Pengenalan
Pada peringkat permulaan, kes-kes kompleks atau berpotensi medicolegal dan kes-kes medicolegal diuruskan oleh Unit Pengurusan Kualiti sejak tahun 2015. Kes-kes aduan berpotensi medicolegal ini saban tahun meningkat. Pada pertengahan tahun 2018, Unit Medicolegal ditubuhkan bagi mengurus selia kes-kes berpotensi medico legal dengan lebih efektif dan produktif. Tujuan Unit ini ditubuhkan adalah bagi menyelaras kes-kes berpotensi medicolegal serta mengendalikan kes-kes medicolegal di Hospital Sungai Buloh. Unit ini juga ditubuhkan bagi memberi kesedaran kepada doktor dan anggota hospital mengenai isu-isu kecuaian klinikal dengan cara memberi maklum balas penambahbaikan dari kes-kes medicolegal.
Unit ini juga bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dan Bahagian Amalan Perubatan (BAP) KKM, untuk menyelesaikan kes-kes kecuaian klinikal di luar mahkamah melalui pembayaran ex gratia. Langkah ini diambil bagi mengurangkan kes-kes saman terhadap Kementerian Kesihatan Malaysia yang mana boleh menjejaskan imej Kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengan langkah ini juga, masa dan kos dapat dijimatkan kerana kes-kes yang dikendalikan oleh mahkamah boleh berlanjutan dan mengambil masa yang agak lama.
Visi
Visi Unit Medicolegal adalah untuk menyelaras kes-kes medicolegal bagi meningkatkan mutu perkhidmatan Hospital Sungai Buloh.
Misi
- Mengendalikan kes-kes medicolegal di peringkat Hospital Sungai Buloh dan bekerjasama dengan Jabtatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dan Bahagian Amalan Perubatan (BAP) KKM untuk menyelesaikan kes-kes medicolegal di luar mahkamah.
- Bekerja sebagai satu pasukan untuk menggalakkan kesejahteraan bersama.
- Mewujudkan budaya kerja di mana semua pelanggan dihargai dan dihormati.
- Menyediakan satu suasana persekitaran yang selesa di semua peringkat untuk pembangunan professional dan penyelidikan yang berterusan.
- Menggunakan teknologi maklumat dalam semua penyampaian sistem perkhidmatan kesihatan dengan penuh efisien dan mesra pelanggan.
Objektif Bahagian
- Menyelaras pelaksanaan dan pemantauan, termasuk menyiasat dan membantu penyelesaian kes bagi aduan-aduan kompleks dan berpotensi medicolegal di peringkat hospital mengikut proses kerja yang ditetapkan.
- Menghantar laporan siasatan ke peringkat negeri dalam tempoh yang ditetapkan.
Objektif Unit
- Pusat rujukan bagi kes-kes berpotensi medicolegal / medicolegal.
- Memberi garis panduan kepada anggota kesihatan yang terlibat dengan kes-kes berpotensi medicolegal/ medicolegal.
- Memberi kesedaran kepada anggota kesihatan yang terlibat dengan kes-kes berpotensi medicolegal/ medicolegal.
- Memberi info terbaru mengenai sistem aduan dan kes-kes yang melibatkan medicolegal.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Mengendalikan dan menyelaras aduan awam yang dikategorikan sebagai kompleks/ medicolegal yang melibatkan Hospital Sungai Buloh.
- Penyelaras / Sekretariat bagi menangani dan menyiasat kes-kes berpotensi medicolegal melalui Mesyuarat Penyiasatan Dalaman (Internal Inquiry).
- Bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dan Bahagian Amalan Perubatan (BAP) KKM dalam menyelaras dan menyelesaikan kes-kes tuntutan ganti rugi melibatkan kecuaian perubatan melalui pembayaran Ex-Gratia susulan Jawatankuasa Penyiasatan Bebas (JKPB) atau External Inquiry, atau Jawatankuasa Penyiasatan Saman (JKPS).
- Ahli bagi perjumpaan bersemuka bersama keluarga (Grievance Mechanism) sebelum atau selepas Mesyuarat Penyiasatan Dalaman (Internal Inquiry).
- Menyediakan laporan Mesyuarat Siasatan Dalaman dan Jawatankuasa Penyiasatan Bebas mengikut masa yang ditetapkan.
- Menyemak serta meneliti minit mesyuarat dan laporan perjumpaan bersama keluarga.
- Menyelaras dan memantau laporan tindakan penambahbaikan atau pencegahan.
- Menghadiri pejumpaan bersama keluarga untuk pemberian Ex-Gratia.
- Mengemaskini data dan membuat analisa aduan medicolegal tahunan.
- Mengikuti latihan dan kursus yang berkaitan dengan medicolegal.
- Mengikuti Arahan, Garis Panduan dan lain-lain untuk digunakan dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan medico legal.
Jadual Waktu Perkhidmatan
Pada hari Isnin hingga Jumaat (kecuali Hari Kelepasan Am) pada 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Direktori
Lokasi | : | Di Pejabat CRC (berhampiran Unit Pegawai Perubatan Siswazah, Aras 2, Hospital Sungai Buloh |
Talian Utama | : | 03-61454333 samb. 5230 / 5231 |
No
|
Nama
|
Email
|
---|---|---|
1 | Dr. Fathimah Az-Zahra Binti Sallehuddin | fathimah[at]moh.gov.my |
2 | Dr. Rasvinder Singh A/L Ragbeer Singh | - |
3 | Dr. Nurul Liyana Binti Husain | dr.liyanahusain[at]moh.gov.my |