan wad-wad yang berada di bawah Pusat Kawalan Kusta Negara. Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:-
      • Ubat melalui pos
        Ubat  Melalui Pos menawarkan perkhidmatan pos ubat ker rumah. Pesakit perlu membuat pendaftaran di Farmasi Klinik Pakar 2 setiap kali temujanji Klinik yang baru. Caj penghantaran ubat ke semua tempat dalam Semenanjung Malaysia ialah RM 5.30 manakalake Sabah dan Sarawak ialah RM 8.50. Ubat-ubatan yang dipos bukan terdiri daripada ubat peti sejuk, Dadah Berbahaya dan Psikotropik, Krim dan Cecair.
      • Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB)
        SPUB menawarkan perkhidmatan pengambilan ubat susulan dari semua fasiliti di bawah KKM dengan syarat-syarat yang tertentu. Preskirpsi mestilah di verifikasi dan mempunyai SPUB oleh fasiliti yang merujuk terlebih dahulu.
      • Park & Take
        Ia merupakan salah satu perkhidmatan di farmasi di mana ubat susulan akan disediakan dan pesakit boeh terus mengambil ubat di kaunter “Park & Take” mengikut hari dan waktu yang ditetapkan.
      • Letak & ambil ( untuk Unit Kusta )
      • Farmasi Methadon
        Unit Rawatan Terapi Gantian dengan Methadon pula menyediakan perkhidmatan Daily Observation Therapy ( DOT ) dengan Methadon iaitu pesakit di bawah program ini datang setiap hari untuk mendapatkan bekalan Sirap Methadon.

  1. Unit Dietetik dan Sajian
    • Perkhidmatan yang disediakan adalah pembekalan makanan kepada pesakit di dalam wad-wad di bahagian barat dan timur PKKN. Unit Dietetik dan Sajian bertanggungjawab ke atas pemantauan perkhidmatan yang diberikan. Selain itu, bahagian perkhidmatan sajian juga membekalkan diet kepada doktor bertugas atas panggilan dan bekalan catuan makanan kepada anggota bertugas malam, mengikut kelayakan masing-masing.
  1.  Unit Hasil PKKN

Perkhidmatan yang disediakan di Unit Hasil PKKN adalah seperti berikut:-

    • Pendaftaran pesakit-pesakit Klinik MOPD 2 ( pagi dan petang)
    • Menerima bayaran pendaftaran pesakit MOPD 2
    • Menerima discharge dari wad-wad di PKKN
    • Menerima bayaran discharge wad-wad PKKN
    • Pendaftaran pesakit masuk ke wad PKKN

Jadual Waktu Operasi

Jadual Klinik MOPD 2

Hari

SESI PAGI
8.00 pagi – 1.00 petang

SESI PETANG
2.00 petang – 5.00 petang

Isnin

Perubatan (Rawatan susulan)
Endokrin
INR
Pengambilan darah

Perubatan (Kes Baru)
Perubatan (Rawatan susulan)

Selasa

Perubatan (Rawatan susulan)
INR
Pengambilan darah

Perubatan ( Kes baru)
Perubatan (Rawatan susulan)
Pendidikan Diabetik

Rabu

Perubatan (Rawatan susulan)
INR
Pengambilan darah

Perubatan (Kes Baru)
Perubatan (Rawatan susulan)

Khamis

Perubatan (Rawatan susulan)
Diebetes Type 1
Pendidikan Diabetik

Pengambilan darah
INR

Klinik Intensif Diabetik
Tibi Stabil

Jumaat

Tibi (Rawatan susulan & Kes baru)
Pengambilan darah

Dokumentasi

 

Jadual Klinik MOPD 3

Hari

SESI PAGI
8.00 pagi – 1.00 petang

SESI PETANG
2.00 petang – 5.00 petang

Isnin

Pengambilan darah Wellness ID
Klinik Geriatri

Video conference PTC (ID)
Selasa Klinik Wellness ID

Video conference PTC (ID)
Video conference Klinik EZ (2021)

Rabu

Pengambilan darah Wellness ID
Pengambilan darah Geriatri
Klinik Memori Geriatri

Video conference PTC (ID)
Khamis

Klinik Wellness ID
Klinik EZ
Pengambilan darah EZ

Video conference Klinik EZ (2021)
Jumaat Pengambilan darah Wellness ID

Mesyuarat Klinik
Sensus
Defaulter

 

