Jabatan Rekod Perubatan

 KETUA JABATAN

Suriawati Binti Zulkefli
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
5306

 

PENGENALAN

Jabatan Rekod Perubatan merupakan satu Jabatan di bawah perkhidmatan sokongan bukan klinikal, beroperasi merangkumi aktiviti pengurusan rekod perubatan, pengeluaran maklumat pesakit, pengurusan laporan perubatan, pengurusan statistik hospital dan semua aspek yang berkaitan dengan peranan Jabatan Rekod Perubatan sebagai pengurus maklumat hospital.

Ditubuhkan sejajar dengan penubuhan Hospital Serdang, dimana Jabatan Rekod Perubatan memainkan peranan penting di dalam memberikan maklumat dan data-data yang komprehensif untuk memajukan perkembangan taraf perubatan dan perkhidmatan pesakit di hospital ini.

 

  • Pengurusan Dokumen /Rekod Perubatan
  • Penerimaan dokumen /referral letter/x-ray
  • Pinjaman
  • Pulangan
  • Simpanan
  • Pelupusan dokumen
  • Pengurusan Informasi Dan Dokumentasi
  • Sistem Pengurusan Maklumat Kesihatan
  • Perinatal Death
  • Notifikasi Penyakit Berjangkit
  • Notifikasi Keracunan
  • Notifikasi Kanser Registri
  • Klasifikasi Klinikal
  • Pusat Sumber Pengkajian,
  • Pendidikan dan Penyelidikan
  • Laporan Perangkaan Tahunan
  • Pentadbiran
  • Pengurusan Perundangan Perubatan
  • Permohonan Laporan Perubatan
  • Permohonan Penubuhan lembaga Perubatan
  • Pengurusan Sapina
  • Pengurusan “Writ of Summon”
  • Permohonan dan Penubuhan Lembaga Penyiasatan /Laporan Bedah Siasat

Lain-lain Aktiviti

  • Quality Assurance Programme (QAP)
  • National Indicator Approach (NIA)
  • ‘Delay in preparation of Medical Report ‘(NIA-52)
  • ‘Timeliness of Despatching of Medical Records Of Discharged Patient To Medical Records(NIA-51)
  • International Statistical Classification of Diseases & Related Health Problems (ICD-10) dan Prosedur Klinikal (ICD-9-CM)
  • Pengurusan Case-Mix Hospital Serdang
 
 Jabatan Rekod beroperasi setiap hari pada waktu pejabat
 (8.00 pagi hingga 5.00 petang)
 

Objektif

 

Visi

Berfungsi sebagai pusat sumber maklumat perawatan kesihatan pesakit untuk memenuhi keperluan perancangan, pelaksanaan, pengawasan, perkhidmatan dan program hospital, Kementerian Kesihatan Malaysia, serta memenuhi keperluan pelanggan.

Misi

Berperanan untuk memberi perkhidmatan yang berkesan dan terbaik kepada pelanggan berasaskan sistem teknologi maklumat yang bersesuaian untuk mencapai objektif jabatan dengan cepat, tepat dan berkesan

Piagam Pelanggan

  •  Setiap pelanggan yang berurusan dengan pejabat rekod akan dilayan dengan mesra dan cepat.
  • Semua permohonan laporan perubatan dan bedah siasat yang lengkap diterima akan diproses dan disiapkan dalam tempoh 4 minggu.
  • Setiap pinjaman rekod perubatan ‘hard copies’ akan disediakan dalam masa 5 minit.
  • Menyediakan Laporan Perangkaan bulanan HMIS sebelum 15hb bulan berikutnya

 

  • Last Modified: 05 Disember 2023.