Pengenalan
Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Sungai Buloh memberi perkhidmatan kecemasan 24 jam kepada populasi sekitar Sungai Buloh dan beberapa kawasan yang berdekatan serta bertanggung jawab dalam melakukan penilaian awalan, perawatan, stabilisasi dan penempatan pembedahan dan perubatan kecemasan. Jabatan Kecemasan dan Trauma juga menyediakan suasana persekitaran yang selamat dan perawatan kecemasan yang efisyen di samping pengurusan klinikal audit dan penyelidikan. Perkhidmatan yang diberikan adalah berdasarkan plan yang komprehensif termasuklah pengendalian pra hospital, resusitasi, stabilisasi dan pengurusan perawatan ’definitive’, khidmat pusat bersepadu (OSCC), dan pengendalian pasukan perubatan. Perawatan pesakit adalah berdasarkan ketenatan dan keadaan klinikal pesakit. Plan pengurusan pesakit memerlukan pendekatan yang meluas termasuklah fokus kepada pelanggan, perawatan yang berkualiti, tahap kesihatan yang baik dan menjaga maruah pesakit. Selain itu, beberapa pendekatan lain bagi pesakit seperti aktiviti pendidikan kesihatan. Ia menjadi aktiviti perkhidmatan di Jabatan Kecemasan & Trauma khususnya. Oleh kerana Hospital Sungai Buloh termasuk di dalam rangkaian kawasan Lembah Klang, Jabatan Kecemasan & Trauma berfungsi sebagai pusat bantuan apabila berlaku bencana.
Visi
Jabatan Kecemasan & Trauma menyediakan perawatan yang efisyen, selamat dan persekitaran yang mesra dengan meninggikan tahap kualiti, menghormati maruah pesakit, bertanggung jawab dan berbudi bahasa.
Misi
Kami komited kepada :
- Menyediakan pengurusan masa yang tepat, sesuai dan fokus terhadap pesakit dan keluarga serta menjadikan Jabatan Kecemasan sebuah tempat yang selamat dalam memberi perawatan kepada pesakit.
- Menyediakan perancangan yang tepat untuk pesakit dengan mendapatkan nasihat dari unit atau disiplin yang lain dan ini akan menjanjikan perawatan efektif, menjimatkan masa dan kos.
- Berkerjasama dengan komuniti tempatan dan kebangsaan, sektor bukan kerajaan (swasta) dan bantuan penyelamat yang lain bagi mewujudkan kesedaran tentang perkhidmatan perawatan kecemasan khususnya.
- Menyediakan perkhidmatan klinikal, perkhidmatan sosial dan perkhidmatan pembelajaran yang berterusan berpandukan ‘Clinical Practice Guidelines’ (CPG) dan sesi paktikal yang menyeluruh.
Objektif Jabatan
Objektif Jabatan Kecemasan & Trauma adalah menyediakan perawatan kecemasan yang komprehensif di dalam Piagam Pelanggan.
- Memberi perkhidmatan kecemasan yang berkualiti, kepakaran untuk pesakit atau pelanggan melalui kerja berpasukan dan mengaplikasikan teknologi yang sesuai.
- Memastikan dan melengkapkan semua anggota Jabatan Kecemasan dengan pengetahuan dan kemahiran agar perkhidmatan yang di beri adalah cekap, tepat dan selamat.
- Menggalakkan penyelidikan dan audit untuk memelihara dan meningkatkan mutu perkhidmatan.
- Mewujudkan suasana berpasukan antara anggota Jabatan Kecemasan dan pelanggan dengan mengamalkan sikap penyayang dan professional.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Perkhidmatan Perawatan Pra Hospital dan Perkhidmatan panggilan ambulan. Skop kawasan perkhidmatan Sungai Buloh adalah di dalam lingkungan 25 kilometer radius. Jabatan Kecemasan mengkoordinasi hospital atau agensi lain untuk respon kes sekiranya skop kawasan melebihi 25 kilometer dari Hospital Sungai Buloh. Perkhidmatan ini termasuklah resusitasi, stabilisasi di tempat kejadian dan pengangkutan pesakit ke Hospital atau ke Hospital yang berkaitan.
