Jabatan Perubatan Am

 KETUA JABATAN

Datuk Dr. Hjh Rosaida Binti Hj Md Said
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
1983

 

PENGENALAN

Jabatan Perubatan Am Hospital Serdang menyediakan perkhidmatan pesakit luar di klinik pakar (outpatient ) dan juga pesakit dalam (inpatient). Skop tugas kami meliputi diagnosa, perawatan dan pendidikan kesihatan. Jabatan ini menyediakan perkhidmatan rawatan sekunder meliputi beberapa daerah dalam Negeri Selangor seperti Petaling , Sepang dan Hulu Langat. Jabatan juga menerima banyak kes-kes rujukan dari Klinik-Klinik Kesihatan Kerajaan dan juga Hospital Swasta.

Perkhidmatan yang disediakan adalah bukan sahaja kes perubatan am tetapi juga mempunyai subkepakaran lain seperti Gastroenterologi & Hepatologi, Endokrinologi, Rheumatologi dan Dermatologi.
Jabatan berusaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik untuk memastikan hasil rawatan berkesan,efisien dan selamat dengan memastikan perkhidmatan yang diberi adalah berkualiti.Selain daripada rawatan klinikal, Jabatan juga menekankan aspek pendidikan kesihatan pesakit bagi meningkatkan kualiti kesihatan. Pelbagai perkhidmatan baru dan juga kursus dapat dianjurkan sejajar dengan kehendak dan situasi terkini.

 

1. Perkhidmatan Klinikal
  • Perkhidmatan klinikal yang akan disediakan oleh Jabatan Perubatan Am di Hospital Serdang adalah seperti berikut:

    Perkhidmatan Pesakit Luar
    Beberapa klinik yang khusus untuk kumpulan pesakit yang berbeza akan dijalankan. Klinik ini akan menyediakan penyiasatan, diagnosis, terapi, kaunseling dan rawatan susulan untuk pesakit dengan pelbagai masalah medikal

    1. Klinik Pakar Hepatologi
    2. Klink Pakar Gastroenterologi
    3. Klinik Pakar Endokrine
    4. Klinik Pakar Rheumatologi
    5. Klinik Pakar Dermatologi
    6. Klinik Pakar Perubatan Am (MOPD)
    7. Klinik Pakar INR
    8. Klinik Pakar Post COVID-19
    9. Klinik Pakar One-stop Diabetes Centre
    10. Klinik ABC (Animal Bites Clinic)

  • Rawatan Harian Medikal (Beberapa perkhidmatan diberikan secara pesakit luar)
    1. OPAT (outpatient parenteral antimicrobial therapy)
    2. Venesection/blood transfusion/Bone marrow aspirate & trephine
    3. IV iron infusion
    4. Peritoneal tapping
    5. Biologic/chemotherapy infusion
    6. OGDS/Colonoscopy
    7. Endocrine procedure (I.e Synacthen test)

    Perkhidmatan Pesakit Dalam
    1. Perkhidmatan akan disediakan dalam wad perubatan kepada pesakit perubatan dalaman yang perlu rawatan secara “inpatient”.
    2. Menerima rujukan daripada jabatan A&E dan wad jabatan lain

    2. Latihan, Penyelidikan dan Pengurusan Statistik
    • Mengendalikan Latihan
    • Menghadiri Latihan dalam Pekerjaan
    • Menjalankan Penyelidikan
    • Mengendalikan Statistik

    3. Pentadbiran

KLINIK PAKAR HEPATOLOGI
PAKAR PERUNDING : DR NORHANIZA BAHAR
Y/M KLINIK   : PPP MOHD HAIKAL
                      : SN SYAHIRAH
HARI KLINIK : SETIAP HARI ISNIN
WAKTU         : 8PG – 1PTG
 
KLINIK PAKAR GASTROENTEROLOGI
PAKAR PERUNDING : DR NORHANIZA BAHAR
Y/M KLINIK   : PPP MOHD HAIKAL
                      : SN SYAHIRAH
HARI KLINIK : SETIAP HARI JUMAAT
WAKTU         : 8PG – 12PTG

