Objektif
- Memberi perkhidmatan teknologi maklumat kepada Hospital Serdang melalui kualiti perkhidmatan sokongan teknikal dan kepakaran teknologi maklumat.
- Mengurus prasarana ICT dan sistem-sistem aplikasi utama di Hospital Serdang agar berfungsi dengan baik.
- Memantau dan memastikan kontraktor penyelenggaraan menyelesaikan aduan-aduan masalah pengguna dengan segera dan cekap.
- Menyediakan sumber-sumber maklumat serta latihan yang mencukupi kepada semua anggota baru dan lama berkaitan penggunaan sistem ICT di hospital.
- Menyelaras keperluan ICT di hospital bagi memastikan penggunaan perkakasan serta ‘consumables’ berada pada tahap optimum.
Visi
Unit Teknologi Maklumat akan menjadi penyelaras perkhidmatan ICT Hospital Serdang yang dinamik, cekap & berkesan.
Misi
Unit Teknologi Maklumat akan berusaha memastikan kemudahan infrastruktur dan teknologi ICT dapat digunakan secara optimum.