- Perkhidmatan Perawatan Kecemasan. Semua pesakit akan di saring oleh Penolong Pegawai Perubatan sebelum di lihat oleh Pegawai Perubatan. Pesakit akan di saring mengikut 3 kategori berdasarkan “Malaysian Triage Category” iaitu Zon Merah, Zon Kuning dan Zon Hijau. Pesakit akan terus ke zon yang telah ditetapkan untuk mendapatkan rawatan, nasihat yang tepat dan betul. Jabatan Kecemasan & Trauma menyediakan perawatan yang komprehensif termasuklah:
- Resussitasi dan stabilisasi pesakit,
- Diagnosis dan prosedurintervensi.
- Perawatan definitif.
- Perawatan asthma.
- Wad Pemerhatian
- Fever Centre.
- Trauma Lane.
- OSCC.
- Saringan Covid – 19.
- Damage Control Resuscitation (DCR).
- Pusat Khidmat Bersepadu (One Stop Crisis Centre) (OSCC) mengkoordinasi dengan jabatan atau agensi yang lain bagi pengurusan kes rogol, penderaan kanak-kanak serta pergaduhan rumah tangga.
- Pengurusan bencana Jabatan Kecemasan & Trauma mengkoordinasi pengurusan bencana samada di dalam atau pun di luar kawasan.
- Pemeriksaan Medicolegal menjalankan pemeriksaan Medicolegal bersama-sama unit yang lain dan menyediakan laporan perubatan.
- Pusat Koordinasi Perubatan Kecemasan (Call Centre) bertindak sebagai Pusat Koordinasi Perubatan untuk rujukan luar. Ia juga bertindak sebagai koordinasi perkhidmatan ambulan kecemasan di sekitar kawasan Sungai Buloh.
- Perkhidmatan Stroke Thrombolysis bagi merawat pesakit angin ahmar yang datang kurang dari 4.5 jam daripada masa gejala bermula.
- Perkhidmatan STEMI Network bagi membolehkan pesakit serangan jantung atau ST Elevation Myocardial Infarction (STEMI) mendapatkan rawatan Primary Percutaneous Intervention (Primary PCI) di UiTM Sg Buloh dengan pantas. Perkhidmatan tersebut memerlukan deposit wang dan caj tambahan yang dikenakan oleh UiTM Sg Buloh.
Zon-Zon Yang Disediakan
- Zon Hijau (Zon tidak kritikal)
- Kes-kes yang stabil dan di lihat oleh anggota kecemasan dalam masa 30 minit semasa pendaftaran dilakukan dan akan di lihat oleh Pegawai Perubatan dalam masa 90 minit.
- Kes yang akan di rujuk dari Zon Hijau kepada unit lain akan di lihat dalam masa 1 jam.
- Bagi kes yang perlu masuk ke wad tetapi perlukan nasihat sebelum masuk ke wad, Unit tersebut perlu respon kurang dari 20 minit selepas rujukan di buat.
- Trauma Lane adalah kes – kes yang di kategorikan pesakit yang mengalami kecederaan iaitu pesakit yang terlibat kemalangan jalanraya, jatuh dan kemalangan di tempat kerja. Pesakit yang mendapatkan rawatan akan di tempatkan di belakang bilik 6 di Zon hijau.
- Fever Center merupakan pusat rujukan bagi kes – kes demam denggi yang telah di rujuk oleh klinik kesihatan dan klinik swasta di mana pesakit dalam keadaan stabil.
- Pusat Saringan Covid – 19 ialah pusat rujukan setempat untuk menyaring, memeriksa dan mengambil sampel kes-kes yang disyaki Covid-19. Pusat ini juga adalah pintu masuk utama bagi kes rujukan Covid-19 untuk kemasukan ke wad untuk rawatan lanjut.
- Zon Kuning (Zon Separa Kritikal)
- Anggota Kecemasan perlu memberi perawatan kecemasan kepada pesakit di Zon Kuning kurang dari 10 minit.