KLINIK PAKAR RHEUMATOLOGI

PAKAR PERUNDING : DR AHMAD ZAIDI OTHMAN
Y/M KLINIK   : SN NURAZLINDA HUSNA
HARI KLINIK : SETIAP HARI SELASA DAN RABU
WAKTU         : 8PG – 1PTG

KLINIK PAKAR DERMATOLOGI

PAKAR PERUNDING : DR LOW DYOI-E
Y/M KLINIK   : SN ZULHISHAM
HARI KLINIK : SETIAP HARI ISNIN HINGGA KHAMIS
WAKTU         : 8PG – 1PTG

KLINIK PAKAR INR

PAKAR PERUNDING : DR SHARLIZA SALLEHUDDIN
Y/M KLINIK   : SN RAIHAN
HARI KLINIK : SETIAP HARI JUMAAT
WAKTU         : 8PG – 12PTG, 3PTG - 5PTG

KLINIK PAKAR PERUBATAN AM

PAKAR PERUNDING : DR SHARLIZA SALLEHUDDIN
Y/M KLINIK   : SN RAIHAN
HARI KLINIK : SETIAP HARI ISNIN HINGGA KHAMIS
WAKTU         : 8PG – 1PTG, 2PTG - 5PTG

KLINIK PAKAR POST COVID19

PAKAR PERUNDING : DR FAEZAH MOHD FAROUK
Y/M KLINIK   : SN RAIHAN
HARI KLINIK : SETIAP HARI RABU
WAKTU         : 2PTG - 5PTG

KLINIK PAKAR ENDOKRINE

PAKAR PERUNDING : DR SYAHRIZAN SAMSUDDIN
Y/M KLINIK   : SN NUR HAFIZAH
HARI KLINIK : SETIAP HARI SELASA DAN KHAMIS
WAKTU         : 8PG – 1PTG

KLINIK PAKAR DEWI

PAKAR PERUNDING : DR SYAHRIZAN SAMSUDDIN
Y/M KLINIK   : SN NUR HAFIZAH
HARI KLINIK : SETIAP HARI KHAMIS MINGGU 1 & 3
WAKTU         : 2PTG – 5PTG

KLINIK PAKAR ONE STOP DIABETES CENTRE

PAKAR PERUNDING : DR SYAHRIZAN SAMSUDDIN
Y/M KLINIK   : SN NUR HAFIZAH
HARI KLINIK : SETIAP HARI KHAMIS MINGGU 2 & 4
WAKTU         : 2PTG – 5PTG
 
 

Objektif

  • Menyediakan perkhidmatan perubatan dalaman yang komprehensif dan bersepadu kepada pesakit.

  • Memberikan perkhidmatan kesihatan yang bersesuaian, tepat dan menyeluruh kepada pesakit - pesakit dalaman dan luaran yang dirujuk ke jabatan ini, mengikut keperluan pelanggan untuk mencapai kefungsian dan kualiti hidup yang maksima. 

Visi

Mewujudkan satu jabatan yang memberi perawatan yang cemerlang sejajar dengan visi negara ke arah kesihatan yang lebih baik.

Misi

Kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan taraf penjagaan pesakit dengan bekerjasama sebagai satu pasukan, berhubung baik dengan pesakit, keluarga mereka serta masyarakat umum.

Kami berdedikasi untuk meningkatkan kualiti hidup pesakit-pesakit kami melalui pelan penjagaan peribadi dengan mengambil berat terhadap perbezaan budaya, bangsa dan agama dalam suasana kasih sayang, persefahaman dan kemesraan.

Kami berusaha menyediakan penyelidikan klinikal yang berkualiti dan cemerlang berkaitan punca dan perawatan penyakit. Dengan ini, kami berharap dapat menyumbang kepada cara hidup yang lebih sihat.

Piagam Pelanggan

  1. Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara professional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.
  2. Pelanggan berhak menerima perkhidmatan yang terbaik setaraf antarabangsa
  3. Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan yang diberikan di unit rawatan rapi jantung.
  4. Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah terjamin.
  5. Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan kepada semua pelanggan.

 

 

  • Last Modified: 05 Disember 2023.