JABATAN OFTALMOLOGI

KETUA JABATAN

Dr. Hjh Zaidah Binti Mohd Kassim
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
1869

 

PENGENALAN

Jabatan Oftalmologi Hospital Serdang adalah pusat rujukan untuk penyakit mata bagi peringkat Nasional dan  kawasan sekitarnya. Jabatan ini menyediakan perkhidmatan sekunder dan tertiari menggunakansistem THIS didalam operasinya. Jabatan ini juga memberikan Perkhidmatan Oftalmologi kepada Hospital Kajang. Hospital Serdang telah dikenalpasti sebagai Pusat Kecemerlangan Subkepakaran Okuloplastik. Selain perkhidmatan klinikal jabatan ini menjadi pusat latihan bagi penuntut perubatan ,penuntut pascasiswazah (Master) dan felo Subkepakaran Oftalmologi

 

Perkhidmatan Pesakit Luar Klinik Pakar Oftalmologi

Hospital Serdang  adalah merupakan Hospital Rujukan Pakar, oleh itu pesakit  perlu dirujuk untuk mendapatkan perkhidmatan di Klinik Oftalmologi. Rujukan bolehlah  dari hospital, klinik atau pusat kesihatan kerajaan ataupun swasta. Rawatan klinikal adalah berdasarkan janjitemu kecuali kes kecemasan. Klinik Oftalmologi beroperasi pada setiap hari bekerja dan pada waktu pejabat. Jabatan oftalmologi juga mengadakan perkhidmatan secara kerjasama (networking) dengan lain-lain hospital di seluruh negara

Klinik Pakar Mata Umum

 Memeriksa dan merawat penyakit dan masalah mata pada peringkat sekunder, melakukan saringan bagi masalah glaukoma, retinopati diabetes, retinopati bayi pra-matang (ROP) dan sebagainya

 Klinik Okuloplastik

 

Sebagai Pusat Kecemerlangan  Perkhidmatan Okuloplastik , perkhidmatan klinikal subkepakaran ini dijalankan empat kali seminggu dan pembedahan dijalankan dua hingga tiga kali seminggu.

Perkhidmatan subkepakaran okuloplastik merangkumi masalah kelopak mata, lakrimal, orbit dan soket.

 

Klinik Kecemasan Oftalmologi

 

Kes – kes kecemasan yang datang ke klinik mata seperti konjuntivitis, kecederaan pada mata dan sebagainya akan diperiksa pada hari yang sama didalam klinik kecemasan oftalmologi tanpa memerlukan temujanji. Klinik ini beroperasi setiap hari.

 

Bagi kes kecemasan mata di Jabatan Kecemasan, pesakit akan dirawat di Jabatan Kecemasan. Terdapat seorang pegawai perubatan dan seorang pakar oftalmologi bertugas atas panggilan (on-call) setiap hari untuk khidmat kecemasan. Terdapat ruang oftalmik yang dilengkapi peralatan di Jabatan kecemasan untuk menangani kes kecemasan.

Klinik Diabetik Retinopati

Kes-kes Diabetik Retinopati yang serius dimana pemantauan yang rapi dari Pakar Mata  diperlukan akan ditempatkan di dalam klinik khas untuk diabetik retinopati. Klinik ini dijalankan sekali seminggu iaitu pada hari Rabu, manakala kes kes diabetik retinopati yang baru pula dijalankan 2 kali seminggu pada hari selasa dan rabu bermula pada pukul 2 petang.

 

Klinik Retinopati bayi pramatang (ROP)

Memeriksa dan melakukan saringan kes-kes retinopati bayi pramatang (ROP) mengikut temujanji yang telah ditetapkan

 

Perkhidmatan Optometri

Memeriksa dan merawat masalah kerabunan

 

Perkhidmatan Ortoptik

Memeriksa dan merawat masalah mata juling dan mata malas

 

Perkhidmatan Penglihatan terhad

Memeriksa dan merawat masalah kurang daya penglihatan atau penglihatan terhad

 

Perkhidmatan kanta lekap

Memberi perkhidmatan memeriksa dan memasang kanta lekap

 

Perkhidmatan Perimetri

Memeriksa medan penglihatan

 