- Semua kes yang telah dirujuk kepada unit lain untuk pandangan kemasukan wad, unit tersebut harus melihat pesakit dalam masa 30 minit.
- Zon Merah (Zon Kritikal)
- Anggota Kecemasan perlu memberi perawatan kecemasan kepada pesakit di Zon Merah (Respon dalam masa 0 minit)
- Masa respon untuk Pegawai Perubatan dari unit lain datang melihat pesakit adalah 15 minit selepas rujukan di buat.
- Semua kes yang telah di rujuk dari Zon Merah perlu di periksa oleh Pegawai Perubatan yang berpengalaman dari unit tersebut. Pegawai Perubatan Pelatih mahupun Pegawai Perubatan yang baru tidak dibenarkan melihat pesakit di Zon Merah melainkan ada Pakar Perubatan atau Pegawai Perubatan yang senior dalam unit yang sama.
- Penglibatan awal pakar dalam pengendalian perawatan kecemasan di Zon Merah adalah yang terbaik.
- Damage Control Resuscitation (DCR) adalah satu perkhidmatan baru yang telah diwujudkan pada hujung tahun 2019. Ia bertujuan memberi rawatan resusitasi bagi kes trauma akut untuk mengurangkan mortaliti dan morbiditi melalui intervensi segera dan komprohensif. DCR terdiri daripada dua komponen iaitu:
- DCR Suite – menyediakan kemudahan yang membolehkan intervensi resusitasi menyelamatkan nyawa dan anggota badan serta merta tanpa perlu memindahkan pesakit ke fasiliti lain.
- DCR Step Down – penempatan pesakit akut yang telah stabil yang menanti proses rawatan lanjut / pemindahan pesakit yang seterusnya.
Direktori
Talian Utama | : | 03-61454333 |
No
|
Nama
|
Jawatan
|
Samb
|
Email
|
---|---|---|---|---|
1 | Dr. Siti Suhaila Binti Hamzah | Ketua Jabatan | 3261 | dr.sitisuhaila[at]moh.gov.my |
2 | Puan Azzanur Binti Azizan | P.A | 3260 | azzanur[at]moh.gov.my |
3 | Dr. Sarah Binti Shaikh Abdul Karim | Pakar Perunding Kecemasan | - | drsarahkarim[at]moh.gov.my |
4 | Dr. Shah Jahan Bin Mohd Yussof | Pakar Perunding Kecemasan | - | drshahjahan[at]moh.gov.my |
5 | Dr. Norafizan Binti Mohd Ali | Pakar Perubatan Kecemasan | - | - |
6 | Dr. Noorul Hashimah Binti Hashim | Pakar Perubatan Kecemasan | - | drnoorulhashimah[at]moh.gov.my |
7 | Dr. Wan 'Afifah Binti Wan Jaafar | Pakar Perubatan Kecemasan | - | - |
8 | Dr. Soo Kok Foong | Pakar Perubatan Kecemasan | - | drskfoong[at]moh.gov.my |
9 | Dr. Mohd Zul-Ikram Bin Abd Mutalib | Pakar Perubatan Kecemasan | - | - |
10 | Dr. Sabihah Binti Anuar | Pakar Perubatan Kecemasan | - | - |
11 | Dr. Ummar Qayyum Ahmad Bin Ibrahim Ahmad | Pakar Perubatan Kecemasan | - | - |
12 | Dr. Amelia Binti Amir | Pakar Perubatan Kecemasan | - | - |
13 | Dr. Bhasyani Nagaretnam | Pakar Perubatan Kecemasan | - | - |
14 | Dr. Khalid Bin Othaman | Pakar Perubatan Kecemasan | - | - |
15 | Dr. Sonia Roy Palanisamy | Pakar Perubatan Kecemasan | - | drsoniaroy[at]moh.gov.my |
16 | Dr. Nur Adileen Binti Mohd Adam Vailadam | Pakar Perubatan Kecemasan | - | - |
17 | Dr. Mohammad Nur Amin Bin Kalil | Pakar Perubatan Kecemasan | - | - |