Jadual Klinik Rehabilitasi

Hari
Masa
Servis
Isnin 8.00 pagi – 1.00 petang

Klinik Kaki Amputasi dan Luka Diabetik

 

Selasa

8.00 pagi – 1.00 petang Klinik Pediatrik dan Cara Duduk Kerusi Roda
2.00 petang – 5.00 petang

Klinik Prosedur

 

Rabu

8.00 pagi – 1.00 petang

Klinik Neurosurgikal
Klinik Kembali Bekerja

2.00 petang – 5.00 petang

Klinik Kombinasi Pediatrik (sekali sebulan)

 

Khamis

8.00 pagi – 1.00 petang

Klinik Tulang Belakang
Klinik Prosedur

2.00 petang – 5.00 petang

Klinik Kombinasi Neurologi (sekali sebulan)

Jumaat 8.00 pagi – 12.45 tengah hari Klinik Rehabilitasi Pasca COVID-19

 

Jadual Klinik Varmam

HARI
SESI PAGI
SESI PETANG
Isnin - Jumaat 8.00 pagi – 1.00 petang

2.00 petang – 5.00 petang

Tutup pada hari Sabtu, Ahad, & Cuti Umum

Jadual Unit X-Ray

HARI
SESI PAGI
8.00 pagi – 1.00 petang
SESI PETANG
2.00 petang – 5.00 petang
Isnin X-ray & Ultrasound

X-ray

Selasa X-ray & Ultrasound

X-ray

Rabu X-ray & Ultrasound

X-ray

Khamis X-ray & Ultrasound  X-ray
Jumaat X-ray & Ultrasound  X-ray

 

Waktu Operasi “PARK & TAKE” Farmasi

HARI
SESI PAGI
SESI PETANG
Isnin - Khamis 10.00 pagi – 12.30 tengah hari

2.00 petang – 4.30 petang

Jumaat 10.00 pagi – 12.00 tengah hari 3.00 petang – 4.30 petang
Tutup pada hari Sabtu, Ahad, & Cuti Umum

 

Jadual Unit Dietetik & Sajian

HARI
JENIS HIDANGANWAKTU AGIHAN MAKANAN KE WAD
WAKTU HIDANGAN MAKANAN DI WAD

 

 


Isnin - Ahad

Sarapan

6.30 pagi – 7.30 pagi

7.00 pagi – 8.00 pagi

Makan tengah hari

11.30 pagi – 12.30 tengah hari 12.00 tengah hari – 1.00 petang

Minum petang

2.30 petang – 3.30 petang 3.00 petang – 4.00 petang

Makan malam

5.30 petang – 6.30 petang 6.00 petang – 7.00 malam

 

Jadual Unit Hasil

HARI
SESI PAGI
SESI PETANG
Isnin - Khamis 7.30 pagi – 1.00 petang

2.00 petang – 4.30 petang

Jumaat

7.30 – 12.15 tengah hari 2.45 – 4.30 petang
Tutup pada hari Sabtu, Ahad, & Cuti Umum

 
Direktori

Talian Utama  : 03-6156 1321
 Faks : 03-6156 2470 

No
Nama
Jawatan
Samb
Email
1 Dr. Mohd Hafizuddin Bin Azman PYM Pusat kawalan Kusta Negawa 1053 ibn_azman[at]moh.gov.my
2 Dr. Ida Ilyani Adam

Pakar Perunding Endokrinologi (MOPD 2)

2241 -
3 Dr. Suresh Kumar Chidambaram Ketua Jabatan Perubatan Am  (MOPD 3) 2312 sureshkumar[at]moh.gov.my
4 Dr. Akmal Hafizah Binti Zamli Pakar Perunding Jabatan Rehabilitasi 2231 dr.akmal[at]moh.gov.my
5 Ruhini Binti Mohd Isa

Ketua Jururawat U32
Klinik Varmam

2352 -
6 En. Tanesan Subramanian Juru X - Ray U32 2226 tanesan[at]moh.gov.my
7 Fuadah Binti Othman Pegawai Farmasi U54 2228 fuadah[at]moh.gov.my
8 Nor’amimah Binti Zailani Penolong Pegawai Penyediaan Makanan C32 2311 nor’amimah[at]moh.gov.my

Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366x768. Juga boleh dilayari pada telefon pintar atau tablet (Responsive Design)

2974413
Pengunjung Hari Ini: 264
Jumlah Pengunjung: 2,974,413
Image