Perkhidmatan Biometri

Menjalankan pemeriksaan ultrasound mata

 

Perkhidmatan fotografi fundus (non-mydriatic dan mydriatic)

 Melakukan pemeriksaaan saringan diabetik retinopati

 

Perkhidmatan angiografi fundus

Melakukan pemeriksaan  angiografi retina

 

Perkhidmatan Rawatan Laser

Menjalankan rawatan laser bagi diabetik retinopati, glaucoma dan sebagainya

 

Perkhidmatan Okularis

Membuat prostesis mata

 

Perkhidmatan diatas diberikan melalui kemudahan berikut :

 

  • Bilik Ujian Penglihatan
  • Bilik Konsultasi
  • Bilik Laser
  • Bilik pembedahan minor
  • Bilik Rawatan
  • Bilik Perimetri
  • Bilik Refraksi
  • Bilik Biometri
  • Makmal Okularis ( dalam proses penyelenggaraan)
  • Ruang Pemulihan (recovery)
  • Bilik Pemeriksaan tekanan intraokular dan pengembangan anak mata

 

  1. Perkhidmatan Pesakit Dalam

 

      Pesakit yang memerlukan rawatan lanjut/khusus  akan dimasukan ke wad seperti :

 

  1. Wad 6A (kelas 2 dan 3)
  2. Wad 8B (kelas 1)

   iii. Wad 5B (kanak-kanak)

 

  1. Perkhidmatan Pembedahan

 

        Antara jenis pembedahan mata yang dijalankan adalah :

 

i        Pembedahan katarak

ii       Pembedahan okuloplastik

iii      Pembedahan kecemasan mata

iv      Pembedahan pterygium

 

       Pembedahan akan dilakukan di Dewan Bedah Oftalmologi iaitu:

 

  1. Dewan Bedah Utama 6
  2. Dewan Bedah Harian 13

1) Alternatif mengambil ubat di Jabatan Farmasi

  • Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB)
    Kaedah pengambilan ubat yang membenarkan pesakit/waris mengambil ubat di hospital/klinik Kementerian Kesihatan Malaysia yang lain. Pengambilan ubat mestilah beserta surat daripada Jabatan Farmasi hospital/klinik asal.
  • Ubat Melalui Pos (UMP) 1Malaysia
    Ubat-ubat akan diposkan ke alamat yang diberikan oleh pesakit/waris. Caj pos akan dikenakan kepada pesakit, RM5(<500g) dan RM10 (>500g) ketika ubat dihantar ke rumah oleh Pos Malaysia. Hanya ubat-ubat yang tertentu dan boleh diposkan sahaja yang terlibat untuk Pos (UMP) 1Malaysia.
  • E-Card (Kad Temujanji)
    Pesakit/waris akan mengambil ubat pada tarikh temujanji yang dipersetujui. Tarikh temujanji ditentukan awal oleh pesakit/waris. Waktu pengambilan ubat adalah 7.30am-5.30pm di Farmasi Klinik Pakar atau di Farmasi Satelit Daycare.
  • E-MED (Telefon/SMS/E-mail & Ambil)
    Pesakit/waris harus membuat panggilan telefon 2 hari sebelum tarikh datang mengambil ubat. Kod E-Med akan diberi daripada pihak Jabatan Farmasi. Ubat akan disediakan lebih awal dan pesakit/waris akan dapat mengambil ubat lebih cepat kerana ubat-ubat telah disediakan lebih awal. Pengambilan ubat semasa waktu pejabat adalah 7.30am – 5.30pm di Farmasi Klinik Pakar. Pengambilan ubat selepas waktu pejabat, Sabtu, Ahad dan cuti umum adalah di Satelit Farmasi Kecemasan.
      • Telefon (03-89475270)
      • SMS (013-2377357)
      • E-mail ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Farmasi Klinik Pakar ditalian 03-89475270.

2) Polisi ‘Patient’s Own Medicines’ (POMs)

  • ‘Patient’s Own Medicines’ (POMs) adalah ubat pesakit yang telah dipreskrib atau dibeli sendiri dan dibawa ke hospital semasa memerlukan rawatan di wad.
  • Pesakit perlu membawa ubat-ubat mereka ke hospital supaya anggota kesihatan dapat mengenal pasti sejarah pengubatan yang tepat bagi memastikan kesinambungan rawatan dan penjagaan pesakit.
 
