KETUA JABATAN Tn. Hj Jamaludin bin Ismail |
PENGENALAN Unit Penyeliaan berkedudukan di Aras 2, bangunan utama Hospital Serdang. Unit ini mula beroperasi pada 26hb Mei 2005 dan mempunyai kakitangan seramai lima (5) orang iaitu seorang Penolong Pegawai Perubatan U42,seorang Penolong Pegawai Perubatan U36 dan dibantu oleh tiga orang Pembantu Perawatan Kesihatan yang terdiri daripada gred U14,U12 dan gred U3. Unit Penyeliaan ini menyelia dua ketegori kakitangan iaitu Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan . Jumlah jawatan Penolong Pegawai Perubatan seramai 86 orang dan jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan seramai 198 orang keseluruhannya . Jawatan yang telah di isi untuk Penolong Pegawai Perubatan seramai 64 orang dan jawatan yang di isi untuk Pembantu Perawatan Kesihatan seramai 198 orang . Seramai 21 orang Pembantu Perawatan Kesihatan ( sambilan ) mula bekerja pada 1hb Julai 2009 . Masih ada kekosongan seramai 19 orang Pembantu Perawatan Kesihatan ( sambilan ) untuk di isi. Seramai 18 orang PPP bertugas syif di Jabatan Kecemasan dan seramai 46 orang bertugas waktu pejabat di Klinik – Klinik Pakar dan jabatan lain . Manakala PPK seramai 217 orang diletakan bekerja syif di wad dan bekerja di waktu pejabat di Klinik – Klinik Pakar dan jabatan lain. |
Unit Penyeliaan beroperasi setiap hari pada waktu pejabat (8.00 pagi hingga 5.00 petang) |
|