Unit Perpustakaan

 

 KETUA JABATAN

Nurul Farhah binti Dalaiil
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
5307

 

PENGENALAN

Unit Perpustakaan Hospital Serdang merupakan perpustakaan perubatan di mana ia adalah Perpustakaan Khusus di bawah Jabatan Pengurusan Hospital Serdang yang menjadi pusat sumber ilmu dan maklumat bagi warga Hospital Serdang mendapatkan maklumat terkini mengenai perubatan dan kesihatan.

Terletak di Aras 3 bersebelahan dengan Unit Pendidikan Lanjutan dan Unit Pendidikan Kesihatan, Hospital Serdang.

Perpustakaan Hospital Serdang merupakan teaching hospital bagi pelajar-pelajar UPM dan pelajar-pelajar Universiti swasta di sekitar Lembah Kelang seperti CUCMS, IMU, UiTM, MSU, KPJ dan lain-lain.

Tiga orang kakitangan telah ditempatkan di perpustakaan Hospital Serdang iaitu seorang Penolong Pustakawan, seorang Pembantu Perpustakaan dan seorang Pembantu Operasi.

Pelbagai kemudahan disediakan di sini, antaranya ialah journal online, bilik komputer, bilik audio, ruang bacaan yang selesa, kemudahan wifi dan sebagainya.

 

 

  • Pinjaman
  • Rujukan dan Perujukan
  • Pinjaman berkelompok
  • Sistem Pembekalan Penerbitan (pinjaman antara perpustakaan)
  • Internet/Intranet
  • Promosi bahan perpustakaan kepada pengguna
  • Perkhidmatan kesedaran semasa
 
 Unit Perpustakaan beroperasi setiap hari pada waktu pejabat
 (8.00 pagi hingga 5.00 petang)
 

Objektif

 

Visi

Menjadikan Perpustakaan sebuah pusat rujukan maklumat dalam bidang kesihatan dan perubatan klinikal yang cemerlang, terkini dan unggul bagi mewujudkan masyarakat Hospital Serdang yang berbudaya ilmu dan kaya maklumat serta gemar mambaca.

Misi

Membantu organisasi dalam membina warga Jabatan kaya dengan maklumat dan seterusnya kaya dengan ilmu pengetahuan melalui pembacaan, pendedahan kemahiran kepada penggunaan bahan yang disediakan dan pencarian maklumat.

Mempastikan perkhidmatan perpustakaan yang berkualiti di dalam mempertingkatkan prestasu institusi dengan mengadakan persekitaran yang selesa dan mesra sesuai dengan suasana pembelajaran dan penyelidikan.

Piagam Pelanggan

 

Membantu pelanggan mengesan, mengakses dan memperolehi maklumat yang relevan mengikut batas kemampuan kakitangan perpustakaan

  • Segala pertanyaan rujukan akan diberi maklumbalas dengan serta merta atau dalam jangka waktu yang ditetapkan
  • Menyediakan perkhidmatan kaunter yang cekap dan selesa kepada pengguna
  • Berkhidmat dengan cemerlang dan mesra.

 

  • Last Modified: 05 December 2023.