 KLINIK OFTALMOLOGI
 
HARI / MASA 8.00AM - 1.00PM 1.00PM - 2.00PM 2.00PM - 5.00PM
 ISNIN 

SCREENING
KLINIK (KES BARU/RUJUKAN)
ROP
LASER
FUNDUS PHOTO (Vf)
REFRACTION (RA)
COLOR VISION (CV)
UJIAN PERIMETRI & HESS

 REHAT

SCREENING
KLINIK (KES BARU/RUJUKAN)
LASER
FUNDUS PHOTO (Vf)
REFRACTION (RA)
COLOR VISION (CV)
CONTECT LENS (CL)

 

DEWAN BEDAH (OT / OT13)   
 SELASA  SCREENING
KLINIK (KES BARU/RUJUKAN)
ROP
LASER
FUNDUS PHOTO (Vf)
REFRACTION (RA)
COLOR VISION (CV)
UJIAN BIOMETRI
REHAT   SCREENING
KLINIK (KES BARU/RUJUKAN)
KLINIK DIABETES
LASER
FUNDUS PHOTO (Vf)
REFRACTION (RA)
COLOR VISION (CV)
KLINIK BV / ORTHOPTIC
DEWAN BEDAH (OT 6/ OT13)   
 RABU  SCREENING
KLINIK (KES BARU/RUJUKAN)
ROP
LASER
FUNDUS PHOTO (Vf)
REFRACTION (RA)
COLOR VISION (CV)
UJIAN PERIMETRI & HESS
REHAT 

  SCREENING
KLINIK (KES BARU/RUJUKAN)
LASER
FUNDUS PHOTO (Vf)
REFRACTION (RA)
COLOR VISION (CV)
LOW VISION

DEWAN BEDAH (OT 6/ OT13)    
KHAMIS    SCREENING
KLINIK (KES BARU/RUJUKAN)
ROP
LASER
FUNDUS PHOTO (Vf)
REFRACTION (RA)
COLOR VISION (CV)
UJIAN BIOMETRI
 REHAT  SCREENING
KLINIK (KES BARU/RUJUKAN)
KLINIK DIABETES
LASER
FUNDUS PHOTO (Vf)
REFRACTION (RA)
COLOR VISION (CV)
KLINIK BV / ORTHOPTIC 
DEWAN BEDAH (OT 6/ OT13)    
HARI / MASA 8.00AM - 1.00PM 1.00PM - 2.00PM 2.00PM - 5.00PM
JUMAAT SCREENING
KLINIK (KES BARU/RUJUKAN)
ROP
LASER
FUNDUS PHOTO (Vf)
REFRACTION (RA)
COLOR VISION (CV)
UJIAN PERIMETRI & HESS
 REHAT SCREENING
KLINIK (KES BARU/RUJUKAN)
CME / MORBIDITY
LATIHAN / MESYUARAT
DEWAN BEDAH (OT13)  
 

Objektif

  1.  Memberikan perkhidmatan berkualiti bertaraf dunia
  2. Memberikan perkhidmatan yang mesra pelanggan
  3. Memberikan perkhidmatan yang cepat, tepat dan tangkas

Visi

Jabatan Oftalmologi akan menjadi sebuah jabatan yang  terunggul dalam memastikan rakyat bebas dari penyakit dan masalah mata, disamping itu kepuasan dan keselesaan pesakit diutamakan

Misi

Jabatan Oftalmologi adalah komited untuk memberikan perkhidmatan dengan efisien, efektif dan berkualiti didalam suasana mesra kepada semua yang memerlukannya dengan kemudahan teknologi yang canggih

Piagam Pelanggan

  1. Pesakit akan diberi perkhidmatan yang mesra
  2. Pesakit akan dilayan dengan cepat
  3. Pesakit akan diberi perkhidmatan yang berkualiti
  4. Pesakit akan diberi maklumat tentang penyakitnya
  5. Pesakit akan diberi hak untuk mengurus rawatannya
  6. Kerahsiaan pesakit akan dipastikan

 

  • Last Modified: 05 Disember 2023.