Patologi Kimia
- Unit ini menyediakan perkhidmatan untuk ujian-ujian routine chemistry, ujian Therapeutic Drug Monitoring (TDM), ujian toksikologi dan urinalysis. Bagi ujian-ujian khas seperti tumor markers dan hormonal assays, spesimen pesakit dirujuk sama ada ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) atau Institut Penyelidikan Perubatan (IMR). Juga menerima permohonan ujian dari klinik kesihatan sekitar Hospital Serdang.
Hematologi
- Ujian yang ditawarkan oleh Unit ini adalah ujian–ujian teras koagulasi (PT, INR, APTT, Fibrinogen, D-Dimer) dan haematologi (FBC, FBP, BMAT, Hb Analysis, G6PD, ESR, Retic) . Ujian sitogenetik, immunophenotyping dan hemostasis khas dihantar ke IMR, HKL dan PDN. Mulai Mac 2012, unit ini mula memberikan perkhidmatan kepakaran kepada Hospital Putrajaya dan semua klinik kesihatan yang berada dalam zon seliaan Hospital Serdang.
Mikrobiologi Perubatan
- Ujian yang ditawarkan adalah ujian Bakteriologi, Mikologi, Parasitologi, Virologi dan Immunologi/serologi. Ujian yang tidak dijalankan di Hospital Serdang dihantar ke IPR, MKAK Sungai Buloh, IMR, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Selayang. Unit ini juga menerima permohonan ujian-ujian dari klinik-klinik kesihatan di bawah seliaan.
Histopatologi
- Aktiviti utama Unit ini ialah menyokong dan menjalankan pendiagnosan penyakit berdasarkan pemeriksaan tisu bagi pesakit-pesakit di Hospital Serdang. Selain itu, ia juga menjadi sebuah makmal rujukan perkhidmatan pemeriksaan tisu bagi Hospital Ampang, Hospital Kajang dan Hospital Putrajaya.
Sitologi
- Sitopatologi ialah disiplin yang melibatkan kajian terhadap morfologi sel. Unit ini menawarkan perkhidmatan diagnostik bagi ujian Ginekologi iaitu Pap Smear, ujian Non-Ginekologi iaitu sputum, cecair badan seperti urin dan CSF, brushing dan washing dan ujian Fine Needle Aspiration Cytology (FNAC). Juga menerima permohonan ujian dari Hospital Ampang, Putrajaya dan klinik-klinik kesihatan di daerah Sepang dan Hulu Langat.
Perubatan Transfusi
Menjalankan ujian kumpulan darah, Coombs test, ujian saringan antibodi, ujian keserasian darah dan membekalkan darah serta/ atau produk darah kepada pesakit yang memerlukan di Hospital Serdang. Ujian identifikasi antibodi spesifik dihantar ke PDN. Unit ini bekerjasama dengan PDN untuk program derma darah
Sila klik pada imej di bawah untuk muat turun fail PDF
Aktiviti Kualiti/Latihan:
1. Credentialing & Privileging 2. CME JabataN 3. Audit Dalaman Jabatan 4. Clinical Pathology Conference 5. Blood Transfusion Safety Workshop 6. Kempen Derma Darah 7. Houseman Training 8. Journal Club
Aktiviti Sosial:
1. Jamuan perayaan-perayaan 2. Ceramah motivasi bagi kakitangan 3. Tadarus Al Quran 4. Hari Keluarga Jabatan Patologi

Jabatan Patologi beroperasi setiap hari pada waktu pejabat (8.00 pagi hingga 5.00 petang)
|
|
Objektif
- Memastikan agar semua kakitangan profesional dan kompeten ketika menjalankan tugas.
- Memastikan semua kakitangan makmal mematuhi semua polisi jabatan dan hospital.
- Memastikan setiap pelanggan dirawat dengan sebaiknya, professional dan berhemah.
- Memastikan setiap keputusan ujian dikeluarkan mengikut Laboratory Turn Around Time yang ditetapkan
- Memastikan aduan pelanggan dikendali dan diberi maklumbalas dalam masa 14 hari.
Visi
Jabatan ini akan menjadi pusat kecemerlangan perkhidmatan diagnostik seiring dengan perkhidmatan kepakaran yang ditawarkan oleh Hospital Serdang melalui penggunaan teknologi terkini, konsep ‘networking’ dan kepuasan pelanggan.
Misi
- Mengutamakan peningkatan kualiti dan produktiviti dengan mengamalkan budaya kerja berpasukan, penyayang dan profesionalisme.
- Menggalakkan pembelajaran dan latihan berterusan bagi semua peringkat anggota.
- Menggunakan teknologi yang sedia ada yang bersesuaian secara optima.
Piagam Pelanggan
Jabatan Patologi bertanggungjawab mengendalikan ujian-ujian makmal dengan menggunakan kaedah yang diiktiraf di peringkat global bersesuaian dengan Good Laboratory Practices dan mematuhi standard yang berlandaskan MS ISO 15189. Adalah menjadi dasar organisasi kami untuk memberi keputusan makmal yang tepat dalam tempoh yang munasabah seperti yang termaktub dalam Piagam Pelanggan Jabatan Patologi dan juga mengamalkan pengurusan kualiti berterusan.
|
|