Unit Psikologi Kaunseling

 KETUA JABATAN

Rosmawati binti Mokhtar
@moh.gov.my
1112

 

PENGENALAN

Unit Psikologi Kaunseling ditubuhkan pada tahun 2005 di Hospital Serdang. Unit ini berada di bawah perkhidmatan Sokongan Klinikal Hospital. Seramai 4 orang Pegawai Psikologi menawarkan perkhidmatan psikologi kaunseling di Unit Psikologi Kaunseling, Hospital Serdang.

Pegawai Psikologi akan menggunakan ilmu-ilmu dan prinsip-prinsip psikologi kaunseling dalam membantu klien menangani cabaran hidup. Gabungan dua disiplin ini iaitu psikologi dan kaunseling adalah perlu bagi menghasilkan perkhidmatan yang efektif serta professional.

Bagi mendapatkan perkhidmatan psikologi kaunseling di Unit Psikologi Kaunseling, Hospital Serdang, klien perlu mendapatkan surat rujukan daripada pegawai perubatan sama ada di klinik atau hospital kerajaan terlebih dahulu. Seterusnya, surat rujukan tersebut diserahkan kepada Unit Psikologi Kaunseling, Hospital Serdang dan tarikh temujanji akan diberikan. Sesi bersama klien adalah berdasarkan temujanji sahaja

 

  • Kaunseling Individu
  • Kaunseling Remaja
  • Kaunseling Kanak-kanak
  • Kaunseling Keluarga
  • Kaunseling Kelompok
  • Kaunseling Kerjaya
  • Inventori Psikologi
  • Intervensi Krisis
  • Kaunseling Motivasi
  • Ujian Psikologi / Psikometrik
  • Masalah Interpersonal
  • Masalah Remaja
  • Masalah Keluarga
  • Mangsa Rogol dan Penderaan
  • Masalah Emosi / Perasaan
  • Masalah Rendah Keyakinan Diri
  • Perubahan Emosi akibat penyakit
  • Tekanan Ditempat Kerja
  • Tidak Boleh Terima Keadaan Penyakit
  • Tidak Boleh Ubah Tingkahlaku Negatif
 
  1. Melaksanakan kaunseling individu kepada pesakit (dirujuk) dan kakitangan (dirujuk/sukarela) hospital Serdang.
  2. Melaksanakan kaunseling kelompok kepada kakitangan hospital Serdang yg dirujuk bersesuaian dengan isu yg dihadapi.
  3. Melaksanakan kursus/bengkel/ seminar bagi meningkatkan pembangunan kendiri kakitangan hosp Serdang.
  4. Mentadbir ujian psikologi kepada kakitangan hosp Serdang dan pesakit menggunakan ujian yg bersesuaian.
  5. Melaksanakan kajian psikologi yg bersesuaian di hosp.
  6. Melaksanakan saringan kewangan peribadi bagi kakitangan hosp Serdang yg tersenarai di bawah keterhutangan serius.
  7. Menjalankan saringan dan penentuan intervensi bagi kakitangan hosp Serdang yg terlibat dlm Program Dasar Pemisah.
  8. Perkhidmatan Psychological First Aid (PFA) - Pre and Post Deployment kpd kakitangan hosp Serdang yg terlibat.

 Isnin hingga Jumaat :
 8.30 pg - 4.30 ptg
 

Objektif

Menyampaikan perkhidmatan Psikologi Kaunseling yang seragam dan holistik untuk kesejahteraan individu, organisasi dan komuniti. 

Meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan Pegawai Psikologi(Kaunseling) secara berterusan

Melaksanakan perkhidmatam berteraskan etika dan peruntukan perundangan yang berkaitan.

Visi

Memperkasa kesejahteraan insan dan komuniti melalui perkhidmatan psikologi kaunseling yang profesional

Misi

Perkhidmatan Psikologi Kaunseling ini diberikan oleh pegawai yang konpeten, berkemahiran dan berdasarkan amalan berasaskan bukti terkini melalui perkhidmatan yang kondusif, terapeutik dan efektif

Piagam Pelanggan

  • Menerima klien yang datang bersama surat rujukan daripada Pegawai Perubatan tanpa mengira latar belakang serta status ekonomi.
  • Maklumbalas awal terhadap kes rujukan baru dalam masa 5 hari bekerja.
  • Memberikan perkhidmatan yang mesra pelanggan dan berkualiti kepada klien (pesakit serta ahli keluarga pesakit, staf hospital dan ahli keluarga staf)
  • Menjalankan sesi intervensi psikologi dan kaunseling INDIVIDU sekurang-kurangnya 30 minit (1 sesi).
  • Merahsiakan maklumat yang diberikan klien selagi ianya tidak membahayakan nyawa klien atau individu lain.

 

  • Last Modified: 18 May 2023.