Pengenalan
Tujuan Unit Pengurusan Pegawai Perubatan Siswasah (PPS) ditubuhkan adalah untuk menyelaraskan dan memantau Program Latihan Pegawai Perubatan Siswazah di Hospital Sungai Buloh dari segi latihan, penempatan, kebajikan serta sokongan PPS.
Misi
Melaksanakan objektif unit dengan prihatin dan efektif serta menghasilkan pegawai perubatan yang berkualiti.
Visi
Melahirkan Pegawai Perubatan yang mempunyai pengetahuan, perilaku dan ketrampilan yang boleh memberikan perkhidmatan kesihatan yang efektif dan efisien.
Objektif
- Menyelaras Program Latihan PPS dari segi Penempatan, Latihan dan Kursus.
- Mengurus, menyelaraskan Minggu Orintasi dan Kursus “Patient Safety”
- Menghantar Laporan Prestasi dan “Technical Report” ke KKM / MMC / JKNS dalam tempoh yang ditetapkan.
- Mengumpul dan meyusun CCP, LNPT serta menyediakam Sijil CCHT.
- Menguruskan aplikasi untuk penempatan tetap PPS ke KKM.
- Menguruskan Mesyurat bulanan Jawatankuasa PPS.
Fungsi
- Menyelaras Latihan PPS:
- Minggu Orientasi, proses lapor diri serta kursus kesedaran keselamatan pesakit bagi PPS.
- Mengemas kini garis panduan latihan PPS, buku log, waktu berkerja fleksi serta cuti.
- Mengatur dan menjadi urusetia mesyuarat Jawatankuasa Program Latihan PPS di peringkat Hospital.
- Mengemaskini maklumat di dalam database PPS.
- Menyelaraskan penempatan PPS berdasarkan keperluan latihan, kekosongan dan keperluan perkhidmatan.
- Menguruskan pendaftaran penuh PPS
- Menghantar Laporan Teknikal serta Laporan Reten ke KKM dan JKNS mengikut waktu
Perkhidmatan
- Penempatan PPS di Jabatan Klinikal.
- Penempatan Sementara Pegawai Perubatan di Jabatan.
- Ko-ordinator latihan PPS di hospital.
- Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa.
- Mengendalikan sokongan dan kebajikan kepada PPS.
- Mengeluarkan sijil CCHT.
Direktori
Talian Utama | : | 03-61454333 |
No
|
Nama
|
Jawatan
|
Samb
|
Email
|
---|---|---|---|---|
1 | Dr. Rachel Reena Ranakumar | Ketua Unit Pengurusan PPS | 4205 | dr.rachelreena[at]moh.gov.my |
2 | Dr. Sanjif Parameswaran | Pegawai Perubatan | 4205 | - |
3 | Puan Satiah Binti Husin | Pembantu Tadbir | 4205 | satiahhusin[at]moh.gov.my |
4 | Puan Amili Binti Danial | Pembantu Tadbir (Unit Sumber Manusia) | 4205 | amili[at]moh.gov.my |