KETUA JABATAN Dr Saari bin. Mohamad Yatim |
PENGENALAN Unit Perubatan Rehabilitasi merupakan salah satu unit di Jabatan Perubatan Rehabilitasi yang diwujudkan pada penghujung tahun 2007 dengan kehadiran Pakar Perubatan Rehabilitasi di Hospital Serdang. Unit ini diketuai oleh Pakar Perubatan Rehabilitasi yang juga merangkap jawatan sebagai Ketua Jabatan Perubatan Rehabilitasi. |
Fungsi utama Pemulihan Carakerja adalah untuk memberi konsultasi, penilaian, rawatan pemulihan dan nasihat kepada pesakit yang dirujuk oleh doktor atau pakar dan agensi lain supaya pesakit dapat menjalankan kehidupan seharian secara berdikari. Aktiviti-Aktiviti Bagi Setiap Fungsi Utama Jabatan:
Pemulihan psikososial dan kesihatan mental(”Neurosis” sahaja). Perkhidmatan Pesakit Luar di Klinik Rehabilitasi Hospital Serdang beroperasi hanya pada waktu berkerja iaitu dari 8 pagi hingga 5 petang setiap Isnin ke Jumaat kecuali hujung minggu dan hari kelepasan am.
Pelanggan yang datang di sini adalah mereka yang memerlukan rawatan pemulihan untuk penyakit neurologi/saraf, musculoskeletal, amputee, kanak-kanak dan sebagainya. Untuk mendapatkan perkhidmatan rehabilitasi, sila berjumpa dengan petugas di kaunter pertanyaan di klinik rehabilitasi untuk lebih maklumat dan perlu diiringi dengan surat rujukan dari klinik pakar lain di Hospital Serdang ataupun klinik kesihatan/swasta KLINIK REHABILITASI
|
|